Posting mengikut label

Thursday, July 17, 2014

KENYATAAN MEDIA NDP MENGUTUK PENCEROBOHAN SERTA PENINDASAN ISRAEL TERHADAP BUMI DAN RAKYAT PALESTIN




KENYATAAN MEDIA

Dewan Harian yang bersidang pada hari ini 18 Ramadhan 1435 bersamaan 16 Julai 2014 sebulat suara menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi di atas pendirian kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyokong perjuangan rakyat Palastine membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman penjajahan rejim Israel.


NDP sejak ditubuhkan Tahun 2005 konsistan mengutuk pencerobohan serta penindasan Israel terhadap bumi dan rakyat Palastine; dan menggesa supaya Israel segera berundur ke sempadan 1967.



Dewan Harían juga menyeru pihak berkenaan supaya terus memberikan sokongan dan bantuan selain daripada doa dan munajat dalam bentuk yang lebih bermakna seumpama bantuan kemanusiaan.



Dewan Harían juga telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palastine di ketuai oleh TYT Timbalan Presiden, Saudara Juned Haji Ramli.


Jawatankuasa ini akan mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk membincangkan kaedah terbaik bagi melaksanakan arahan tersebut terutama sekali bagi mendapatkan nasihat dan garis pandu pengutipan yang akan melibatkan orang awam.



Jefry Haji Mohd Daud
Setiausaha Agung NDP
Limbaruh Hijau
No.15 Spg 323, Jin Jerudong,
Negara Brunei Darussalam.
18 Ramadhan 1435 / 16 Julai 2014

No comments: