Posting mengikut label
Monday, October 31, 2011
Pembangunan Perniagaan Tempatan vs ALI BABA
Bukankah amalan ini dimulai dan disuburkan oleh kalangan yang ada kuasa dan pengaruh? Sila ikuti berita berikut.
'Jangan hanya jadi Ali Baba'
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt - Sebuah syarikat tempatan bukannya hanya bermaksud sebuah syarikat yang dimiliki oleh warga tempatan tetapi juga adalah sebuah syarikat yang dijalankan secara aktif oleh pemiliknya dan mesti diuruskan sepenuhnya oleh warga tempatan dengan sebahagian besar kakitangan adalah anak tempatan.
Penekanan itu adalah amat penting kerana jika Pembangunan Perniagaan Tempatan (LBD) hanya dihadkan kepada kontraktor atau vendor yang dimiliki oleh warga Brunei sahaja dan jika itu sahaja syaratnya, maka kita hanya akan mempromosikan Ali Baba dan bukannya LBD sebenarnya.
Penekanan itu dibuat oleh Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Yasmin Haji Umar ketika menyampaikan ucapan di Perasmian Forum Vendor BSJV 2011 yang berlangsung di Hotel Empire and Country Club, Jerudong, hari ini.
Yang Berhormat Pehin menyatakan bahawa tidak ada pihak yang benar-benar menerajui atau menekankan perlunya untuk memberikan keutamaan kepada LBD.
"Saya hendak memberikan beberapa contoh. Syarikat Minyak Brunei Shell telah mengeluarkan kontrak bagi kira-kira 60 bot untuk menyediakan perkhidmatan bagi operasi luar pantainya. Saya mengadakan perjumpaan dengan kontraktor marin ini kira-kira tiga munggu lalu. Bila saya melihat sekeliling meja mesyuarat, kurang dari dua pertiga dari yang menghadirinya adalah warga Brunei dan namun begitu, pendaftaran menunjukkan bahawa mereka semua adalah syarikat-syarikat Brunei."
"Kalau begini, macam mana saya hendak bercakap mengenai LBD? Ia tidak menghairankan bahawa LBD tidak dikendalikan secara efektif. Untuk menjadikan perkara ini lebih jelas, boleh dikatakan tidak ramai pemilik yang menghadiri sesi bersama Menteri. Atau dalam kata lain, pemilik-pemilik tidak mempunyai masa atau mempunyai minat mengenai LBD untuk berjumpa dan berbincang mengenai isu-isu ini bersama Menteri! "
Mungkin bagi pemilik-pemilik, ia adalah cukup untuk menghantar Pushpa atau Robin untuk membincangkan mengenai LBD dengan Menteri. Sektor ini mempunyai kira-kira 1,000 pelaut tetapi kurang daripada 10 peratus adalah warga Brunei dan jumlah kontraktor yang memiliki bot mereka sendiri juga adalah amat rendah."
Yang Berhormat Menteri seterusnya berkata, "Biarkan saya memberikan satu lagi contoh. Terdapat sebuah kontraktor yang telah beroperasi lebih daripada 17 tahun tetapi kurang dari 30 peratus pekerjanya adalah warga Brunei. Sekarang jika kita berpusing pula kepada kontraktor-kontraktor utama bagi BSP, daripada beberapa ribu kakitangan dalam kategori pekerja mahir, kurang dari 20 peratus adalah warga Brunei."
Yang Berhormat Pehin berkata bahawa terdapat sebab-sebab mengapa semua perkara itu berlaku. Manakala semasa mesyuarat yang dijalankan bersama kontraktor marin itu, pelbagai sebab telah diberikan oleh wakil-wakil syarikat.
"Ia membuat saya berfikir bahawa sudah tentu situasi ini adalah berbeza jika pemilik-pemilik itu sendiri y6ang hadir dan berpeluang untuk berbincang mengenai isu-isu LBD dengan saya? Saya akan tinggalkan anda untuk memikirkan jawapan bagi soalan ini."
Yang Berhormat Pehin seterusnya menyatakan bahawa jika kita terus mencari alasan, kita tidak akan mencapai sebarang penyelesaian. Semua pihak perlu sama-sama mencari penyelesaiannya.
Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Pehin menyatakan perasaan gembira bahawa BSP sedang membuat kajian semula rangka kerja LBD, namun begitu perkara itu akan mengambil masa kerana harus melalui proses yang sempurna.
Rangka kerja LBD yang dikaji semula itu haruslah konsisten dengan Kertas Putih Tenaga dari segi memaksimumkan perisian tempatan, tenaga kerja Brunei, membangunkan perniagaan Brunei dan memastikan bahawa tidak ada sebarang monopoli yang wujud dengan memberikan ruang bagi syarikat baru dan kecil untuk bersaing secara adil.
"LBD tidak bermakna bahawa vendor asing tidak lagi dialu-alukan ke Brunei Darussalam. Pertama, kita masih memerlukan pelaburan, teknologi dan keupayaan pengurusan asing.
"Saya dengan sukacita memaklumkan kepada anda bahawa semua vendor asing yang telah saya jumpa amat mengalu-alukan inisiatif Brunei untuk memaksimumkan perisian tempatan. Sesetengah dari mereka juga terperanjat mengapa tiba-tiba dan kenapa baru sekarang LBD dijadikan keutamaan sedangkan inisiatif LBD telah dipraktikkan oleh negara-negara lain bertahun-tahun sudah."
Namun begitu bagi kontraktor-kontraktor yang hanya ingin untuk membuat keuntungan cepat dan tidak berminat untuk membantu membangunkan perniagaan tempatan, Yang Berhormat Pehin menekankan bahawa mereka ini adalah sama sekali tidak dialu-alukan ke Brunei.
Menyentuh mengenai Kertas Putih Tenaga dan usaha untuk memaksimumkan kegiatan ekonomi hasil dari industri tenaga, terdapat empat dasar utama yang ditekankan iaitu untuk memastikan perisian tempatan maksimum dengan menjana peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan di Brunei.
"Ke arah itu, kita ingin melihat perisian tempatan untuk meningkatkan sehingga kira-kira 60 peratus dengan sekurang-kurangnya 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2035."
Untuk mencapai hasrat itu, empat inisiatif utama telah dikenal pasti iaitu untuk menggubal rangka kerja pengawalan bagi menjana suasana kondusif termasuk zon bebas perdagangan bagi mempromosikan pelaburan, untuk menjadikan Pulau Muara Besar sebagai pusat perkhidmatan tenaga, untuk mengejar inisiatif pelaburan khusus yang diketuai oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan serta untuk melakukan kajian komprehensif mengenai pembangunan perisian tempatan.
Dipetik dari - Media Permata Online, Sabtu/Ahad, 29/30 Oktober 2011
MONOPOLI DALAM BSJV
Kini RAKYAT ingin melihat apa tindakan susulan Biro Mencegah Rasuah (BMR). Yang Berhormat Pehin tentunya mempunyai bukti-bukti kukuh yang boleh membantu BMR. Sila ikuti berita berikut.
Jangan ada monopoli dalam BSJV
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt - Kerajaan terus menekankan pentingnya integriti dalam perniagaan dan mempunyai prinsip toleransi sifar terhadap rasuah dan sehubungan itu, menyarankan Syarikat-Syarikat Usaha Sama Brunei Shell (BSJV) dan vendor-vendor supaya mengamalkan sikap ketulusan mengenai peluang-peluang kontrak, proses tender dan pemberian kontrak.
Saranan itu dibuat oleh Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Yasmin Haji Umar ketika menyampaikan ucapan di Perasmian Forum Vendor BSJV 2011 di Hotel Empire and Country Club, Jerudong, hari ini.
Pada masa yang sama, beliau amat mengalu-alukan usaha BSJV menerangkan Prinsip Perniagaan dan Program Anti Rasuah dan Suapan yang jelas.
Namun begitu, Yang Berhormat Pehin juga mempersoalkan bagaimana semua program itu dapat dipastikan sampai ke setiap kakitangan dan bagaimana untuk memastikan keberkesanan program berkenaan.
Menurut beliau, perkara itu ditimbulkan kerana adalah dimaklumi dari semasa ke semasa, terdapat maklumat kontrak yang bocor di mana vendor didapati mempunyai maklumat yang tidak sepatutnya mereka peroleh. Terdapat juga beberapa kakitangan vendor yang mempunyai akses bebas ke pejabat-pejabat atau tapak syarikat serta berlaku juga ketidakselarasan dalam proses tender.
Di samping itu juga, Yang Berhormat Pehin menjelaskan berlakunya perkara di mana kehendak kontrak tidak dikotakan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap pihak berkenaan.
Menyentuh mengenai ketulusan dan tempoh proses pendaftaran vendor yang lama sehingga tempoh bertahun, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri amat mengalu-alukan inisiatif dari BSP yang komited untuk memastikan bahawa proses pendaftaran akan mengambil tempoh sebulan jika dokumen yang dikehendaki dimasukkan dan hanya semasa proses tender, penilaian akan dibuat.
"Kita juga mendengar mengenai dakwaan bahawa terdapat kontraktor atau individu yang mendominasi atau mengawal jabatan seperti TSW (Penggerudian) atau STL (Pembekalan dan Logistik). Kita tidak harus diperdayakan dengan dakwaan bahawa mereka mengawal perkara itu sebagai contoh jabatan TSW semata-mata bagi kepentingan negara.
"Bagaimanakah boleh terjadi individu ini mendapat keuntungan peribadi 20 peratus bagi setiap transaksi? Pokoknya, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa wujudnya suasana yang adil dan seimbang dalam perkara ini. Tiada sesiapa dalam minyak dan gas yang harus berada lebih tinggi daripada undang-undang."
Yang Berhormat Pehin berharap perkara itu hanyalah satu dakwaan sahaja namun begitu, masih menghendaki satu penyiasatan dijalankan berhubungan dengan dakwaan berkenaan dan berharap pihak yang berkenaan akan menyiasat perkara itu supaya akan memastikan ia tidak berlaku.
"Bagi pihak kerajaan, kami juga akan menumpukan penyiasatan kami mengenai perkara ini. Kami akan berusaha memastikan bahawa perkara begini tidak berlaku di Brunei. Lebih banyak peluang-peluang perlu diberikan kepada pengusaha tempatan dan kita tidak seharusnya membiarkan sektor-sektor tertentu dalam industri untuk didominasi oleh segelintir orang sahaja."
Oleh itu, Yang Berhormat Pehin menekankan lagi kepada direktif tiada monopoli kerana beliau tidak mahu syarikat-syarikat Brunei dikenali dengan kegiatan rasuah dan menggunakan kaedah berkenaan untuk mendapatkan kontrak.
Menyentuh isu integriti lagi, Yang Berhormat Pehin mempersoalkan mengenai terdapat Pemegang Kontrak dan Autoriti Teknikal yang menjawat jawatan yang sama tanpa sebarang perubahan.
Bagi Yang Berhormat Pehin, jawatan berkenaan bukannya jawatan sepanjang hayat dan mempersoalkan lagi keputusan pemegang kontrak yang menjadi kontraktor di dalam bidang yang sama setelah mereka bersara dan juga kakitangan-kakitangan syarikat yang bersara serta terus mengambil pekerjaan dengan kontraktor yang berada dalam bidang yang sama.
Beliau menekankan bahawa perkara itu memberikan kelebihan yang tidak adil kepada kontraktor yang lain dan mencadangkan supaya mereka dihalang dari memasuki bidang yang sama bagi tempoh yang tertentu untuk memastikan integriti.
Mengulas mengenai dengan integriti dalam proses pemberian kontrak khususnya bagi proses tender BSP, Yang Berhormat Pehin mengumumkan bahawa bermula 21 Oktober 2011, kerajaan telah melantik empat wakil kanan dari pihak kerajaan untuk menjadi ahli Lembaga Tender BSP.
Wakil-wakil berkenaan adalah Timbalan Setiausaha Tetap Tenaga (Hiliran dan Jana kuasa), Timbalan Setiausaha Tetap (Performance and Compliance) Kementerian Kewangan, Pemangku Pengarah Biro Mencegah Rasuah dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Pejabat Menteri Tenaga.
"Ini bukannya bertujuan untuk mengambil alih operasi BSP tetapi adalah untuk memastikan tahap integriti yang tertinggi dalam proses tender dan untuk meningkatkan pembangunan perniagaan tempatan ke arah mencapai perniagaan Brunei yang sejati."
Dipetik dari - Media Permata Online, Sabtu/Ahad, 29/30 Oktober 2011
Friday, October 28, 2011
Brunei's low FDI linked to tertiary education index
By Azaraimy HH
Brunei's low index on the number of students in tertiary education, around 0.18, in comparison to the Asean average index of more than 0.30, indicates future challenges towards promoting Foreign Direct Investment (FDI) into the country as the Sultanate aspires to transform its economy into value-added downstream industries and service-oriented economic activities.
The index is reported in the UNCTAD World Investment Report 2011. Currently, according to SGS Economics and Planning Consultant, Brunei has recorded the lowest level of FDI among Asean countries, with Vietnam attracting the highest, followed by Indonesia and Singapore.
The Bulletin spoke to Mr Roger Gibbins, Director of Australian-based consultant company SGS Economics & Planning on what the index represents.
Mr Gibbins explained that there is little feasibility for Brunei to compete in labour-intensive manufacturing industries with other Asean countries due to the Sultanate's small populace, therefore, Brunei needs to leverage on value-added and service-oriented economic activities in its economic diversification effort.
According to Mr Gibbins, to establish such an economic eco-system Brunei needs to create a knowledge-based economy populated by educated and trained workforce.
Looking at the index and assuming it will stay that way, the prospect of achieving what Brunei aims for at the moment looks pretty unlikely, he said, because in terms of Foreign Direct Investment (FDI), foreign investors will likely consider those index as bad indicator for development of value-added and service-oriented economic activities.
However, he fully believes that there is imminent improvement to those types of indexes with the existence of a sophisticated education system now in place in the Sultanate and robust education accessibilities such as various education scholarship offerings.
The latest being the further education scholarship for those working in the private sector offered through the Department of Economic Planning and Development (JPKE), Prime Minister's Office.
Mr Gibbins spoke to the Bulletin during the Land Optimisation Forum organised by the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS), which centred on the ongoing study of land optimisation being carried out by SGS Economics & Planning. The study was commissioned by CSPS.
Why Brunei has a lower index than the Asean Average index in the number of students in tertiary education despite Brunei having a good education system and infrastructure in place?
"Brunei's economy is essentially driven by revenue from the oil and gas sector, and that revenue is injected back into the economy through public services. Therefore, Brunei has a large portion of public sector," he said.
"So (a large portion of) income goes to the public sector and spent on services through the public service sector. Because of that a large portion of the economy in the public sector rises.
"What it leads to is the need for people in the workforce to try to go into education is not so great because the jobs in the public sector are secured," he explained.
He anticipated that in Brunei, those working in the private sector would be more attracted to furthering their education given the opportunity or accessibility to scholarships.
The potential economic clusters identified in the study currently carried out by SGS Economics & Planning are currently in the areas of highly skilled workforce. Therefore, there is a need to transform a large portion of the workforce into an educated workforce as opposed to, for example, labour-intensive manufacturing industries.
He said Brunei's workforce proportion needS to be transformed and the workforce needs to adapt to the new economy.
With the current industrial portfolio, he said in the future, the private sector would not be able to support a growing size of the workforce, thus the need for planned economic diversification has become even more important.
The economy must also be globally competitive in order to be sustainable, leveraging on the knowledge-based economic activities.
He said, basically the challenge is to set out for a bigger private sector and more qualified workforce.
FDI flow into Brunei is centred on retail and business services. Brunei FDI primarily comes from the Asean region itself, with Malaysia topping the table, followed by Singapore. While within the Asean region the largest overall source of FDI comes from United States of America, followed by Japan, United Kingdom and Germany.
Dipetik dari - Borneo Bulletin Online, Rabu, 26 Oktober 2011.
Thursday, October 27, 2011
Lagi-lagi Lela Menchanai
By Hakim Hayat in Nanning, Guangxi, China
Unlike in the previous years, the 'Brunei City of Charm' Bandar Seri Begawan at the 8th China-Asean Expo (CAEXPO) this year comes with a difference, as a local musical play 'Lela Menchanai' is being incorporated as part of the Brunei Tourism Board's efforts in promoting Brunei's rich heritage and culture.
"It is quite a dramatic performance and this has attracted more to visit our pavilion this year," said Salinah Salleh, Tourism Officer-in-Charge at the Brunei City of Charm Pavilion.
For the last few years ever since Brunei's participation at the CAEXPO, it has showcased various landmarks of Brunei such as the 'Usungan Diraja', The Empire Hotel and Country Club, and the Cultural Village of Kampung Ayer last year. Salinah said the decision of choosing Kampung Ayer as the Brunei landmark to be featured again for the second year is because Kampung Ayer is the main attraction of Bandar Seri Begawan and most of Brunei's tourist attraction landmarks are found in the capital.
"This is why we want to encourage other districts to develop their tourism product, so we will have something that can be featured to the outside world," she said. "You also have to be wise with the design of it here, as we are more concerned with the reaction of the Chinese people and also their interest. This is why the designs are based on our capital, so that they will see this when they come to our country," she added.
"Even if we showcased our oilfields in Kuala Belait, I don't think it will be as effective. In fact, we would like to feature another of our landmark, Sultan Omar 'Ali Saifuddien Mosque, but unfortunately, we didn't find the idea of having dance performances in front of the mosque appropriate," commented Salinah.
Salinah said the design is based on the open tender they contracted out to the designer and builder, which are Cityneon Displays and Construction Sdn Bhd.
On the fourth day of the 8th CAEXPO, many visitors were seen fascinated by the Kampung Ayer housing structure model built at the pavilion and many passers-by stopped to take pictures and inquire more on what the Abode of Peace could offer. Bruneians' smile did not fail to charm the hundreds of visitors at the Brunei Pavilion as traditional dancers took the stage in an hourly basis. As traditional dance routines and costumes were showcased and Brunei local songs echoed across the hall, more visitors flocked to the pavilion.
The brochures prepared by the Brunei Tourism Board were quickly snapped up as more people flocked into the exhibition area, which also houses City of Charm Pavilions from China and Asean cities, such as Hainan, China; Singapore City and Hoi-An, Vietnam.
Lagi-lagi LELA MENCHANAI !!
Ikuti pandangan Rumpun Suara sebelum ini,
http://rumpunsuara.blogspot.com/2011/09/lagenda-puteri-lela-mencanai.html
Monday, October 24, 2011
BARAT SEBAR PENGARUH DI NEGARA ARAB
Saturday, October 22, 2011
Takziah Buat Keluarga Colonel Muaamar Gaddafi
Suka atau benci, rakyat Brunei terhutang budi dengan Libya dibawah pimpinan Colonel Muaamar Gaddafi. Betapa tidaknya, Libya adalah salah sebuah negara yang menjadi penaja bersama resolusi PBB 3424(XXX) 8 Disember 1975, 31/56(XXX1) 1 Disember 1976 dan 32/27(XXX11) 9 Disember 1977 yang memecahkan kepungan politik dan psykologi penjajah British terhadap Brunei.
Tekanan politik dan diplomasi antarabangsa itu akhirnya menyembamkan muka penjajah kebumi. British tiada pilihan selain akur dengan tekanan komuniti antarabangsa lalu mengembalikan kemerdekaan Brunei pada 1 Januari 1984, walaupun terdapat kalangan yang kuat menentang kemerdekaan Brunei itu sendiri.
Urutan dari komitmen politik dan diplomasi Libya itu, Republik Arab Libya telah menaja 32 orang pemuda Brunei untuk mengikuti program dakwah yang mengandungi modul ketenteraan pada bulan Mei – Dis 1976.
Strategi ini telah berjaya memperkukuh tekanan hebat PRB terhadap penjajah British agar mengotakan janjinya untuk memerdekakan Brunei pada kadar segera.
Libya telah diletakkan oleh Penjajah British sebagai seteru nombor satunya justeru tidak mahu ada sebarang pengaruh Libya keatas Brunei merdeka.
Amat malang sejarah hubungan rakyat Brunei dengan pemimpin-pemimpin Dunia Arab yang diteroka oleh Parti Rakyat Brunei(PRB) seawal 1970an tidak jauh perginya….
Alhamdulillah, apabila Brunei mencapai kemerdekaannya 1984, Brunei melalui jalan mudah diarena antarabangsa justeru laluan permaidani merah telah diorak terlebih awal oleh rakyat melalui PRB untuk dilalui oleh pemimpin yang dikasihi iaitu Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Demikianlah PRB menunaikan tanggungjawab politiknya dan menzahirkan kesetiaannya pada raja yang dikasihi dan di cintai walaupun pada takrif mereka yang membenci PRB semua itu adalah sebaliknya.
Kini sejarah sedih menyelubungi negara-negara yang kuat menyokong perjuangan kemerdekaan Brunei diperingkat antarabangsa satu ketika dulu, mereka mengalami senario politik dan keselamatan haru biru. Antaranya Libya, Mesir, Iraq, Jordan, Syria, Afghanistan dan Somalia.
Ini setentunya adalah kehendak Allah jua. Namun demikian suatu yang boleh dipelajari oleh kita semua ialah, bagaimana kejatuhan dan kerosakkan yang tertimpa keatas negara-negara sahabat PRB itu berpunca dari kegagalan penguasanya mengurus kuasa – kuasa mutlak yang mereka perolehi itu, lalu kelemahan itu di"hijack" oleh musuh-musuh politik dan kuffar, akhirnya pisau yang tajam itu tertusuk didada sendiri. Wallaha’alam – (mmo).
Friday, October 21, 2011
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERLAKSANAAN SYARI’AH
Islam yang wujud 1400 tahun dahulu, tidak sama dengan Islam yang wujud sekarang. Zaman Rasulullah saw, para sahabat dan tabi’in menggunakan unta sebagai pengangkutan, tetapi di zaman sekarang kita ada kereta, kapal terbang, keretapi, komuter dan sebagainya. Di sudut ekonomi, terdapat bank-bank yang menyediakan berbagai-bagai jenis perkhidmatan yang menggunakan prinsip dan kaedah yang berbeza-beza, terdapat juga pengeluaran produk secara meluas untuk dieksport, diagih-agihkan serta kemunculan program insurans nyawa dan harta benda.
Wanita di zaman Rasulullah tidak bekerjaya, tetapi di zaman ini wanita dan lelaki berlumba-lumba dalam pekerjaaan samada sektor swasta mahupun kerajaan, kilang-kilang, pejabat-pejabat, sekolah, kolej hinggalah kepada sektor pembinaan. Masing-masing bersesak-sesak ditempat kerja.
Perubahan juga berlaku dari sudut politik kenegaraan, dengan tertubuhnya sistem berparlimen, demokrasi, pemisahan dan pembahagian kuasa, pilihanraya sebagai medan memilih pemimpin dan kerajaan kebebasan mengkritik, bersuara dan meluahkan pendapat terhadap kerajaan dan banyak lagi perubahan-perubahan dari masa ke semasa.
Inilah di antara kenyataan yang berlaku dan menjadi salah satu halangan terbesar dalam pelaksanaan undang-undang Islam. Perubahan-perubahan ini akan mengakibatkan umat Islam berasa kurang yakin dan percaya dengan kemampuan undang-undang Islam yang dianggap oleh mereka sebagai undang-undang zaman unta atau undang-undang padang pasir. Secara rngkasnya penulis akan menjawab permasalahan ini dengan hujah dan pendapat seorang ulama dan cendikiawan Islam terulung abad ini iaitu As-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Sebenarnya persoalan tersebut memerlukan kepada perbahasan yang agak panjang, tetapi memandangkan ini adalah kajian ringkas dan penulis tidak mahu memanjangkannya, maka cukuplah jawapan dari As-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini sebagai jawapan yang terbaik dari penulis.
As-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberikan jawapan sebagai berikut :
Syarat pertama dan paling penting ialah dengan membuka pintu ijtihad semula bagi yang mampu melakukannya dan kembali kepada apa yang telah dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu membebaskan diri daripada taksub mazhab khususnya yang berkaitan dengan perundangan untuk masyarakat keseluruhannya. Tidak terdapat pada kita nas daripada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah saw yang mewajibkan kita bertaqlid dengan mereka dalam apa yang telah mereka ijtihadkan dan mengambilnya sebagai agama dan syarak hingga ke hari kiamat.[1]
Maknanya ialah dengan membuka kembali pintu ijtihad akan membolehkan para ilmuan dan sarjana Islam mencari penyelesaian terhadap segala masalah atau perkara baru yang muncul di zaman moden yang tidak ada hukum atau yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah saw.
Seterusnya Dr Yusuf menjelaskan tentang perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh para ilmuan dan sarjana Islam dalam melakukan ijtihad :
Pertama, ialah mengkaji semula warisan fiqh kita yang agung dengan pelbagai alirannya, mazhabnya dan pendapat-pendapatnya yang diterima pakai, khususnya pendapat para sahabat, tabiin, dan murid-murid mereka pada pelbagai zaman dan tempat untuk memilih pendapat yang paling rajih padanya dan kesesuaiannya untuk memenuhi maqasid-maqasid syari’ah dan untuk mewujudkan kepentingan umat pada zaman kita berdasarkan apa yang wujud daripada keadaan dan suasana.
Kedua, kembali kepada sumber asal iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih dan yang ketiga, berijtihadlah dalam pelbagai masalah dan keadaan yang baru yang tidak diketahui oleh para fuqaha kita yang lalu dan mereka tidak pernah mengeluarkan hukum dalam perkara yang seperti itu. Ini adalah untuk mengeluarkan hukum yang sesuai dengannya berdasarkan dalil-dalil syarak. [2]
Inilah yang dikatakan kesyumulan atau kesempurnaan Islam. Memang sesungguhnya syariat Islam mampu untuk menghadapi perubahan dan menyelesaikan semua masalah-masalah moden yang mendatang serta memimpin kehidupan manusia berdasarkan petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERLAKSANAAN SYARI’AH
Memandangkan undang-undang Islam telah lama terpinggir dari arus perdana perundangan disebabkan angkara penjajahan, maka langkah-langkah tertentu perlu diambil dan dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara Islam untuk mengembalikan semula undang-undang Islam supaya dapat dilaksanakan dalam masyarakat.
Langkah-langkah tersebut ialah :
a) Mewujudkan institusi kajian yang berautoriti.
b) Membina kesedaran masyarakat tentang kepentingan undang-undang Islam
c) Menggubal undang-undang Islam dalam bentuk akta dan statut.
d) Menguatkuasakan undang-undang Islam secara berperingkat-peringkat.
Langkah a, b dan c adalah langkah-langkah yang digariskan oleh Profesor Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady dalam pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk: Undang-undang Islam di beberapa negara Islam selepas Merdeka, semasa Seminar Perundangan Syariah yang telah diadakan pada 10hb Disember 2003, anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, IKIM dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Manakala langkah terakhir adalah langkah atau perkara yang dapat penulis cadangkan sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga langkah sebelumnya.
Melihat kepada undang-undang Islam yang telah lama ditinggalkan dan terhenti perkembangannya dalam aspek perlaksanaannya, maka kajian yang menyeluruh dalam semua aspek diperlukan untuk menjadikan undang-undang Islam itu relevan dan dapat dilaksanakan dalam masyarakat masa kini. Selain itu kajian terhadap undang-undang yang diamalkan dalam masyarakat juga perlu dibuat untuk menentukan kedudukan undang-undang yang dilaksanakan itu sama ada bercanggah dengan Islam atau tidak. Maka dengan kajian ini akan jelas kepada kita antara undang-undang yang tidak bercanggah dengan syariah yang perlu dikekalkan dengan undang-undang yang bertentangan dengan syariah yang perlu dihapuskan.[3]
Untuk itu satu institusi kajian yang mempunyai autoriti penuh dalam membuat kajian dan penyelidikan sama ada secara formal atau tidak formal perlu ditubuhkan. Hasil daripada kajian tersebut hendaklah dijadikan sebagai kayu pengukur dalam melaksanakan perundangan Islam.
Seterusnya kesedaran dikalangan masyarakat hendaklah dipupuk dengan menyalurkan bahan-bahan dan maklumat mengenai kepentingan undang-undang Islam melalui pengedaran risalah-risalah dan penerbitan majalah atau makalah secara berkala atau tidak berkala, akhbar-akhbar, radio, televisyen, seminar-seminar, wacana-wacana ilmiah, khutbah jumaat dan sebagainya. Selain daripada itu salah satu cara yang berkesan dalam menjadikan seseorang individu dalam masyarakat itu celik undang-undang ialah dengan menjadikan undang-undang Islam sebagai salah satu subjek wajib dalam kurikulum pendidikan terutama di peringkat menengah dan pengajian tinggi. Bila ini dapat dilakukan, maka sebahagian besar masyarakat akan dapat memahami dan menghayati undang-undang Islam secara lebih berkesan dan sempurna.
Umum mengetahui bahawa khazanah perbendaharaan ilmu-ilmu Islam itu cukup banyak dan tidak dapat dihitung bilangannya. Dalam ilmu fiqh sahaja ianya berkembang dengan begitu pesat sehingga terbentuk mazhab fiqh yang empat. Kesemuanya memperlihatkan kepada kita bahawa ilmu Islam itu sudah cukup meliputi semua aspek dalam kehidupan.Justeru itu satu cadangan bagi menjadikan atau menyusun undang-undang Islam dalam bentuk akta dan kanun atau statut supaya ianya lebih baik dengan sistemnya yang tersusun dan memudahkan para pengamal undang-undang sama ada hakim, peguam atau pihak-pihak lain yang terlibat merujuk kepadanya .
Langkah terakhir yang perlu dilaksanakan ialah dengan menguatkuasakan undang-undang Islam yang telah digazetkan dalam perlembagaan negara secara berperingkat-peringkat atau beransur-ansur. Ini bertujuan supaya masyarakat Islam yang telah sebati dengan dunia moden dapat menerima undang-undang Islam dengan baik tanpa sebarang masalah.Ia juga bagi menjamin kestabilan dan kepentingan umum (maslahah umum) semua rakyat sesebuah negara.Masyarakat Islam sekarang telah lama meninggalkan perundangan Islam. Mereka kemudiannya telah menjadikan segala tasawur dan budaya masyarakat barat sebagai ikutan. Berbagai-bagai kemajuan dan hiburan yang menjurus kepada perbuatan keji dan hina yang diamalkan oleh masyarakat Islam lantaran tidak ada penguatkuasaan undang-undang Islam yang melarang mereka daripada melakukannya serta hukuman atau siksaan yang wajib dikenakan kepada individu muslim yang melanggar undang-undang. Maka dalam hal ini, penguatkuasaan undang-undang dibuat secara beransur-ansur dalam menjadikan ianya perundangan yang diterima pakai oleh setiap individu dalam sesebuah negara.
Perlaksanaan undang-undang Islam ini juga boleh dimulakan dengan mengambil kira kadar jenayah yang paling tinggi dilakukan dalam masyarakat, seperti mencuri/merompak dan kesalahan zina serta kesalahan meminum minuman yang memabukkan iaitu arak dan sebagainya. Sesungguhnya kaedah pelaksanaan atau penguatkuasaan undang-undang secara berperingkat-peringkat ini adalah kaedah yang Allah swt laksanakan kepada masyarakat Islam di zaman Rasulullah saw semasa mahu mengharamkan sesuatu perkara. Ini kerana Islam muncul ketika masyarakat Arab berada dalam kebebasan yang yang terlalu luas. Mereka tidak mahu kemahuan mereka yang tidak terbatas itu disekat. Jiwa mereka telah dipengaruhi oleh adat istiadat dan tradisi-tradisi yang tidak mungkin dapat dibuang dengan serentak. Maka dengan kebijaksanaan Allah swt yang Maha Mengetahui tidak mahu menakut-nakutkan mereka dengan berbagai hukum sekaligus yang mungkin membebankan dan menimbulkan perasaan benci.[4]
Ke empat-empat langkah yang telah penulis sebutkan tadi adalah perkara yang perlu diambil perhatian yang serius dalam usaha melaksanakan perundangan Islam, agar ianya lebih berkesan dan praktikal di zaman moden.
[1] Dr Yusuf Al-Qardhawi, شريعة الاسلامية صالحة للتطبيق في كل زمان ومكان, edisi terjemahan, Pelaksanaan Syariah Islamiah sesuai pada setiap tempat dan masa, Juanda Hj Jaya, 1998, hlm.98
[2] Sama di atas, hlm.101
[3] Prof. Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady, Undang-undang Islam di beberapa negara Islam selepas Merdeka, Kertas kerja Seminar perundangan Syariah pada 10 Dis 2003, IKIM
[4] Dr Haron Din, Manusia dan Islam, Jilid 2, 1991, hlm.136
Sejarah perlu dimasyarakatkan
Thursday, October 20, 2011
Masalah dan Halangan dalam pelaksanaan Perundangan Syariah
Cabaran atau halangan yang paling kuat ialah daripada umat Islam itu sendiri. Sebagaimana Nabi saw dihalang dan dicabar oleh kaumnya sendiri, maka dalam hal pelaksanaan perundangan Islam ini juga, tentangan dan masalah itu adalah datang dari umat Islam yang menjadikan barat sebagai idola dan ikutan. Malah yang paling malang sekali, tentangan ini selalunya dipelopori atau diketuai oleh golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang perundangan sesebuah negara Islam, tetapi telah mendapat didikan dan pengetahuan undang-undang dari negara-negara barat. Barat telah menyogok dan menyuap mulut mereka ini dengan sampah-sampah kotor lagi keji yang dipandang mulia oleh golongan ini untuk disebarkan keseluruh negara Islam.
Prof A.Rahman I.Doi menyebut tentang hal ini :
Sungguh malang bahawa Common Law yang digunakan di kebanyakan negara Islam telah memberi kesan dan pengaruh yang kuat dalam fikiran saesetengah peguam dan sarjana Islam, hingga mereka turut mengkritik undang-undang syariah sebagai satu sistem perundangan yang kasar dan zalim.Untuk mengikis pandangan yang tidak betul ini, yang seolah-olah sebati dalam pemikiran para sarjana Islam yang terdidik dibarat akan mengambil masa yang lama dan panjang.Malah, bagi golongan bukan Islam pula, mereka ini tidak diberikan peluang untuk memahami sistem perundangan Islam. Akibatnya, wujudlah kempen-kempen jahat menentang hukum syariah…..[1]
Di antara masalah atau halangan serta cabaran yang penulis fikir perlu untuk dikaji dan dicari jalan penyelesaiannya ialah :
a) Bagaimana melaksanakan perundangan Islam dalam masyarakat majmuk.
b) Keadaan zaman yang sentiasa berubah dengan syariat yang lama.
Bagaimana melaksanakan perundangan Islam dalam masyarakat majmuk
Mungkin ada di kalangan umat Islam yang akan berkata “Bagaimana nak buat undang-undang Islam, sedangkan dalam negara kita ini ada macam-macam bangsa dan agama. Mesti diaorang marah dan akan menganggap ini satu kezaliman.”
Penyataan ini adalah salah satu penyataan yang akan kita dengar yang lahir dari mulut golongan yang tidak mahu undang-undang Islam dilaksanakan. Mereka ini sama ada tidak mahu perundangan Islam menjadi undang-undang yang diguna pakai dalam negara mereka atau pun sememangnya kenyataan itu lahir dek kejahilan dan kebodohan mereka dalam memahami sistem perundangan Islam.
Mari kita lihat bagaimana Islam menjawab persoalan ini :
Dalam pemerintahan berteraskan wahyu, keadilan menjadi asas yang paling utama dan prinsip pemerintahan Islam yang pertama. Ia dibawa oleh seluruh risalah ketuhanan semenjak dari zaman nabi Allah Adam as hinggalah kepada nabi Muhammad saw.Allah swt telah menjelaskannya dalam Al-Quran :
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan” [2]
Prinsip utama keadilan dalam undang-undang Islam berdasarkan kepada sikap saling hormat menghormati di antara sesama manusia, yang mana masyarakat yang adil bererti masyarakat yang menjaga taraf dan memperolehi kehormatan serta melalui berbagai-bagai peraturan kemasyarakatan yang menjadi kepentingan bersama.[3]
Firman Allah swt lagi :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاء لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقَيرًا فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ وَإِن تَلْوُواْ أَوْ تُعْرِضُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” [4]
Lagi firman-Nya :
وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُواْ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى
“dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu).” [5]
Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kepada berlaku adil dalam setiap aspek kehidupan hatta dalam perundangan Islam sekali pun.Rasulullah saw semasa hayat baginda menjalankan sistem pemerintahan di Negara Islam Madinah juga terdapat masyarakat yang berbilang bangsa dan pegangan.Cara mentadbir masyarakat majmuk Madinah yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar serta Yahudi dan Nasrani telah ditentukan oleh perlembagaan atau Sahifah Madinah. Orang Yahudi dan Nasrani selama mana mereka duduk di Madinah, tidak pernah dipaksa oleh Rasulullah saw untuk memeluk agama Islam. Malah undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas mereka juga ialah undang-undang agama mereka. Ini dibuktikan apabila 2 orang yahudi yang berzina, mereka dihukum dengan hukuman yang terdapat dalam kitab Taurat.
Undang-undang Islam yang hendak dilaksanakan adalah undang-undang untuk orang-orang Islam sahaja. Bagi orang bukan Islam terdapat sedikit perbezaan dalam pelaksanaan undang-undang terhadap mereka. Jika sesuatu kes atau kesalahan yang dilakukan oleh orang bukan Islam (ahli zimmah) dalam negara Islam, pihak hakim selaku wakil kepada pemerintah (Ulil Amri) boleh menolak kes itu ke mahkamah awam, iaitu kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah awam bagi mewakili masyarakat bukan Islam.
Ini dilakukan sebagai menepati kaedah Fiqh :
تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة
“Tindakan yang dijalankan oleh Imam (Ketua Negara) terhadap rakyatnya adalah bergantung kepada maslahah (perkara yang mendatangkan kebaikan untuk ummah)”
Kaedah tersebut dengan jelas menyatakan, sebarang tindakan atau keputusan yang hendak diputuskan oleh Imam atau ketua negara atau hakim yang mewakili ulil amri yang tidak terdapat nas atau dalilnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah mestilah melihat kepada maslahah ummah dengan mengambil kira penjagaan terhadap semua aspek dalam kehidupan dan kemasyarakatan. Perkara ini sudah tentu berkait rapat dengan kebijaksanaan hakim dalam mengendalikan sesuatu kes.[6]
Sebagai contoh: Seorang bukan Islam yang telah melakukan kesalahan, kemudian dibawa ke mahkamah Syariah untuk diadili mengikut undang-undang Islam. Hakim ketika itu mestilah melihat kes tersebut dalam semua aspek yang berkaitan dengan maslahah umum. Sekiranya pengadilan yang akan dibuat nanti mencetuskan kemarahan atau ketidak puasan hati oleh tertuduh atau ahli keluarga tertuduh yang mungkin akan menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku, maka hakim berhak menolak kes tersebut untuk dibicarakan dan mengusulkan supaya ianya dibawa ke mahkamah awam yang mungkin boleh memberikan ketenangan dan kepuasan daripada tertuduh atau keluarganya walaupun hukuman yang akan diputuskan hakim mahkamah awam itu lebih berat.[7]
[2] Al-Quran Al-Karim, Al-Hadid 57 : 25
[3] A.Rahman I.Doi, Non-Muslim under Syariah (Islamic law), edisi terjemahan, Wan Azmil Ramli dan Dr Muhammad Ariffin, Orang bukan Islam dibawah Undang-undang Syariah, 1992, hlm.7
[4] Al-Quran Al-Karim, An-Nisa’ 4 : 135
[5] Al-Quran Al-Karim, Al-Ancam 6 : 152
[6] Dr Abd Karim Zaidan, 2003, الوجيز في شرح القواعد الفقهية في الشريعة الاسلامية , hlm.120
[7] Hj Said Hj Ibrahim (bekas mufti Sabah), Jenayah Murtad dari sudut hukum syara’ dan perundangan Islam, 1998, hlm.153
Wednesday, October 19, 2011
Pandangan sarjana luar mengenai pelaksanaan Undang-undang Islam
FAKTOR-FAKTOR LUARAN
Setelah kita meneliti dan memahami akan peri pentingnya faktor dalaman dalam menyediakan golongan muslim-mukmin yang bersedia untuk menerima perundangan Islam sebagai manhaj atau dustur dalam kehidupan mereka, marilah kita lihat pula apakah dia faktor luaran yang perlu ada dalam menjadikan pelaksanaan syariah islamiah itu suatu realiti di zaman moden.
Sebagaimana yang telah penulis sebutkan sebelum ini bahawa, faktor luaran itu merupakan natijah yang lahir daripada kekuatan dan kestabilan faktor dalaman setiap individu muslim-mukmin,maka gabungan kedua-dua faktor inilah yang akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan undang-undang Syariah Islamiah dalam sesebuah negara Islam moden.
Faktor luaran yang dimaksudkan sebagaimana yang disebut oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi [1] ialah :
a) keinginan untuk melaksanakan Islam secara total melalui kepimpinan yang beriman dengan syariat Allah.
b) Membebaskan diri daripada tekanan keadaan atau realiti dan daripada mengikuti barat.
Insya Allah penulis akan membahaskan ke semua faktor luaran tersebut secara ringkas.
Keinginan untuk melaksanakan Islam secara total (keseluruhan) melalui kepimpinan yang beriman dengan syariat Allah.
Apabila telah sebati ilmu, iman dan amal soleh pada setiap individu muslim itu, maka secara tidak langsung akan terbit dalam hati dan sanubari mereka ini untuk melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Ini timbul kerana golongan ini telah pun mengakui dan meyakini bahawa hanya perundangan Allah swt sahaja yang mampu membawa mereka kepada kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Dalam hal ini, penulis menggabungkan kehendak atau keinginan melaksanakan Islam secara total yang menjadi idaman atau impian setiap individu muslim-mukmin itu dengan syarat ianya mestilah ditunjangi oleh pemimpin yang beriman dengan syariat Allah swt. Ini kerana, perundangan Islam tidak dapat dijalankan secara praktikal dan berkesan, sekiranya perundangan tersebut hanya berada di institusi-institusi kehakiman atau dengan kata lain, mahkamah-mahkamah sahaja yang berpegang kepada undang-undang Islam, sedangkan dalam masa yang sama institusi-institusi pendidikan, kebudayaan, penerangan dan sebagainya yang diketuai oleh pemimpin mengarah kepada pemikiran-pemikiran yang bukan berasaskan kepada Islam dan iman.
Malah, kita juga mendapati syarikat-syarikat televisyen, radio dan media cetak berlumba-lumba menarik penonton dan pembaca dengan menyiarkan filem-filem dan gambar-gambar yang berunsur maksiat. Di samping itu juga, kemunculan kilang-kilang arak dengan memperagakan tubuh seksi gadis-gadis melayu Islam dan bukan Islam, kedai-kedai judi dan nombor ekor juga menjurus kepada perbuatan maksiat yang lebih besar dan keji.
Kesemuanya ini akan menjadi faktor penghalang kepada pelaksanaan undang-undang Islam itu secara sempurna dan berkesan. Undang-undang Islam sudah pasti tidak dapat dijalankan jika ianya hanya mahu dilaksanakan oleh individu muslim sahaja, sedangkan di peringkat pemimpin tidak ada usaha-usaha ke arah merealisasikannya.
Sebagai contoh, Islam melarang kepada perlakuan zina dan pelakunya akan dikenakan hukuman hadd (hudud) samaada sebat 100 kali atau rejam sehingga mati. Dalam melaksana dan menguatkuasakan hukuman tersebut pemimpin perlulah mempermudahkan jalan perkahwinan yang halal bagi orang yang mahukannya dan menutup segala jalan dan pintu-pintu yang haram daripada menjadi pilihan bagi orang yang ingin melakukan maksiat.
Bila urusan menutup pintu-pintu haram tidak diambil perhatian oleh pemimpin, dalam masa yang sama urusan perkahwinan di persulitkan, maka apabila masyarakat yang terlibat dengan kesalahan zina dhukum dengan undang-undang jenayah Islam, sudah pasti akan timbul pemberontakan dan pergolakan yang dahsyat dalam sesebuah negara Islam.
Masyarakat akan mempersoalkan keadilan dan keberkesanan undang-undang Islam., kerana mereka akan berkata “kalau zina tu haram, kenapa tidak dibenteras sahaja pusat-pusat pelacuran, kenapa dibiarkan saja penerbitan dan penjualan majalah-majalah hiburan yang memaparkan aksi-aksi berahi gadis-gadis seksi. Malah, urusan perkahwinan pun susah, wang hantaran yang mahal, perbelanjaan perkahwinan yang meningkat dan sebagainya. Bukankah ini semua menjurus kepada perlakuan zina yang berleluasa.
Secara kesimpulannya, umat Islam dan para pemimpin mestilah menjadikan keseluruhan ajaran dan perintah Allah swt dan Rasul-Nya sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Mereka mesti mengambil apa sahaja yang disuruh dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang. Sebab itu apabila kita melihat kepada sejarah, bagaimana sekumpulan yahudi yang memeluk Islam, mereka mahu mengambil sebahagian daripada prinsip dan adat istiadat agama mereka yang telah dimansuhkan seperti mengagungkan hari sabtu dan mengharamkan bekerja pada hari tersebut tidak diterima oleh Islam.
Allah swt tidak menerima permintaan mereka itu, melainkan mereka masuk ke dalam syariat Islam itu secara keseluruhan (total), seperti mana yang diterangkan-Nya dalam Al-Quran Al-Karim :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Penjajahan/pemakmuran (Isti’mar [5]) adalah strategi yang paling disukai oleh golongan sekularisme barat, kerana dengannya mereka boleh membawa masuk segala macam bentuk ideologi-ideologi kotor yang digunakan untuk meracuni pemikiran dan perlakuan umat manusia terutama golongan muda. Sekularisme barat menjajah negara-negara umat Islam di seluruh dunia dengan begitu meluas sekali. Ia mencengkam dan mempengaruhi serta menguasai negara-negara umat Islam semenjak pertengahan kurun ke-19 sehinggalah ke awal kurun ke-20.
Maka dalam hal ini, apabila ada usaha-usaha sama ada pihak individu muslim dan masyarakat mahupun pemimpin untuk menjalankan undang-undang Islam, menjadi satu syarat yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuh hati ialah membebaskan diri daripada segala bentuk budaya, sistem dan tasawur sekularisme barat daripada menjadi ikutan, panduan dan
[1]Dr Yusuf Al-Qardhawi, شريعة الاسلامية صالحة للتطبيق في كل زمان ومكان, edisi terjemahan, Pelaksanaan Syariah Islamiah sesuai pada setiap tempat dan masa, Juanda Hj Jaya, 1998, hlm.173
[2] Al-Quran Al-Karim, Al-Baqarah 2:208
[3] Al-Quran Al-Karim, Al-Maidah 5:49
[4] Musta’mir membawa maksud “yang memakmurkan”. Golongan ini mendakwa bahawa mereka membawa perubahan kepada bumi yang dijajah dengan cara memakmurkannya. Mereka ini membawa masuk berbagai-bagai perubahan atas nama kemakmuran. Tujuan dan strategi mereka tidak lain hanya ingin mengaburi mata dan fikiran masyarakat dengan menganggap bahawa apa yang dibawa adalah untuk kebaikan semua. Akhirnya, masyarakat mula mengagumi dan menyanjung segala budaya dan pemikiran mereka.
[5] Isti’mar adalah istilah yang diguna pakai dalam bahasa arab yang digunakan bagi membawa maksud penjajahan. Sebenarnya kalau dilihat dari sudut bahasa Isticmar bererti pemakmuran. Tetapi inilah istilah yang digunakan dalam bahasa Arab yang membawa maksud tersebut bagi mengelirukan manusia.Hal ini perlu diperhatikan agar tidak timbul sebarang kekeliruan perbezaan istilah antara bahasa Arab dan bahasa
Tuesday, October 18, 2011
NGO Brunei, Indonesia nyata persetujuan sertai Himpunan Sejuta Umat
NGO Brunei, Indonesia nyata persetujuan sertai perhimpunan Sabtu ini: Yusri
SHAH ALAM - Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) memaklumkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara, menyatakan minat menyertai Himpun di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Pengerusi bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad berkata setakat ini, lebih 1,000 NGO menyatakan persetujuan mereka termasuk dari Indonesia dan Brunei untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
"Maklumat mengenai perhimpunan ini sudah tersebar luas dan kita mendapat maklum balas dan sokongan padu daripada NGO, pertubuhan serta orang perseorangan yang menyokong dan bersetuju untuk menyertai perhimpunan itu nanti."
"Malah, ada di antara NGO telah bersetuju untuk menyediakan kemudahan pengangkutan kepada peserta-peserta tersebut dan kita jangkakan ratusan bas akan disediakan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Himpun menjangkakan lebih 100,000 perserta termasuk NGO, individu serta parti politik akan menyertai perhimpunan tersebut.
Yusri berkata, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan mengenai soal keselamatan dan pergerakan lalu lintas dengan pihak berkuasa dalam masa terdekat ini.
"Sebelum ini kita sudah memohon persetujuan pihak berkuasa untuk mendapatkan permit dan kita berjaya mendapatkannya."
"Ini adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang," katanya.
- Dipetik dari akhbar Sinar Harian, Selasa, 18 Oktober.
Monday, October 17, 2011
Mendepani isu Keselamatan Permakanan menerusi Usul Pembangunan Mega Bersepadu Lembah Ukong di Kongres NDP
Usul Pembangunan Mega Bersepadu Lembah Ukong
Terangsang dengan Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan tahun baru Hijrah 1430, yang menyentuh kebimbangan masalah sikap pemimpin dalam agensi Kerajaan Kebawah DYMM terhadap perubahan, dan penegasan bahawa adalah tidak wajar melambat-lambatkan perubahan justeru perubahan tersebut sangat diperlukan demi kebaikan, lebih-lebih lagi jika perubahan itu bermaksud memperbetulkan kesilapan dan tidak membiarkan kesilapan terus berlarutan,
Teruja dengan Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan tahun baru Hijrah 1430 yang menyentuh isu pembangunan pertanian dan kemiskinan dan bagaimana dengan pendekatan dan strategi yang betul bidang pertanian dapat dimajukan dan disasarkan ke arah usaha menyelesaikan isu kemiskinan,
Menyahut Titah yang sama di mana Baginda menegaskan Negara perlu bergerak lebih pantas untuk meningkatkan tahap peratus sara diri yang lebih tinggi daripada yang ada pada masa ini, sejajar dengan pertumbuhan dan keperluan dan seterusnya menaruh harapan dengan adanya usaha meningkatkan taraf hidup akan tercapai matlamat tahap kemiskinan sifar,
Meyakini bahawa Rancangan Kemajuan Jangka Panjang dan Wawasan Brunei 2035 bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan taraf pendidikan, ekonomi dan sosial serta menjadikan Brunei sebuah Negara maju menjelang tahun 2035,
Optimis bahawa Kerajaan Kebawah DYMM melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkebolehan dan berketrampilan untuk menerajui perubahan dan memacu pembaharuan dalam pentadbiran dan pengurusan Negara,
Menyedari bahawa pada masa ini terdapat tanaman padi, rumbia, buah-buahan, ternakan serta perikanan air tawar di kawasan yang meliputi Mukim Ukong dan Mukim Lamunin yang direntasi oleh Sungai Tutong dan kawasan ini mempunyai potensi dibangunkan sebagai jelapang bekalan makanan dan lembah agro,
Menginsafi bahawa walaupun banyak perancangan yang rapi telah dibuat tetapi masih terdapat jurang-jurang pembangunan yang mengakibatkan penduduk-penduduk di sekitar kawasan Mukim Ukong, Rambai dan Lamunin di daerah Tutong sering dilanda bencana banjir tidak kurang empat kali setahun sejak berpuluh tahun dan berulang-kali menanggung kesusahan dan ketidakselesaan hidup, bahawa masalah banjir yang dialami oleh penduduk diamati ada kaitan dengan fungsi Stesen Pam Air berdekatan Kg. Layong yang tidak mampu mengendali tekanan peningkatan paras air,
1. Mengingati usul mengenai Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada 1 - 2 Rabiulakhir 1427 bersamaan 29 - 30 April, 2006, Kongres Agung Tahunan Ke-2 NDP pada 8 - 9 Rabiulakhir 1428 bersamaan 23 - 24 Jun, 2007 dan juga Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 16-18 Jamadilakhir 1429 bersamaan 20 - 22 Jun, 2008;
2. Mengingati usul mengenai Keselamatan Permakanan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama NDP pada 1 - 2 Rabiuakhir 1427 bersamaan 29 - 30 April 2006 dan Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 16 - 18 Jamadilakhir 1429 bersamaan 20 - 22 Jun, 2008;
3. Mengingati usul mengenai IKS yang telah diterima dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan NDP Ke-2 dan Ke-3 serta Ke-4 yang mendesak Kerajaan Kebawah DYMM supaya memberi perhatian khas kepada pembangunan SME/PKS;
4. Mengambil kira usul mengenai Perumahan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama NDP pada 1 - 2 Rabiulakhir 1427 bersamaan 29 - 30 April 2006 dan Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 16 - 18 Jamadilakhir 1429 bersamaan 20 - 22 Jun, 2008; dan Kongres Agung Tahunan Ke-4 NDP pada 25 - 27 Jamadilakhir 1430 bersamaan 20 - 22 Jun 2009
5. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-5 yang bersidang pada hari ini 05 Jun 2010 di Dewan Utama, Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Bandar Seri Begawan, mengambil maklum dan memperakui semula usul Pembangunan Mega Bersepadu Lembah Ukong yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-4 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 25 - 27 Jamadilakhir 1430 bersamaan 19 - 21 Jun 2009 yang mengambil persetujuan dan ketetapan mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar membuat satu perancangan rapi dan menggariskan tindakan-tindakan strategik yang relevan untuk membangunkan Projek Mega Pembangunan Kawasan Bersepadu Lembah Ukong, dengan mengambilkira pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat dan sekaligus mampu mengurangkan/membasmi kemiskinan di kalangan rakyat; dan bahawa memperkenal sistem pengeluaran pertanian, ternakan dan perikanan yang inovatif dan berdaya maju bagi meningkatkan hasil bekalan makanan yang cukup, berkhasiat dan bermutu demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan Negara sama ada semasa aman atau darurat; dan bahawa membangun dan mengembangkan industri-industri kecil dan sederhana terutamanya yang mampu menambah nilai sumber-sumber asli tempatan melalui pemerosesan hiliran; dan bahawa menempatkan semula penduduk-penduduk, bila dan di mana perlu, dan menyediakan perumahan yang sesuai beserta dengan kemudahan-kemudahan asas; dan bahawa membaik-pulih, menaik taraf dan membina infrastruktur-infrastruktur yang berupaya mengatasi masalah kebanjiran, boleh meningkat peluang dan meluaskan kepelbagaian pengeluaran pertanian, ternakan dan perikanan air tawar serta mampu memodenkan persekitaran luar bandar dan memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat; dan bahawa menyedia dan menyampaikan berbagai perkhidmatan sokongan ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur serta menggalakkan pembangunan institusi yang berupaya meningkat kesedaran dan jatidiri rakyat ke arah keperluan membangun satu budaya berdikari dan mewujudkan suatu organisasi yang berupaya mentadbir sendiri yang mampu mengkoordinasi keseluruhan sistem penyampaian yang mengimpak urusan-urusan kehidupan mereka.
Mengimbas kembali pandangan NDP mengenai isu Keselamatan Permakanan
Strategi keselamatan permakanan
LIMBARUH HIJAU 09 JULAI 2008 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menyambut baik pembaharuan komitmen pihak Kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada isu keselamatan permakanan negara (Food Security) dalam usahanya memajukan bidang pertanian dan perikanan serta sumber-sumber lain di negara ini.
NDP membuat kenyataan ini berikutan satu laporan bertajuk 'Negara perlu sediakan Pelan Sekuriti Makanan' yang di siarkan melalui Media Permata pada 08 Julai 2008.
Menurut laporan tersebut dalam keadaan dunia yang sekarang menghadapi krisis makanan, negara pula semakin terasa terpanggil untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin.
Untuk itu negara sekarang melihat perlunya melaksanakan satu strategi yang bersepadu membabitkan empat tindakan dalam usaha membentuk Sekuriti Makanan Negara.
Pertama meningkatkan keupayaan pengeluaran tempatan, kedua, memiliki pengurusan pembekalan asing yang efisien, ketiga, mengadakan perjanjian antarabangsa mengenai perdagangan komoditi pertanian dan perikanan, dan keempat pengurusan rizab bahan makanan untuk sekuriti makanan negara.
"Keempat-empat tindakan itu perlu direalisasikan segera kerana kita melihat bagaimana keruncingan melanda rakyat dan penduduk sesebuah negara apabila makanan menjadi terhad dan harga komoditi berkenaan melonjak naik," kata pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana Pengiran Haji Abdul Momin yang dipetik sebagai berkata dalam laporan tersebut.
Sehubungan dengan laporan tersebut NDP bertanggapan kenyataan pemangku Setiausaha Tetap tersebut mengambarkan kepekaan pihak kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat dan negara yang semakin tercabar dikala dunia sekarang berhadapan dengan isu krisis makanan yang membimbangkan.
Ianya juga mengambarkan kepekaan pihak kerajaan terhadap kebimbangan rakyat dan penduduk negara ini yang semakin merasakan bahang krisis makanan yang sedang melanda dunia ketika ini. Kebimbangan rakyat ini sering di surakan oleh NDP sejak ianya di tubuhkan hampir 3 tahun lalu.
Apa yang jelas krisis makanan yang sedang melanda dunia telah membuatkan negara rasa terpanggil untuk menselaraskan semula usaha-usaha memenuhi keperluan ad hoc memajukan bidang pertanian dan perikanan untuk kepentingan PKS semata dengan matlamat yang lebih besar iaitu untuk menjamin keselamatan permakanan negara.
Dalam hal ini NDP melihat strategi yang di telah di rencanakan sangat bertepatan dan selari dengan pandangan NDP.
Justeru parti bertekad untuk terus menyokong dan mendokong segala usaha untuk mempastikan agenda sekuriti permakanan di berikan perhatian serious dalam sebarang perencanaan dan langkah untuk memajukan bidang-bidang pertanian dan perikanan di negara ini.
NDP akan terus mengangkat isu keselamatan permakanan ini sebagai antara agenda teratas seperti mana yang telah dilakukannya sejak Kongres Tahunan pertama pada 2006.
Baru-baru ini NDP telah mengangkat lagi isu keselamatan permakanan ini dalam Kongres Agung Tahunan NDP ke-3 yang berlangsung di Dewan Utama ICC, Berakas pada 21 - 22 Jun 2008.
Menyentuh isu keselamatan permakanan ini, Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy telah menyeru pihak-pihak berkenaan untuk meningkatkan usaha berlipat ganda membangunkan sektor persawahan dan penanaman rumbia yang merupakan makanan asas kedua penduduk negara ini.
Presiden NDP dalam Uacapn Dasar Presiden juga mengingaktkan titah Kebawah DYMM sempena Persidangan Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kedua Majlis Mesyuarat Negara pada 15 Mac 2006, supaya sektor pertanian dipertingkatkan bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan-bahan makanan import
Beliau juga menekankan sebagai sebuah negara Islam, adalah menjadi kewajipan kerajaan mempastikan bahawa setiap rakyat mendapat bahan makanan yang mencukupi, berkhasiat dan halal sebagai salah satu keperluan asas kehidupan.
Untuk itu katanya, pihak berkenaan hendaklah mewujudkan satu stockpile bahan makanan ruji sekurang-kurangnya untuk satu tahun bagi memastikan bekalan yang terjamin pada masa krisis, pada harga yang berpatutan.
Dalam masa sama Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-3 juga telah menerima usul berhubung isu keselamatan permakanan seperti berikut:.
Menginsafi betapa tingginya risiko keselamatan, ancaman ke atas kedaulatan bangsa dan negara akibat terlalu bergantung kepada negara-negara luar untuk mendapatkan keperluan bekalan makanan asas;
Menginsafi betapa setiap penduduk berhak mendapat bahan makanan terjamin cukup, berkhasiat, halal dan bermutu tinggi;
Menginsafi bahawa usaha menyediakan makanan yang cukup untuk rakyat adalah sebahagian daripada tuntutan Islam sama ada semasa aman atau semasa krisis;
Menyedari betapa semua pihak perlu lebih inovatif dan agresif mengungkayahkan bidang pertanian dan ternakan bagi penghasilan bahan makanan untuk keperluan Negara sebagai strategi komersial dan keselamatan yang perlu diterokai dan diceburi;
Mengingati akan titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang bertitah sempena Persidangan Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kedua Majlis Mesyuarat Negara pada 15 mac 2006 bersamaan 15 Safar 1427, supaya sektor pertanian dipertingkatkan bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan-bahan makanan import;
Mengingati akan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai krisis makanan yang dihadapi dunia pada hari ini dan ancaman berterusan kekurangan makanan akibat pengeluaran negara-negara pengeluar yang terjejas dengan perubahan iklim dan bencana alam yang tidak dapat diramal kini;
Mengingati usul mengenai keselamatan permakanan yang dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Pertama pada 22-23 April 2006;
Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-3 yang bersidang pada hari ini 22 Jun 2008 di International Convention Centre (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil maklum dan memperakui semula usul mengenai Keselamatan Permakanan yang telah di luluskan dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-2 yang mendesak Kementerian Perindustrian dan Sumber Utama mengambil langkah-langkah strategik bagi menghasilkan bekalan makanan yang cukup, berkhasiat dan bermutu demi keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat sama ada semasa aman atau krisis; bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-3 pada hari ini menggesa kerajaan merangka dan mambangunkan dasar pertanian makanan yang mantap bagi menjamin pengeluaran bahan-bahan makanan terutama sekali makanan asas khususnya beras dan sagu yang mencukupi; bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, disarankan membangun industri asas tani bagi pengeluaran hasil pertanian dan produk makanan secara komersial dan sekaligus mengurangkan pergantungan negara kepada bekalan import; bahawa pihak-pihak berkenaan menggiatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi pertanian yang berdaya maju bagi memanfaatkan setiap bidang tanah yang ada, serta memacu dan merangsang industri asas tani yang berdaya maju dan menarik untuk diterokai secara komersial melalui usaha-usaha tambah nilai dengan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara pemerosesan dan pengeluaran makanan halal untuk pasaran tempatan dan antarabangsa; dan membangunkan daerah Temburong dan Lembah Ukong di Daerah Tutong sebagai lembah pertanian dan jelapang bekalan makanan negara dengan menyediakan segala kemudahan infrastruktur, pembiayaan, bantuan pemasaran, galakan, bimbingan dan sokongan logistik yang bertepatan demi menjana inisiatif pertanian perladangan berskala besar ke arah melahirkan generasi petani moden yang dinamik dan berdaya saing.
Rasional
Bersandarkan hujah, semangat Kongres, Visi, Misi dan Objektif Utama Parti, usul ini telah disepakati untuk diketengahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan dengan mengambil kira rasional-rasional berikut:
- bahawa keselamatan negara dan kebajikan rakyat terikat kepada pelbagai faktor yang berubah-ubah (variable) dan amat terdedah kepada pergolakan politik negara pembekal bahan-bahan makanan asasi rakyat justeru nisbah pergantungan import begitu besar;
- bahawa perlunya kepada satu penggubalan dasar keselamatan permakanan dan komoditi sara diri yang menentukan hala tuju negara dalam bidang pertanian;
- bahawa pentingnya dibuat pengolahan dan penentuan nisbah strategik pengeluaran pertanian negara berbanding bekalan luar yang menjamin keselamatan negara dalam apa jua keadaan sama ada waktu aman atau semasa timbul sebarang pergolakan;
- bahawa perlunya keupayaan pengeluaran negara ditingkatkan melalui pembangunan infrastruktur, suntikan modal dan modal insan;
- bahawa negara mempunyai tanah dan potensi untuk penghasilan yang ekonomikal bagi produk-produk yang terpilih melalui pembudayaan pertanian rakyat dan pengeluaran makanan sara diri.
Program dan Pendekatan
- Penggunaan teknologi tertentu akan membantu mempercepatkan pembangunan dan peningkatan pengeluaran hasil pertanian tempatan.
- Kawasan-kawasan baru perlu dibuka dan hendaklah di dukung dengan kemudahan infrastruktur, peraturan dan kemudahan sumber tenaga serta kewangan yang diperlukan bagi menjana pengeluaran.
- Pemberian bantuan dan skim atau grant tertentu perlu dipercepatkan bagi membantu mengembangkan, pembukaan kawasan, pembangunan komoditi dan industri asas tani yang berterusan dan berkekalan.
- Pemajuan R&D dalam bidang komoditi pertanian perlu diteruskan dan mengadakan jaringan kerjasama dengan institusi terlibat sebagai konsultan dan rujukan.
- Memasukkan tenaga mahir dari luar perlu dipermudahkan selagi ia diperlukan bagi menjamin pembekalan/pengeluaran hasil pertanian yang berterusan.
- Mutu hasil dengan “sijil standard” diperakui oleh kerajaan perlu ditawarkan kepada ladang/syarikat.
- Kumpulan sasaran dan bilangan usahawan perlu disasarkan sebagai usahawan perintis dalam bidang terlibat.
- Mempemudahan peraturan dalam penggunaan tanah, tenaga mahir dan pakar, modal atau kewangan bagi menggalakkan lebih ramai lagi usahawan dibidang pembangunan pertanian.
- Menubuhkan Lembaga Pemasaran dan Industri Asas Tani yang boleh menjana perkembangan komoditi untuk eksport.
- Menentukan jenis komoditi hiliran untuk kemudahan eksport melalui agensi atau Lembaga Pemasaran dan Industri Asas Tani.
- Penubuhan pusat-pusat pengumpulan hasil pertanian setempat secara berkumpulan.
- Penubuhan satu lembaga kewangan yang boleh menjana kemudahan keperluan ladang dan pembangunan industri kecil asas tani.
- Menggerak dan menggiat semula pembukaan kawasan-kawasan kemajuan pertanian luar Bandar. Skim ini hendaklah dimajukan semula berpandukan kepada asas dasar Kemajuan Pertanian Luar Bandar (KPLB) sebenar dengan penghasilan disasarkan kepada usaha mengurangkan import semasa.
- Penubuhan Kumpulan Petani Tradisi dan Peladang Subsistem untuk memasarkan hasil mereka secara kolektif dan bersatu kumpul, secara berpusat perkhidmatan yang menawarkan sumber keluaran tempatan. Ia akan bersatu dalam pengeluaran, pengurusan dan memasarkan hasil secara kontrak.
- Pihak kerajaan perlu menimbang supaya pembekalan beras dan gula diperbadankan supaya produk ini boleh dieksport semula ke luar negara melalui nilai tambah. Cara ini akan dapat mengembangkan pembangunan usahawan kecil.
Rumusan
Bahawa isu keselamatan permakanan dan penjanaan komoditi sara diri hendaklah dilihat dan diiktiraf sebagai persoalan strategik dan keselamatan negara dan bangsa bagi menjamin tersedianya makanan yang cukup dan terjangkau oleh rakyat dan menamatkan ketergantungan dari luar negara yang melampau.
Diterbitkan dalam ASPIRASI NDP, Vol 32, Keluaran Julai 2008
BANJIR DI INDOCHINA - KESAN TERHADAP KESELAMATAN PERMAKANAN DI NEGARA-NEGARA ASEAN
Isu keselamatan makanan yang sentiasa menjadi perbincangan hangat di forum-forum antarabangsa kini sekali lagi menjadi perhatian terutama di rantau ASEAN akibat daripada kejadian banjir besar yang sedang melanda Indochina.
Di peringkat global, isu keselamatan makanan telah dilihat sebagai salah satu daripada isu yang memberi ancaman besar kepada keselamatan negara dan individu.
Negara-Negara Indochina, yang terdiri daripada Thailand, Vietnam, Cambodia dan Laos amat terkenal sebagai kawasan penanaman padi, dan merupakan di antara negara pengeluar utama beras di dunia.
Walaubagaimanapun, kejadian banjir besar yang sedang berlaku telah menenggelamkan lebih daripada 1.5 juta hektar (3.7 juta ekar) tanah sawah padi iaitu kejadian banjir yang terbesar sejak beberapa dekad ini, memberi kesan kerugian besar yang mencecah nilaian billion dollar.
Kejadian ini pastinya amat dibimbangi memberikan kesan besar ke atas pengeluaran makanan khususnya beras, sekaligus membawa kepada peningkatan mendadak harga makanan di pasaran antarabangsa. Negara-negara pengimpot dan rakyat dari kelompok miskin pastinya menjadi antara kelompok dan negara yang terjejas teruk.
Barangkali kita kurang menyedari bahawa indeks harga makanan dunia pada tahun 2011 menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menurut indeks harga makanan global yang dikeluarkan UN Food and Agriculture Organization (FAO) sebelum ini, peningkatan harga makanan mencecah nilai tertinggi dalam sejarah iaitu 238 mata (points) pada bulan Februari 2011, jauh mengatasi indeks harga 213.5 mata ketika krisis kenaikan harga pada tahun 2008 yang lalu.
Angka tersebut kemudian mulai menurun memasuki bulan September 2011 kepada 225 mata, tetapi sebenarnya masih tinggi berbanding indeks harga pada September tahun 2010.
Kesan politik darinya ialah, peningkatan harga keperluan makanan yang melampau, dan inflasi telah dikaitkan menjadi antara penyebab utama kepada beberapa kejadian rusuhan yang menjatuhkan kerajaan di dunia Arab seperti Tunisia dan Mesir, dan kemudian merebak kepada beberapa buah negara lain seperti Syria dan Yaman. Dalam hal ini, rakyat rela menggadaikan nyawa untuk memastikan keperluan makanan mereka terjamin.
Perlu ditekankan bahawa, nilaian indeks ini belum mengambil kira kejadian banjir yang sedang melanda negara-negara Indochina. Susulan kejadian banjir ini, kerajaan Thailand sehingga kini terpaksa menangguh dan mengurangkan ekspot beras kepada negara-negara pembeli ekoran banjir yang telah menjejaskan sawah dan juga kilang padi di beberapa kawasan utama padi di negara tersebut.
Manakala, Vietnam pula gagal membuat penghantaran 520,000 tan setelah syarikat pengekspot gagal mendapatkan sumber dari pasaran domestik disebabkan kenaikan harga yang berlaku. Peningkatan harga beras juga dilaporkan berlaku di mana harga beras kualiti ekspot Thai 100 peratus gred B beras putih naik kepada USD670-USD680 satu tan minggu lalu dari tahap USD650 sebelumnya, manakala keadaan yang sama berlaku terhadap beras keluaran Vietnam yang melonjak kepada tahap tertinggi sejak tiga tahun lalu didorong oleh faktor stok yang semakin berkurangan dan anggaran peningkatan permintaan.
Sehubungan dengan perkembangan ini, pengguna di kalangan negara-negara di rantau ASEAN khususnya di kalangan pengimpot beras secara tidak langsung pastinya akan berdepan dengan situasi yang sukar. Walaupun pemimpin-pemimpin kerajaan yang terlibat dengan krisis ini telah mengeluarkan kenyataan menjamin tiada kenaikan harga makanan akan berlaku susulan banjir yang melanda negara-negara Indochina, namun ia pasti akan menggusarkan pelbagai pihak.
Filipina sebagai contoh, merupakan negara pengimpot beras terbesar di dunia baru saja berdepan dengan dua bencana taufan yang merosakkan hampir 1 juta tan beras tidak diproses. Sebelum kejadian bencana itu berlaku, kerajaan Filipina mengeluarkan kenyataan untuk menghadkan jumlah impot beras kepada 500,000 tan untuk tahun 2012, dengan jangkaan pengeluaran yang tinggi dari sumber keluaran tempatan. Untuk tahun ini saja, Filipina telah mengimpot 860,000 tan, setelah mengimpot 2.45 juta tan untuk tahun 2010, menjadikannya negara pembeli terbesar di dunia.
Justeru, melihat kepada perkembangan semasa di mana kestabilan pengeluaran makanan dari sektor pertanian sering terjejas oleh pelbagai faktor, adalah tidak mustahil sekiranya untuk tahun-tahun berikutnya bukan sahaja kenaikan harga beras akan terus berlaku malah dikhawatiri komoditi penting ini akan berkurangan dipasaran.
Keadaan yang sama juga berlaku kepada Indonesia dan Malaysia yang merupakan negara keempat dan ketujuh dalam senarai negara-negara pengimpot terbesar dunia. Dengan Thailand menjadi negara pembekal yang terjejas teruk, kerajaan kedua-dua negara terpaksa mencari alternatif lain untuk menampung keperluan yang masih berkurangan walaupun pada harga pasaran beras semasa yang tinggi dari Pakistan, India atau lain-lain negara.
Keadaan seperti ini memberi gambaran jelas bahawa sebuah negara perlu kepada pendekatan dasar keselamatan makanan yang baik dan mantap untuk memenuhi keperluan capaian makanan dalam pelbagai situasi. Pastinya yang terbaik ialah melalui pendekatan yang sustainable dan tahap kecukupan kendiri (self-sufficiency level) yang tinggi hatta walaupun terpaksa melabur pada kadar paling tinggi dan mahal.
Selain itu, pendekatan melalui kewujudan stok penimbal yang mampu menampung keperluan makanan negara untuk jangkamasa panjang juga perlu diberi pertimbangan seperti yang diamalkan oleh negara Jepun dan Korea. Namun, dalam masa yang sama kaedah penyimpanan selamat hendaklah diberi keutamaan.
Keadaan cuaca yang sering berubah dan tidak menentu hanya akan memburukkan lagi keadaan terutama kepada negara-negara yang sering terjejas dan bergantung kepada sumber impot. Barangkali, Negara kita turut terkesan dari fenomena ini, umpamanya apabila musim hujan dan kemarau yang sukar diramal.
Kejadian banjir besar seperti yang dialami Negara-negara Indocina kini, menunjukkan bahawa perubahan cuaca dan kemerosotan kualiti alam sekitar mampu memberi kesan tidak langsung kepada keselamatan manusia khususnya dengan terjejasnya sektor pertanian makanan dalam negara.
Justeru, dengan pendekatan polisi yang baik, kerajaan sesebuah negara sebenarnya masih mampu mengurangkan kesan krisis sekiranya berlaku atau pada tahap yang optima, mampu meningkatkan tahap keselamatan makanan dalam negara.
Atas rasa keinsafan mendalam itulah, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menjulungkan usul berkaitan keselamatan permakanan pada Kongres Agung Tahunan parti 2006 dan mengesahkan semula usul berkenaan pada Kongres seterusnya 2007,2008, 2009, 2010 dan 2011.
Bagi memperkukuh gagasan tersebut, NDP telah menjulungkan cadangan Pembangunan Mega Bersepadu Lembah Ukong pada Kongres Agung Tahunan NDP 2009 dan disahkan semula pada Kongres seterusnya 2010 dan 2011 yang akan menjadi pemangkin industri permakanan negara
Alhamdulillah, walaupun diperingkat awal, sesetengah kalangan memandang sinis dan memperkecilkan isu yang diangkat oleh NDP ini, namun tidak demikian pada pandangan Kebawah DYMM. NDP teruja dengan pandangan jauh Baginda yang sanggup turun kesawah merangsang rakyat agar menyambut gagasan kecukupan kendiri makanan asas yang tinggi.
Kebawah DYMM tidak jemu-jemu mengingatkan semua pihak mengenai isu keselamatan permakanan ini umpamanya, Baginda bertitah bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-62 Tahun pada Hari Selasa, 12hb Rejab 1429 bersamaan 15hb Julai 2008.
“…… kita juga perlu peka dengan krisis permakanan dunia sekarang. Krisis ini telah benar-benar menimbulkan kebimbangan global apabila pengeluar beberapa jenis bijiran asasi, termasuk beras, telah mendadak susut di negara-negara pengeluar utamanya.
Dan menambah kalut lagi apabila beberapa negara pengeluar terpaksa mengeluar stok simpanan beras mereka untuk diagihkan kepada rakyat masing-masing.
Kebimbangan semakin meningkat apabila Badan Dunia juga turut mendedahkan hasil pertanian terus susut berbanding dengan kepesatan penduduk dunia.
Pertambahan penduduk dunia diramal meningkat dari 6.5 bilion (2006) kepada 7 bilion (2012). Peningkatan ini sudah tentu tidak seimbang dengan penghasilan permakanan yang terus merosot.
Ini ditambah lagi dengan isu perubahan iklim dunia. Pemanasan global membawa impak kepada persekitaran. Ini juga menjadi ancaman baru kepada kehidupan.
Kemudian dimerata tempat di dunia, terjadi pula bencana-bencana alam yang dahsyat, seperti gempa bumi, angin kencang dan banjir besar, yang semuanya itu, turut menjejaskan pula sumber permakanan.
Kerajaan Beta telah meletakkan beras selaku keperluan asas yang telah diberikan subsidi sekian lama.
Sama seperti minyak kenderaan, perbelanjaan subsidi untuk beras juga telah meningkat sekarang. Namun demi kesejahteraan rakyat dan penduduk, harga beras masih saja ditahap biasa.
Tetapi ini bukan bererti kita terlepas dari senario kebimbangan mengenai hasil makanan. Lebih-lebih lagi beberapa buah Negara pengeluar telah dilihat menghentikan eksport makanan bijiran mereka ke negara lain.
Maka dengan sebab itu, Negara Brunei Darussalam tidak dapat lagi semata-mata bergantung kepada ‘ihsan alam’ luar negara untuk mendapatkan beras, walaupun kita mampu mengadakan peruntukan untuk itu.
Sikap semata-mata bergantung kepada wang ringgit untuk mengisi perut sudah tidak relevan lagi dengan terjadinya krisis makanan ini.
Jika ada negara pengeluar beras yang sudah mampu memenuhi 70 peratus keperluannya sendiri, masih sahaja sibuk menggubal dasar untuk sampai ketahap 100 peratus mencukupi, mangapakah kita, yang cuma baru setakat mampu menampung sekitar 3.12 peratus tidak menyingsing lengan meningkatkan industri penghasilan beras negara?
Pada ingatan Beta, perkara ini telahpun berulang kali Beta timbulkan sejak dari beberapa tahun lagi.
Jadi memang wajar untuk kita mempunyai pelan strategi dan dasar pertanian negara yang antara lain menjadikan jaminan sekuriti makanan negara (national food security) sebagai salah satu strategi utamanya. …”
Harapan kita semua disini ialah, pihak-pihak berkenaan tidak harus leka dan bergerak bagai pahat dengan penukul. Dalam konteks isu keselamatan permakanan ini, pihak berkenaan hendaklah konsisten melakukan penambah baikan prestasi dan system penyampaiannya. Kajian, tindakan dan penilaian (Research, action and evaluation) keberhasilan perancangan pertanian ini hendaklah dilakukan terus menerus bagi menjamin tercapainya hasrat murni Kebawah DYMM dan rakyat ini.
Wallaha'alam - (mmo)