Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Saturday, October 27, 2012
KDYMM: Syukuri nikmat Allah dengan amal perbuatan
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi Rabbil ' Aalameen, Wassalaatu Wassalaamu, 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
MAHA Besar Allah, Maha Besar Allah, Maha Besar Allah, dan bagi-Nya adalah terpulang segala pujian.
Pujian terhadap Allah itu wajib, kerana Dia memang berhak dipuji.
Betapa tidak, bukankah Allah itu Maha Sempurna, serba serbi sempurna?
Zat-Nya sempurna, Ilmu-Nya sempurna, Sifat-Nya sempurna. Maka kerana itulah kita para hamba ini dituntut supaya memuji-Nya.
Memuji Allah bukanlah seperti memuji yang lain-lain.
Memuji Allah bermakna kita mensyukuri nikmat-Nya, sementara mensyukuri nikmat itu pula dihukumkan wajib.
Jika kita menysukuri nikmat Allah, Dia berjanji akan menambahnya lagi, sebaliknya kalau kita tidak mensyukuri nikmat itu, maka berhaklah bagi Allah menimpakan azab-Nya.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Mensyukuri nikmat Allah tidaklah memadai setakat ucapan semata-mata, tetapi mesti dibuktikan juga dengan amal perbuatan. Kita dikurniakan harta, di samping lidah kita melafazkan alhamdulillah, Allah juga adalah memerhatikan kita, di mankah harta itu kita gunakan?
Kalau ia digunakan di jalan yang hak, maka kesyukuran kita itu akan diterima. Tetapi jika ia digunakan di jalan yang batil, maka kesyukuran kita itu bukan saja ditolak, malah azab juga adalah sedang menunggu kita. Inilah keadilan Maha Pencipta.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Kita ini pada setiap hari dan detik menggunakan nikmat Allah. Udaranya-Nya yang segar kita hirup. Tanpa udara, semua makhluk tidak mungkin hidup. Bumi-Nya juga kita pijak dan air-Nya kita minum. Tanpa bumi dan air itu, di manakah kita dan apa nasib kita?
Pada masa ini, kita sedang memperingati 42 tahun Pertukaran Nama 'Bandar Brunei' kepada 'Bandar Seri Begawan'.
Bandar, adalah bumi tempat kita berpijak dan berjalan-jalan. Tempat membeli-belah, tempat bertugas dan malah tempat kita beribadat. Bukankah di sini ada masjid yang tersergam indah?
Demikianlah fungsi bandar itu.
Kita wajib bersyukur di atas nikmat ini dan perlu berazam untuk melihatnya kekal, supaya dapat pula dinikmati oleh generasi turun-temurun.
Di sinilah kita perlu memahami akan kehendak, siapa yang ampunya nikmat itu. Dia menghendaki kita supaya terus bersyukur dan bertakwa serta tidak mengambil ringan perintah-perintah-Nya.
Khusus dalam perkara bernegara termasuk berbandar, Kita adalah dituntut supaya sentiasa memelihara kesucian negara atau bandar kita itu daripada segala macam bentuk mungkar. Ini adalah amanah dan termasuk juga selaku amanah itu ialah memberikannya imej yang baik dan indah, maksud beta, imej keislaman (Islamic image), lebih-lebih lagi sesuai dengan sifatnya selaku bumi MIB atau bumi Negara Zikir.
Salah satu contoh paling tepat lagi mustahak untuk disegerakan dalam perkara membaiki imej bandar dan malah negara seluruhnya ialah, pada hari Jumaat, di waktu atau jam yang bersesuaian, semua premis perniagaan bisai tah ditutup buat sementara waktu, sehingga selesai menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat.
Penutupan ini, selain ia sendiri berunsur imej, ia juga akan mampu untuk mengubati penyakit kuai-libai setengah kalangan pemuda atau belia di pusat-pusat membeli-belah atau di kaki-kaki lima, sedang orang-orang Islam lain sudahpun berada di masjid atau sedang bergerak ke masjid.
Tidakkah, jika perkara ini dibiarkan sehingga berpanjangan, akan mencemarkan imej negara dan malah imej Islam sendiri?
Oleh itu, langkah ini sangatlah wajar dan bahkan menepati tuntutan syara' untuk dilaksanakan. Syara' telah menggesa kita supaya segera menyahut panggilan 'Sembahyang Jumaat' dan meninggalkan sementara urusan jual-beli sehinggalah selesai sembahyang tersebut. Manakala telah selesai sembahyang, kitapun disuruh pula untuk bertibaran semula di muka bumi bagi menjalankan urusan masing-masing (lihat ayat 9 dan 10 Surah Al Jumu'ah).
Dari perintah Allah ini, tidak siapa yang akan rugi malah sebaliknya, dengan negara juga akan beroleh nama yang baik dan imej yang baik serta keberkatan pula boleh kita tunggu daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment