Dari kiri: Dr Maszlee, Dr Siddiq, Dr Mohd Asri dan Syahrin pada Wacana Sinar Harían Siri Ke-15 di Auditorium Karangkraf |
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara seperti itu perlu dibahas secara terbuka dengan tertib.
Menurutnya, masalah awam yang membabitkan kepentingan rakyat boleh dibahas secara terbuka, iaitu secara profesional dan bukannya dalam bentuk cacian.
"Jadi, mazhab aliran yang mengatakan tidak boleh tegur pemimpin secara terbuka, itu tidak benar. Jika soal kepentingan awam, mereka boleh ditegur.
"Manakala, mazhab yang kata, boleh kata apa sahaja kepada pemimpin, itu juga tidak benar," katanya pada siri Wacana Sinar Harían Siri Ke-15, yang bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, di Auditorium Karangkraf, semalam.
Selain Dr Mohd Asri, dua lagi panel wacana kali ini ialah bekas Presiden Abim yang juga Presiden Wadah Percerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil dan Exco Pemuda Umno dan Pengerusi Biro IPT, Syahrin Md Jamaludin, serta dikendalikan oleh Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik sebagai moderator.
Mohd Asri turut mempersoalkan pihak yang melarang ulama untuk membuat teguran secara terbuka kepada pemimpin negara.
Katanya, bagaimana sebuah negara berparlimen tidak boleh ditegur secara terbuka, kerana bukan semua orang boleh bercakap terus dengan pemimpin negara.
"Ada golongan yang kata, ulama tak boleh tegur pemimpin terang-terangan, tetapi merekalah yang tegur ulama terang-terangan.
"Dosa manusia ada dua jenis. Satu, dosa yang memmbabitkan antara dia dengan Tuhan seperti zina, minum arak dan sebagainya. Saya setuju dosa dalam kategori ini tidak patut kita cakap di khalayak awam kerana benda ini boleh diselesaikan dengan dia, banyak hadis yang menyuruh kita menutup aib orang lain," katanya.
Menurutnya, keseluruhan rakyat Malaysia beragama Islam bersetuju bahawa ulama mesti berperanan dan menegur pemerintah.
Katanya, peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru tetapi telah wujud sejak zaman nabi lagi, dan tokoh agama turut diheret dalam usaha mendapat pengaruh politik.
Ketika diminta mengulas tentang peranan ulama pada pilihanraya umum akan datang, belia mengingatkan ulama melakukan perkara relevan bagi baiki kecacatan yang ada dalam pentadbiran hari ini.
Dipetik dari - Sinar Harian, Rabu 24 Oktober 2012 / 8 Zulhijjah 1433
No comments:
Post a Comment