Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Sunday, October 7, 2012
Usah pandang remeh isu budaya Melayu
Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt. - "Kita patut berbangga kerana mempunyai tokoh-tokoh negarawan, ugama, budayawan dan pahlawan-pahlawan yang terbilang, yang akan terus terpahat dalam ingatan sejarah Melayu kita.
"Namun, keruntuhan kegemilangan kerajaan-kerajaan dan negara-negara Melayu silam adalah sesuatu catatan pilu dalam lembaran sejarah Melayu tetapi sebagai hakikat, sejarah tidak boleh diubah," kata Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Raja Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.
Yang Berhormat Pehin menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Forum Silaturahim Kebudayaan Borneo dan Nusantara Brunei Darussalam di Hotel The Holiday Lodge, Jerudong.
Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, seperti kata keramat Hang Tuah "Tidak Hilang Melayu di Dunia" sudah mula menjadi suatu kenyataan bahawa kita boleh meletakkan dan mengangkat kembali harga diri sebagai bangsa Melayu di tempat yang sewajarnya, serta mempunyai landasan untuk dapat mengembangluaskan adat dan budaya Melayu dan bersaing dengan masyarakat global.
Yang Berhormat Pehin dalam ucapannya menekankan mengenai pengetahuan budaya amat berguna kepada generasi penerus untuk menerapkan nilai-nilai luhur yang baik yang diamalkan dalam sesebuah sistem sosial bahkan sistem sesebuah negara juga ditentukan oleh perjalanan budaya masyarakatnya.
"Isu-isu kebudayaan Melayu hendaklah jangan dipandang remeh kerana di dalamnya terkumpul segala macam ilmu kehidupan yang membeza suatu bangsa dengan bangsa yang lain," jelas Yang Berhormat Pehin lagi.
Selain itu, di dalamnya juga terdapat khazanah yang sangat berharga yang boleh dijadikan aset yang sangat tinggi nilainya dan relevan dalam mengembangkan teknologi Info Komunikasi dan industri kreatif yang mula mendominasi ekonomi global ini.
Yang Berhormat Pehin seterusnya percaya dengan peranan NGO seperti Gaphar dan NGO belia yang lain sangat relevan dalam usaha mengangkat nilai-nilai budaya bangsa dalam mencorakkan pembangunan negara bangsa Brunei sejajar dengan hasrat Wawasan 2035 dan aspirasi negara.
Majlis Perasmian Forum Silaturahim malam ini akan dapat mengangkat adat dan budaya Melayu ke persada dunia antara bangsa dan menyumbang penuh bermakna kepada pembangunan sosial dan ekonomi di rantau Nusantara.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Majlis Forum tersebut, Pengiran Haji Abu Bakar Pengiran Dato Paduka Haji Mohamad dalam ucapan alua-aluannya menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam tetap menanaikan asal beradat, asal beristiadat dan berbudaya melalui institusi Istana yang dipertontonkan kepada rakyat jelata.
Perkara tersebut adalah sebagai pemangkin dan menanai untuk dijadikan sebagai satu perlembagaan sesudah negara menjadi mercu tanda kedaulatan.
Seramai lebih 140 orang yang telah hadir pada malam ini yang terdiri daripada beberapa delegasi luar negara, ini termasuk beberapa waris kerajaan di Indonesia seperti Kerajaan Landak, Kerajaan Sambas, Kerajaan Bali, Kerajaan Buleleng dan banyak lagi dengan mengenakan pakaian kebudayaan kerajaan masing-masing. Majlis malam ini turut dimeriahkan dengan persembahan bacaan Syair dan persembahan Pentas Budaya dari Kumpulan Putera Seni.
Forum Silaturahim Kebudayaan bermula 5 Oktober hingga 7 Oktober diisi dengan pembentangan kertas-kertas kerja. Ia dianjurkan oleh Forum Silaturahim Keraton SeNusantara Brunei Chapter (FSKN Brunei) dan dikelolakan oleh Gabungan Penerbit Drama Tv dan Karyawan Seni (Gaphar).
Dipetik dari - Media Permata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment