Posting mengikut label

Wednesday, March 20, 2013

86 peratus hasil ikan dalam negara membanggakan



Oleh: Samle Haji Jait

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 Mac. - Persoalan bila jangka perusahaan perikanan di negara ini sampai ke tahap sara diri kerana ketika ini masih lagi banyak bergantung kepada import menjadi perhatian Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar ketika menjawab Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin menjelaskan pada masa ini belum mencukupi 100 peratus tetapi 86 peratus itu sudah cukup, tetapi belum memuaskan lagi.

"Kalau dapat kita akan mengeluarkan lebih daripada 100 peratus sebab keadaan pasaran dan keadaan pengeluaran ikan ini adalah bermusim dan mengikut keadaan cuaca. Keperluan-keperluan untuk memproses juga kalau dapat dilebihkan daripada 100 peratus bagi membolehkan lebihnya itu diproses untuk dijadikan value added dan sebagainya," jelas Yang Berhormat.

Yang Berhormat juga menekankan negara juga mengelakkan daripada memasukkan ikan-ikan daripada luar negara bagaimanapun kita belum dapat menjanjikan bilakah kita dapat 100 peratus hidup sara diri, tetapi namun pada masa ini kita telah dapat mengeluarkan 86 peratus hasil ikan dalam negara.

Menyentuh mengenai kemudahan perikanan di Mukim Lumapas, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama menjelaskan kawasan-kawasan untuk kemudahan perikanan di situ, akan diambil tindakan oleh Jabatan Perikanan yang akan melihat kawasan-kawasan tersebut sekiranya sesuai untuk dimajukan di kawasan tersebut.

Sementara itu, Yang Berhormat mengakui isu penyambungan lesen memang diakui menghadapi yang masalah yang perlu diatasi.

"Dulu barangkali diberi lesen itu diberikan tiga bulan sahaja, kini lesen-lesen tersebut telah diberikan satu tahun. Mudah-mudahan dengan memberi lesen bukan dalam tempoh tiga bulan tetapi dalam diberi tempoh satu tahun, masalah penyambungan itu akan dapat diselesaikan," jelas Yang Berhomat bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Awang Haji Jumaat bin Akim.

Yang Berhormat Awang Haji Jumaat memaklumkan penyambungan lesen bagi industri perikanan telah terdapat sungutan-sungutan daripada orang ramai kerana kelambatan menerima keputusan daripada pihak yang berkenaan.

Dipetik dari - Pelita Brunei

No comments: