Posting mengikut label

Monday, March 25, 2013

KURNIA TAMBANG HAJI DITAMBAH DI MAJLIS MESYUARAT NEGARA - MENYOROTI CADANGAN NDP


Limbaroh Hijau, 25 Mac 2013 -  NDP mengaku-alukan dan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam , atas perkenan supaya tambang haji yang berjumlah $3500 ditambah menjadi $4500 bagi pegawai-pegawai kerajaan, disamping itu baginda juga berkenaan mengurniakan supaya diberi tambah nilai sebanyak $600 kepada orang-orang dewasa dan $475 kepada kanak-kanak bagi yang membuat haji bagi kali yang pertama dan keduasahaja diberi tambah nilai, yang selebihnya itu, tidak diberi tambah nilai, demikian seperti yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama pada MMN itu yang bersidang pada hari kesepuluh itu

NDP juga mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ahli Yang Berhormat iaitu YB. Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Hamid bin Bakal dan YB Haji Sulaiman bin Haji Ahad kerana turut menyokong usul NDP  pada Kongres Agung tahunan Ke 5 Tahun 2010 yang mencadangkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya pengurniaan tambang untuk menunaikan haji ke Mekah bagi pegawai dan kakitangan perkhidmatan kerajaan dikaji semula memandangkan kurnia tambang yang ada sekarang terlalu rendah dan tidak mencukupi dan terpaksa ditambah sendiri oleh mereka, ini tentunya membebankan.

Kurnia tambahan yang didedahkan oleh YB Menteri Hal Ehwal Ugama pada hari kesepuluh permesyuaratan MMN itu tentulah amat dialu-alukan oleh mereka yang berkenaan, walaupun tidak memenuhi keseluruhan perbelanjaan , namun ianya dapat mengurangkan beban perbelanjaan.

Dalam hal ini kita sukacita juga menyeru kepada pihak syarikat-syarikat pengusaha penerbangan haji supaya tidak akan mengambil kesempatan dengan menaikkan juga perbelanjaan haji dengan sewenang-wenangnya.

No comments: