KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di pekarangan Bangunan Dewan Majlis dijunjung oleh Yang Di-Pemra MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manten Dato Laila Utarna Haji Awang Ibrahim. (Foto : Hernie Suliana Haji Othman)
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di pekarangan Bangunan Dewan Majlis dijunjung oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.
Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM berkenan menerima tabik hormat diraja dan seterusnya berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri lebih kurang 100 anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang diketuai oleh Penguasa Polis, Awang Haji Md. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.
Kemudian baginda dijunjung berangkat masuk ke Dewan Persidangan dengan diiringi oleh Yang Di-Pertua MMN yang didahului oleh Bentera Dewan yang membawa Cokmar.
Dalam istiadat tersebut, baginda berkenan mengurniakan titah, bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Baginda bersama-sama dengan anakanda dan adinda-adinda baginda berserta Ahli-ahli MMN kemudian berkenan berangkat ke sesi bergambar ramai.
Terdahulu dari itu sebelum Istiadat Pembukaan Rasmi, telah diadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bagi mengesahkan Minit Persidangan MMN, Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kelapan yang telah bersidang selama 15 hari mulai dari 1 Mac hingga 17 Mac 2012 bertempat di Dewan Persidangn MMN, Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.
MMN musim ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa selaku Yang Di-Pertua MMN.
BERANGKAT sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri juga merupakan Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan yang juga merupakan Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
(Foto : Masri Osman)
Dibantu oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Jururulis I (Pertama) MMN; Dato Paduka Awang Haji Abdul Salam bin Abdul Momin, Jururulis II (Kedua) MMN dan Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jururulis MMN.
Persidangan MMN Kesembilan ini juga akan membahaskan Peruntukan Belanjawan Negara Bagi Tahun Kewangan 2013 dan 2014 Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga akan membahaskan serta meluluskan belanjawan bagi peruntukan kewangan kemajuan negara, usul menyembahkan menjunjung kasih atas keberangkatan dan kurnia titah Kebawah DYMM, soalan-soalan yang diberi notis, usul-usul yang telah diberi notis dan Rang Undang-undang (2013) Perbekalan 2013/2014.
MMN ditubuhkan menurut Bab 23 dari Perlembagaan Negeri Brunei, 1959 dan ahli-ahlinya dilantik menurut Bab 24, MMN telah dibubarkan pada tahun 1984.
Pada 25 September 2004 MMN telah mula bersidang semula. Majlis ini dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN yang dilantik oleh baginda.
Hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja, Ahli Majlis Mengangkat Raja, Timbalan-timbalan Menteri, Ahli Majlis Ugama Islam, Duta-duta Besar, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi Luar Negeri, Setiausaha-setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
(Dipetik dari : PELITA BRUNEI)
|
No comments:
Post a Comment