Posting mengikut label

Monday, March 25, 2013

ISU TOL RASAU MEMERLUKAN PENELITIAN YANG SECUKUPNYA


Limbaroh Hijau, 25 Mac 2013 - Isu tol Rasau yang  dibangkitkan oleh YB. Haji A. Ahmad bin Hussin mengenai kemungkinan tol berkenaan dapat dikendalikan oleh konsertium koperasi tempatan sememangnya perlukan penelitian yang mendalam.
Penjelasan YB. Pehin O.K. Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi, Menteri Pembangunan mengenai persoalan itu amat bertepatan dan sesuai dengan mengambil kira beberapa perkara terutama kemampuan dan keupayaan konsertium berkenaan untuk mengurustadbir dan menyelenggara jalan serta kemudahan awam yang terdapat disepanjang jalan itu. "Walaupun dari segi kutipan memang lumayan" jelas YB Pehin, namun beberapa perkiraan juga mesti diambil perhatian, seumpama kutipan lumayan itu adakah mencukopi untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran serta penyelenggaraan dan baikpulih kerosakan yang pastinya akan berlaku.
Walaupun laluan tol Rasau itu tidak panjang sepanjang lebuh raya, namun ianya memerlukan pengawasan dan pengurusan daripada mereka yang berkebolehan dan berpengelaman serta mempunyai modal yang mencukupi sementara menanti pulangan keuntungan sekiranya ada.
Kita tidak mahu meletakkan sesuatu yang membebankan atau merugikan kepada konsertium koperasi kitani, dan kalaupun mereka benar-benar mahu mengurusnya biarlah mempunyai kepakaran, pengelaman dan kewangan yang mantap.
Dalam hal ini, NDP melalui Kongres Agung Tahunan Ke-5, 6 dan 7 pada tahun-tahun 2010, 2011 dan 2012 telah bersetuju mencadangkan  kepada pihak-pihak berkenaan supaya mengkaji semula bayaran tol Rasau itu atau dimansuhkan secara total atau hanya dikenakan kepada kenderaan luar negeri sahaja. Selain itu, NDP juga turut mencadangkan  kedudukan pondok itu supaya dipindahkan ke kawasan kompleks kastam di Sungai Tujuh.

No comments: