Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Friday, March 1, 2013
Peningkatan 2,250 pekerjaan menjelang tahun 2016
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Februari. - Perkembangan sektor pelancongan adalah salah satu agenda khusus yang difokuskan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dan dihimpunkan di bawah Pelan Induk Pelancongan 2011-2015.
Pelan Induk tersebut merancangkan perkembangan sektor pelancongan yang akan memangkin peningkatan sebanyak 27 peratus atau 401,000 orang pelawat dan hasil pelancongan kepada 351 juta setahun.
Projek-projek di bawah Pelan Induk itu jua dijangka akan meningkatkan bilangan pekerjaan sebanyak 2,250 menjelang tahun 2016.
Tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengarah Kemajuan Pelancongan, Dayang Mariani binti Haji Sabtu, berucap demikian dalam Majlis Taklimat Sopan Santun, Budaya dan Adat Resam Negara Brunei Darussalam kepada wakil-wakil daripada industri perhotelan dan restoran-restoran dari seluruh negara yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KPSSU, Jalan Menteri Besar, di sini.
Terdahulu dalam ucapannya menjelaskan bahawa sektor pelancongan sentiasa memainkan peranan yang penting dalam mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah menanai kesejahteraan sosioekonomi negara, termasuk dalam melanjutkan agenda pembangunan ekonomi dan komuniti luar bandar.
Pada masa yang sama, terangnya, Negara Brunei Darussalam juga akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat ASEAN yang melibatkan penyertaan ketua-ketua negara dan para perwakilan ASEAN dan juga rakan sekutunya.
Dari itu beliau menyarankan agar kita perlu memperlihatkan ketersediaan kita dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada para jemputan dan pelawat yang berkunjung, sesuai dengan adat dan kesopanan mengikut calak Brunei.
"Ianya bukan sahaja memastikan para pengunjung pulang ke negara masing-masing dengan kepuasan yang tinggi terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah organisasi tetapi cemerlang dengan mutu perkhidmatan secara keseluruhannya yang dapat memberikan imej dan ristaan yang baik mengenai Negara Brunei Darussalam dan penduduknya," ujar beliau.
Taklimat mengenai 'Sopan Santun, Budaya dan Adat Resam Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh penceramah khas dari Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Awang Haji Mohammad Rafee bin Haji Shahif dan dari Jabatan Layanan, Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Awang Mohammad Kamarul Izzudin bin Haji Kamaluddin dan Awang Azian Zaizy bin Haji Mohammad Jaini, dalam sama-sama mengongsikan perbincangan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kepekaan mengenai adat resam dan kebudayaan Brunei.
Antara tujuan taklimat tersebut diadakan adalah sebagai 'refresher course' mengenai adat budaya dan sopan santun calak Brunei agar dapat diserapkan dan dipraktikkan dalam perkhidmatan layanan kepada para pengunjung dan pelancong serta menaikkan mutu perkhidmatan dalam memberikan layanan mesra kepada para pelawat di masa akan datang
Di samping itu, ianya juga dianggap sebagai salah satu siri latihan program bagi mempertingkatkan kecekapan dan pengetahuan seseorang pekerja di bidang Hospitaliti.
Taklimat sebegini merupakan inisiatif berterusan Jabatan Kemajuan Pelancongan dalam menambah pengetahuan kapasiti bagi 'frontliners' dalam industri pelancongan, selari dengan persediaan negara untuk menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan pada bulan April dan Oktober 2013 nanti.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Labels:
EKONOMI,
PEKERJAAN,
PELANCONGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment