Posting mengikut label

Monday, April 28, 2014

Mangsa kebakaran terima bantuan


Oleh Hajah Saemah Zulkefli

TUTONG, 25 April – Bantuan dan sumbangan untuk membantu meringankan kesusahan ibu tunggal yang merupakan mangsa kebakaran di kediamannya di Kampung Rambai terus dihulurkan.

Ibu tunggal itu, Dayang Siti Mariani binti Abdullah Merikan yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumahnya ranap dijilat api pada Khamis lalu, hari ini menerima sumbangan daripada keluarga prihatin, Dayang Dr Hajah Ra’yah binti Haji Mohd Ali yang juga merupakan Ketua Biro Pendidikan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan suaminya.

Dayang Dr Hajah Ra’ayah binti Haji Mohd Ali (kanan) dan suami serta sahabat handai
dan keluarga mengumpulkan kutipan untuk sumbangan membantu Dayang Siti Mariani.
Bantuan berupa wang tunai, makanan asasi dan pakaian keperluan disumbangkan kepada mangsa yang kini menumpang di rumah kakaknya.

Menurut Dayang Dr Hajah Ra’yah setelah mengetahui kejadian yang menimpa salah seorang ahli wanita NDP itu, beliau telah mengumpulkan kutipan sumbangan daripada adik beradik, sanak saudara dan sahabat handai dengan hasrat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesedihan dan kesusahan yang dihadapi Dayang Siti Mariani pada masa ini.


Sumber - Media Permata

No comments: