Posting mengikut label

Thursday, November 28, 2013

Taklimat Hukum Kanun Syariah diteruskan elak kekeliruan orang ramai


Oleh:  Khartini Hamir

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 November. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dengan kerjasama Unit Latihan, mengadakan Taklimat Hukum Kanun Syariah yang diadakan di Bilik Pehin Orang Kaya Shahbandar, jabatan berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat mendengarkan taklimat berkenaan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Azman bin Haji Abdul Rahim, berserta para pegawai dari JPM dan Jabatan Radio dan Televisyen Brunei.

Taklimat tersebut diadakan memandangkan  akan pentingnya kefahaman yang jelas mengenai undang-undang syariah, di mana ianya  dihasratkan akan dapat mengelakkan ketidakfahaman atau kekeliruan orang ramai mengenai prosedur dan pelaksanaan undang-undang tersebut .

Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dk. Jauyah binti Pg. Haji Mohd. Zaini telah diundang khas bagi menyampaikan sesi taklimat berkenaan yang antara lain membincangkan dan mengetengahkan mengenai prosedur-prosedur, perintah-perintah, kanun-kanun dan undang-undang pelaksanaan jenayah syariah yang akan dilaksanakan.

Beliau juga menjelaskan Perintah-perintah dan Kanun-kanun Jenayah Syariah tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melalui tiga fasa iaitu Fasa Pertama, enam bulan selepas ianya diwartakan, semua kesalahan dalam Bahagian IV Penggal IV Kesalahan-Kesalahan Am akan dikuatkuasakan kecuali yang mengenakan hukuman sebat atau mati.

Sementara pada Fasa Kedua selepas 12 bulan diwartakan semua kesalahan yang mengenakan hukuman Hadd, Diyat, Arsy dan Badal al-sulh akan dikuatkuasakan kecuali kesalahan yang mengenakan hukuman mati.

Manakala di Fasa Ketiga ujarnya, setelah 24 bulan dari Perintah Kanun Peraturan Jenayah Mahkamah Syariah diwartakan, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 akan dikuatkuasakan sepenuhnya termasuk kesalahan yang mengenakan hukuman mati.

Dalam pada itu, beliau juga turut menerangkan beberapa perkara yang berkaitan antaranya mengenai bahagian-bahagian dan penggal-penggal tertentu pada Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 antaranya di Bahagian I – Permulaan iaitu khusus kepada pengenalan perintah bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam, kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam dan di luar Negara Brunei Darussalam, dan perbicaraan kesalahan-kesalahan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Manakala di Bahagian II – Kecualian Am, adalah keadaan-keadaan di mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah perintah ini tidak dikenakan hukuman atau akan diringankan hukuman atas sebab-sebab tertentu seperti tidak sempurna akal, bukan mukallaf, mempertahankan diri, dan perbuatan-perbuatan salah yang dilakukan dengan suci hati untuk menghindarkan mudarat yang lebih besar kepada orang lain.

Sementara di Bahagian III – Subahat yang bermaksud menghasut, mengambil bahagian, membantu seseorang melakukan jenayah serta berpakat jahat, pada amnya hukumannya adalah sama dengan orang yang melakukan kesalahan tersebut, kecuali bagi kesalahan-kesalahan yang dikenakan hukuman Hadd, Qisas, Diyat atau Arsy.

Di Bahagian IV – Kesalahan-Kesalahan pula terbahagi kepada lima penggal iaitu Penggal I bagi kesalahan yang dikenakan hukuman “Hadd” iaitu hukuman atau seksaan yang ditetapkan oleh Al-Qur’an atau sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bagi kesalahan Sariqah, Hirabah, Zina, Qazaf, dan meminum minuman yang memabukkan, sementara Irtidad termasuk Liwat dan Zina bil-jabar, Penggal II ialah Kesalahan Qatl dan Kecederaan yang dikenakan hukuman Qisas, Diyat, Badal al-sulh, Arsy dan kesalahan subahat serta percubaan bagi kesalahan-kesalahan tersebut dan Penggal III iaitu Menarik Balik Syahadah yang boleh dikenakan hukuman denda, penjara, sebat, Diyat, Arsy, ganti rugi atau mati sebagai qisas menurut kesalahan yang mana syahadahnya ditarik balik oleh syahid.

Di Penggal IV bagi Kesalahan-Kesalahan Am ini adalah kesalahan-kesalahan yang mana hukumannya tidak ditetapkan secara terperinci di dalam Al-Qur’an dan sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Ta’zir. Ketentuan Ta’zir adalah antara yang ditetapkan oleh pemerintah, selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum syara’, dan pada Penggal V iaitu Am, adalah bagi seseorang yang telah dibicarakan atas kesalahan yang dilakukan di bawah perintah ini tidak akan dibicarakan lagi mengenai kesalahan yang sama atau serupa di bawah Kanun Hukuman Jenayah Syariah (Penggal 22).

Dari itu jelasnya, mahkamah hendaklah merujuk kepada hukum syara’, jika tiada peruntukan yang nyata di dalam perintah ini, sementara Pemansuhan beberapa bab di dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) kerana telah digantikan oleh perintah ini dan Jadual-jadual: Skrip bahasa Arab, jenis-jenis kecederaan dan perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama selain agama Islam dan ungkapan-ungkapan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam berkaitan dengan agama selain dari agama Islam.

Perkara-perkara yang lain yang turut dibincangkan dan diketengahkan ialah mengenai kaedah pembuktian kesalahan-kesalahan yang dikenakan hukuman Hadd, Qisas atau Diyat, syarat-syarat ikrar bagi kesalahan yang dikenakan hukuman Hadd, Qisas atau Diyat, syarat-syarat tambahan ikrar bagi kesalahan zina yang dikenakan hukuman Hadd, penerimaan ikrar, syarat-syarat syahid bagi kesalahan yang dikenakan hukuman Hadd, Qisas atau Diyat, syarat-syarat Muzakki, juga termasuk ialah antara kesalahan am yang dikenakan hukuman Qisas, Diyat atau Badal al-sulh, Arsy bagi kesalahan qatl atau kecederaan dan hukuman Hadd dan Irtidad.

Inisiatif taklimat seumpama ini antara lain sebagai usaha jabatan dalam mendukung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Negara Brunei Darussalam.

Selain aktiviti sedemikian adalah sebahagian daripada fungsi Jabatan Penerangan yang berperanan penting untuk membarigakan maklumat berkenaan sesuai dengan fungsi dan tugas jabatan tersebut dalam menyebarluaskan aktiviti dan program-program kerajaan.

Juga hadir sama ialah para pegawai dan kakitangan yang mewakili bahagian-bahagian di Jabatan Penerangan dan pegawai-pegawai dari cawangan-cawangan Jabatan Penerangan di keempat-empat daerah.

Dipetik dari - Pelita Brunei

Monday, November 25, 2013

KDYMM: Tingkatkan usaha tangani masalah pengangguran


TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2013 pada hari Rabu, 16 Muharam 1435 Hijriah bersamaan 20 November 2013 Masihi, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim,
Alhamdulillaahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihie Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, hari ini kita dapat bersama-sama lagi berkumpul dalam perhimpunan sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Kelapan. Beta sukacita mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia Kebangsaan 2013 kepada semua para belia di Negara Brunei Darussalam.

Untuk mengetahui corak kepimpinan sesebuah negara, kita perlu melihat kepada generasi belia, kerana belialah bakal peneraju kepimpinan di masa akan datang.

Merekalah perancang dan penggerak satu-satu pembangunan. Makanya belia itu menjadi tumpuan dan perhatian dalam perbincangan-perbincangan serantau dan antarabangsa.

Pada masa ini, para belia di seluruh dunia terus berhadapan dengan pelbagai cabaran, di antaranya dalam persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Isu pengangguran, jika tidak ditangani secara bersepadu, akan mungkin saja menyebabkan kestabilan sesebuah negara turut tergugat.

Menurut jangkaan daripada pihak Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pada tahun 2009, jumlah pengangguran belia adalah 76 juta. Itu adalah sebelum krisis kewangan melanda dunia. Anggaran ini turun kepada 72 juta sebaik sahaja ekonomi kembali pulih pada tahun 2011. Walau bagaimanapun jumlah pengangguran di kalangan belia adalah dijangka meningkat pada tahun ini kepada 73 juta.

Negara kita tidaklah terkecuali dari mengalami perkara yang sama, di mana seramai lebih kurang 18 ribu belia adalah dalam kategori mencari pekerjaan.

Menyedari akan hakikat ini, Kerajaan beta melalui sebuah badan khas, akan terus mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani perkara ini. Di antaranya akan terus melengkapkan para belia dengan ilmu dan kemahiran. Beta sangat gembira, kerana sekolah-sekolah vokasional, baik yang di pihak kerajaan mahupun swasta telah banyak menawarkan pelbagai bidang kemahiran untuk diteroka oleh para belia.

Namun begitu, cabaran lain juga adalah sedia menunggu, iaitu terdapatnya ketidaksepadanan atau mismatch dalam pasaran buruh, dari aspek pembekalan (supply) dengan permintaan (demand) yang juga banyak menyumbang kepada terjadinya pengangguran. Kerana itu, beta menyeru kepada semua pihak yang berkaitan untuk meningkatkan lagi usaha dan strategi dalam kerjasama membangun kapasiti para belia dan menyediakan persekitaran yang kondusif, bagi memperkesankan lagi langkah menangani masalah pengangguran.

Dalam waktu yang sama para belia perlu menukar mindset ke arah perubahan sikap, di mana mereka tidak akan terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan. Para belia semestinya lebih bersedia untuk merebut peluang di sektor swasta dan di bidang keusahawanan.

Beta tertarik dengan tema Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini iaitu : 'Belia Menuju Wawasan'. Belia Menuju Wawasan sewajarnya mempunyai jati diri yang kental, berakhlak mulia serta bertanggungjawab. Belia Menuju Wawasan selayaknya mempunyai sikap dan pendirian yang teguh dalam mendukung semua usaha yang baik.

Ke arah menuju wawasan negara golongan belia perlulah peka dengan cabaran-cabaran yang dicetuskan oleh keadaan sekeliling, khususnya mereka perlu menyedari, bahawa budaya terlalu suka berseronok adalah berpotensi membawa kepada keruntuhan.

Masa kini, kita sedang bergerak ke arah pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syar'iah. Beta berharap para belia tidak ketinggalan untuk mendukungnya. Kewajipan mereka juga termasuk, untuk memahami dan mendalami serta mengetahui pengertian-pengertian yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian itu para belia akan menjadi golongan yang lebih matang dalam perkara ini.

Dalam bidang kerja-kerja sukarelawan, beta sungguh bangga kerana ramai para belia kita terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan, baik di dalam mahupun di luar negara. Lebih-lebih lagi Negara Brunei Darussalam telah mempelopori 'ASEAN Young Professional Volunteer Corps' untuk memberikan khidmat sukarelawan di dalam pelbagai bidang kepada masyarakat dalam Negara-Negara Ahli yang memerlukannya.

Budaya sukarelawan ini sangat elok, kerana ia bukan saja dapat meningkatkan perpaduan dan persefahaman, malahan juga boleh mendatangkan pahala.

Beta berharap semua langkah-langkah yang berkebajikan ini akan terus diperkasakan sehingga mencapai kecemerlangannya.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah
Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dipetik dari - Pelita Brunei

Thursday, November 21, 2013

JANGAN BIARKAN TITAH 'BEMALAM'


LIMBARUH HIJAU, 20 NOVEMBER 2013 :  Pergerakan Puteri Pembangunan (3P) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berharap pihak-pihak berkepentingan tidak akan 'memalamkan' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mengariskan kegusaran baginda terhadap kebajikkan dan kesejahteraan belia-belia dan harapan seorang raja akan masa depan rakyat generasi pelapis yang akan menentukan survivability bangsa Melayu Islam Beraja ini.

Antara lain baginda mengingatkan belia-belia agar tidak hanyut oleh budaya berseronok-seronok yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka.

Baginda menyeru agar mereka berusaha memahami dan menghayati undang-undang syariah yang akan dikuatkuasakan agar mereka menjadi belia-belia yang mendapat pentunjuk dan matang.

Baginda juga merakamkan kebimbangan terhadap isu pekerjaan dan pengangguran yang mana pada masa ini dianggarkan sejumlah 18,000 dari kalangan mereka masih mencari pekerjaan.

Baginda juga menyentuh mengenai keterlibatan belia-belia dalam kerja-kerja amal sambil meluahkan harapan agar tren tersebut dapat diperkukuh dan dipertingkat senhingga menjadikan belia-belia Brunei termasuk golongan yang prihatin, matang dan sivik

Sehubungan dengan titah tersebut, Pergerakkan Puteri Pembangunan NDP (3PNDP), menyeru pihak berkenaan agar dapat mengambil langkah-langkah segera demi meyahut hasrat baginda Sultan.

Antaranya 3PNDP menyarankan agar elaun pengangguran dapat diperkenalkan kepada para belia yang masih belum mempunyai pekerjaan.

Saran tersebut dibuat sebagai menyahut kebimbangan Kebawah DYMM di dalam Titah Baginda sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-8 Tahun 2013 yang menyebutkan jumlah pengangguran di Negara Brunei Darussalam lebih kurang 18 ribu orang.

Puteri NDP turut merasakan kebimbangan KDYMM yang menyentuh tentang isu pengangguran yang boleh menyebabkan tergugatnya kestabilan sesebuah negara.

Dalam hal ini, Pg Nuurul Azadah Pg Hj Abu Bakar,  Setiausaha 3PNDP mengingatkan bahawa, “Ledakan belia (youth bulge) yang berlaku di beberapa buah negara, mengambil contoh dengan berlakunya ‘Arab Spring’ yang mengakibatkan kejatuhan sesebuah negara itu adalah dipimpin dan diterajui oleh para belia khususnya belia yang menganggur. Pengangguran yang tinggi merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan sesebuah regime.”

“Jumlah pengangguran di Negara Brunei Darussalam berada di tahap yang tinggi dan amat mengerunkan. Dalam hal ini adalah dicadangkan agar pihak kerajaan menimbang untuk meberikan elaun pengangguran (unemployment benefits) sekurang-kurangnya pada kadar BND300 sebulan kerana ini akan dapat mengurangkan beban tangungan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengangur disamping boleh membantu para belia mengawal perasan dan tekanan akibat tidak mempunyai pendapatan. Unemployment benefits ini telah diamalkan di berapa buah Negara Eropah “ ujar Nuurul Azadah lagi.

Puteri NDP juga amat teruja dengan pernyataan baginda yang berterus terang  menyebutkan bahawa para belia pada masa inilah merupakan generasi  yang bakal meneraju kepimpinan di masa akan datang, oleh itu tambah Nuurul Azadah, “para elite Negara hendaklah jujur menilai prestasi para Belia di negara ini dan jika sekiranya masih didapati banyak kekurangan maka negara tidak punya banyak masa lagi dan harus segera mengaturkan program-program  yang boleh membina jatidiri, akhlak, sikap dan pendirian para belia seperti yang dhasratkan oleh Kebawah DYMM.”

Beliau menambah, “Adakah pihak berkenaan berpuas hati dengan pencapaian kemajuan belia di Brunei pada hari ani? Pernahkan pihak berkenaan membuat kajian terperinci secara saintifik status belia dari aspek tahap pendidikan belia, pendedahan belia kepada isu-isu semasa dan penghayatan para belia kepada Islam sebagai Ad Din? Pada pengamatan kami Puteri Pembangunan, tumpuan-tumpuan hendaklah diberikan kepada aspek-aspek ini kerana itu menjadi tunggak kepada pembangunan belia seperti yang dihasratkan oleh KDYMM,” tegas Nuurul Azadah lagi.

Beliau menambah, “Puteri NDP turut merasakan kebimbangan KDYMM tentang ketidak sepadanan atau mismatch dalam pasaran buruh dari aspek pembekalan (supply) dengan permintaan (demand) yang juga banyak menyumbang kepada terjadinya pengangguran. Perkara ini amat membimbangkan kerana jika berlaku ketidak sepadanan atau ketidak seimbangan antara supply dan demand ini boleh menjurus kepada kebangkitan massa. Perkara ini tidak mustahil berlaku apabila negara gagal memenuhi kehendak dan keperluan rakyatnya, tentu sekali perkara ini tidak kita inginkan berlaku di negara ini.”

3PNDP amat mengalu-alukan seruan agar para belia merebut peluang pekerjaan di sektor swasta dan di bidang keusahawanan agar para belia tidak bergantung dan mengharapkan untuk bekerja dengan kerajaan semata-mata, oleh yang demikian “ adalah juga diseru pihak berkenaan agar dapat menetapkan kadar gaji minima yang munasabah berdasarkan sektor perkhidmatan/pekerjaan umpamanya tangga minima gaji bagi pekerja tempatan di sektor perkhidmatan runcitan sekitar BND600 di samping tambahan BND250 elaun kurnia khas yang dicadangkan oleh NDP supaya dilaratkan ke sektor swasta, kerana belia-belia di negara Brunei Darussalam bukanlah memilih pekerjaan tetapi mereka memilih gaji yang ditawarkan serta kemudahan yang disediakan demi menjamin dan memenuhi tuntutan kehidupan mereka,” jelas Nuurul Azadah.

Di samping itu juga, “Puteri NDP menyeru supaya pihak berkenaan mewujudkan kumpulan mentor yang berfungsi untuk membantu belia yang ingin memulakan perusahaan atau perniagaan sendiri. Selain dari menyediakan khidmat mentorship, pihak berkenaan juga disaran agar menyediakan kemudahan bengkel operasi, peralatan dan modal pusingan secukupnya secara percuma untuk satu tempoh yang munasabah. Kerana hanya dengan komitmen pihak berkenaan seperti ini akan melahirkan usahawan muda yang berkeyakinan tinggi dan berdaya maju, insya Allah,” jelas Setiausaha 3P lagi.

Menyentuh Titah KDYMM mengenai budaya suka berseronok, Puteri NDP turut menyeru para belia agar tidak terpengaruh dengan persekitaran yang mencabar emosi mereka. Dalam konteks ini  diseru pihak berkenaan agar menutup dan mengurangkan pintu-pintu “berseronok”, namun demikian fitrah kejadian manusia yang inginkan hiburan dan ketenangan. Keinginan tersebut hendaklah diisi oleh pihak berkenaan dengan program-program untuk remaja belia yang bermanafaat disamping mencetuskan kesedaran mereka melalui sistem pendidikan yang holistic yang tidak meminggirkan pendidikan co-curriculum dan program yang disediakan itu perlulah program yang boleh diterima oleh para belia keseluruhannya.”

Puteri Pembangunan dalam masa yang sama tersentuh apabila KDYMM menyeru para belia agar tidak ketinggalan untuk mendokong perlaksanaan undang undang jenayah syari’ah. Puteri  NDP melihat ianya sebagai satu isyarat KDYMM memerlukan sokongan mantap daripada rakyat keseluruhannya terhadap perwartaan kanun jenayah syari’ah tersebut, maka di sini mewakili seluruh Pergerakan Puteri Pembangunan menzahirkan sokongan sepenuhnya dan berdiri teguh dibelakang KDYMM dalam melaksanakan  Kanun Hukuman  Jenayah Syari’ah seperti yang dititahkan oleh KDYMM pada 22 Oktober 2013 yang lalu.”

Puteri NDP juga turut berbangga dengan penglibatan para belia dalam kerja-kerja sukarelawan. Walaupun Negara Brunei Darussalam antara negara anggota yang mempelopori  ASEAN Young Professional Volunteer Corps, namun demikian 3P masih tidak  nampak pencapaian yang diperolehi oleh ASEAN Young Volunteer Corps ini dan kumpulan sukarelawan yang lainnya di Negara Brunei Darussalam.

Oleh itu dipohonkan pihak berkenaan akan dapat mendedahkan pencapaiannya supaya menjadi rangsangan kepada belia lainya untuk melibatkan diri dalam program seumpama itu. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti berkebajikan dan berpahala yang sewajarnya diwar-warkan dan dibuka seluasnya untuk penglibatan lebih ramai belia, ujarnya lagi.

Dipetik dari - Laman Aspirasi NDP

HM to youth: Support Syariah law


Nabilah Haris
BANDAR SERI BEGAWAN

HIS Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei has called on youths to show their support for Syariah law when it comes into force in April.

In the titah during the annual National Youth Day Celebration held at the Indoor stadium, His Majesty said that an understanding is vital amongst the youth as it would help them develop not only the country but themselves.

“Nowadays we are moving towards the implementation of the Islamic criminal law. I trust our youth will also join the others in supporting this move. Their obligations include making an effort to understand the contents and appreciate the intent of the Shariah Penal Code. By doing so, our youth will be among those groups of people who are more mature in dealing with the issues involved,” said the monarch.

His Majesty said that youths need to be sensitive to existing challenges caused by their surrounding circumstances and that they should be aware that there is potential damage for them to over-indulge in entertainment.

Furthermore, they face other challenges like those across the world with regards to unemployment where there is an estimated 18,000 unemployed youth in the country said His Majesty. If the issue is not dealt with in an integrated manner, the country’s stability would be threatened.

“The youth must change their mindset away from over-reliance on the government for employment. Youths must be more prepared to grab career opportunities in the private sector as well as business opportunities in the field of entrepreneurship.”

Current efforts to equip youth with skills through vocational education is an area that His Majesty expressed his satisfaction in with both the public and private sector that had provided such opportunities. However, there is more to be done explained the monarch.

“Other challenges await our youth, there is a mismatch in the employment market from a supply and demand aspect which contributes greatly to unemployment. Because of this, I call upon all relevant parties to increase their efforts and strategies in collectively building the capacity of youths, and by preparing a conducive environment in resolving the issue of unemployment more effectively.”

“Youth in making their contribution towards the Vision should have a strong, solid, personality, be courteous and responsible. Youth towards the Brunei Vision should necessarily be of firm attitude and positive outlook in their support for all measures taken for the common good (of society).”

The monarch lauded the efforts by youth in developing their skills, especially in the field of volunteerism.

“Regarding volunteerism, I am very proud of the fact that many of our young people are taking part in voluntary activities, both inside and outside the country. Their increased participation is even more significant as Brunei Darussalam is the one who pioneered the creation of ‘The ASEAN Young Professional Volunteer Corps’ aimed to provide voluntary services in various aspects to the communities in member countries, that need of such assistance.

“Volunteering is an exceptionally good culture. Not only will it enhance the spirit of solidarity and understanding, those involving themselves in such activities will deserve rewards from Allah. I hope all of these worthy measures will undergo continuous improvement towards excellence.”

The National Youth Day was first held in 2006, initiated by His Majesty.

Dipetik dari - The Brunei Times

Belia peneraju kepimpinan masa depan


KDYMM berkenan mengurniakan titah pada
sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-8

Oleh:  Khartini Hamir

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 November. - Para belia di seluruh dunia masa kini terus berhadapan dengan pelbagai cabaran, di antaranya dalam persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.

Isu pengangguran, jika tidak ditangani secara bersepadu, akan mungkin saja menyebabkan kestabilan sesebuah negara turut tergugat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-8, 2013, berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini pagi tadi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, menurut jangkaan daripada pihak Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada tahun 2009, jumlah pengangguran belia adalah 76 juta dan itu adalah sebelum krisis kewangan melanda dunia.

Anggaran berkenaan Kebawah DYMM menambah, menurun kepada 72 juta sebaik sahaja ekonomi kembali pulih pada tahun 2011, walau bagaimanapun jumlah pengangguran di kalangan belia adalah dijangka meningkat pada tahun ini kepada 73 juta.

“Negara kita tidak terkecuali dari mengalami perkara yang sama, di mana seramai lebih kurang 18 ribu belia adalah dalam kategori mencari pekerjaan,” titah baginda.

Menyedari akan hakikat itu baginda menjelaskan, kerajaan melalui badan khas, akan terus mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani perkara ini antaranya, akan terus melengkapkan para belia dengan ilmu dan kemahiran.

Baginda sangat gembira kerana sekolah-sekolah vokasional, baik yang di pihak kerajaan mahupun swasta, telah banyak menawarkan pelbagai bidang kemahiran untuk diteroka oleh para belia.

Namun begitu, tegas baginda, cabaran lain juga sedia menunggu iaitu terdapatnya ketidaksepadanan atau ‘mismatch’ dalam pasaran buruh, dari aspek pembekalan (supply) dengan permintaan (demand) yang juga banyak menyumbang kepada terjadinya pengangguran.

Kerana itu, baginda menyeru kepada semua pihak yang berkaitan untuk meningkatkan lagi usaha dan strategi dalam kerjasama membangun kapasiti para belia dan menyediakan persekitaran yang kondusif, bagi memperkesankan lagi langkah menangani masalah pengangguran.

Dalam waktu yang sama, titah baginda menekankan, para belia perlu menukar pemikiran (mindset) ke arah perubahan sikap, di mana mereka tidak akan terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan, dan para belia semestinya lebih bersedia untuk merebut peluang di sektor swasta dan di bidang keusahawanan.

Di samping itu, baginda tertarik dengan tema Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Belia Menuju Wawasan’ yang sewajarnya mempunyai jati diri yang kental, berakhlak mulia serta bertanggungjawab dan ‘Belia Menuju Wawasan’ selayaknya mempunyai sikap dan pendirian yang teguh dalam mendukung semua usaha yang baik.

“Ke arah menuju wawasan negara, golongan belia perlulah peka dengan cabaran-cabaran yang dicetuskan oleh keadaan sekeliling, khususnya mereka perlu menyedari, bahawa budaya terlalu suka berseronok adalah berpotensi membawa kepada keruntuhan,” tegas baginda.

Selain itu, baginda menekankan bahawa kita sedang bergerak ke arah pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syari’ah dan seterusnya berharap para belia tidak ketinggalan untuk mendukungnya.

“Kewajipan mereka juga termasuk, untuk memahami dan mendalami serta mengetahui pengertian-pengertian yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian itu, para belia akan menjadi golongan yang lebih matang” titah baginda lagi.

Dalam bidang kerja-kerja sukarelawan, baginda sungguh berbangga kerana ramai para belia kita terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan, baik di dalam mahupun di luar negara, lebih-lebih lagi Negara Brunei Darussalam telah mempelopori 'ASEAN Young Professional Volunteer Corps' untuk memberikan khidmat sukarelawan di dalam pelbagai bidang kepada masyarakat dalam negara-negara ahli yang memerlukannya.

Budaya sukarelawan itu jelas baginda, sangat elok kerana ia bukan saja dapat meningkatkan perpaduan dan persefahaman, malahan juga boleh mendatangkan pahala.

Baginda berharap semua langkah-langkah yang berkebajikan ini akan terus diperkasakan sehingga mencapai kecemerlangannya.

“Untuk mengetahui corak kepimpinan sesebuah negara, kita perlu melihat kepada generasi belia, kerana belialah bakal peneraju kepimpinan di masa akan datang. Merekalah perancang dan penggerak satu-satu pembangunan. Makanya, belia itu menjadi tumpuan dan perhatian dalam perbincangan-perbincangan serantau dan antarabangsa”, titah baginda.

Dipetik dari - Pelita Brunei

Tuesday, November 19, 2013

Tahniah! syabas Brunei Darussalam!


Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH dan ucapan syabas kepada Negara Brunei Darussalam dan khususnya kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, dengan diiringi doa sepenuh harapan kepada Allah SWT agar terus dipelihara dan diberkati Negara, Raja dan rakyatnya, kerana perisytiharan pelaksanaan Syariat menerusi Kod Panel Syariah.


Semua di antara kita menyedari bahawa pelaksanaan undang-undang jenayah Islam adalah paling mencabar dan menjadi sasaran fitnah musuh Islam yang datang daripada seluruh penjuru dunia.

Ucapan yang wajib diberi oleh setiap orang yang beriman dan budiman, yang ikhlas kepada Allah dan mahu menyelamatkan manusia serta menanti hari Akhirat yang diimani. Hukum itu adalah daripada Allah, Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Adil. Bukannya ciptaan manusia iaitu makhluk yang tetap ada kelemahannya, termasuk ketua negara dan para penggubal undang-undang.

Tegasnya bahawa menggubal undang-undang yang lain daripada ketetapan Allah adalah syirik dosa besar di sisi Allah, kerana mencabar sifat ketuhanan Yang Maha Suci daripada segala kelemahan dan persamaan dengan makhluk-Nya.

Mengadakan undang-undang ciptaan manusia dalam perkara yang telah menjadi ketetapan Allah bermakna mencabar ketuhanan dan sifat-Nya Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Rahmat. Melanggari ketetapan Allah juga merosakkan peraturan alam yang telah ditetapkan oleh Allah Penciptanya secara saksama.

Wahai kalangan mereka yang mengaku pejuang hak asasi manusia dari seluruh pelosok dunia! Sebenarnya sesetengah tindakan kamulah yang merosakkan manusia, namun berlagak bijaksana.

Mereka sepatutnya merasa malu sekiranya mereka menyuluh diri mereka sendiri. Bandingkan undang-undang jenayah syariat Islam dengan hukuman yang kamu reka cipta itu: gantung mencekek leher, menggunakan tali, hukuman sebatan menyeksa yang masih diamal di negara kamu, sebatan yang menyeksakan sehingga mencabut kulit dan daging orang yang dihukum, belum lagi penyeksaan sehingga ada yang mati dalam tahanan ketika soal siasat terhadap orang yang dituduh, yang belum lagi ditentukan kesalahannya.

Kepada mereka, berpoligami dengan syarat wajib berlaku keluarga adil adalah kolot, ketinggalan zaman, tidak maju dan salah. Manakala berzina seperti binatang atau menyimpan wanita seberapa ramai tanpa tanggungjawab berkeluarga adalah bertamadun. Menutup aurat khususnya kaum wanita dikira mengongkong hak asasi manusia, tidak kontemporari, mundur, manakala mendedahkan jasad dengan pakaian yang lucah itulah sifat manusia yang sebenar, bahkan ada negara yang bertelanjang adalah hak asasi manusia. Menggunakan wanita menjadi bahan iklan barangan dengan pakaian yang mendedahkan jasad dikira bersopan. Bagi mereka menghalalkan riba menindas golongan terdesak adalah rukun ekonomi, manakala mengharamkannya adalah penghalang kemajuan.

Cukuplah bagi umat Islam setelah mendengar atau membaca segala tuntutan dari bantahan mereka yang menyalak itu, menolak dengan akal yang mulia dan cahaya Islam yang terang lagi bersuluh dengan membezakan di antara benar dan salah, hak dan batil. Hendaknya jangan ada kalangan umat Islam, orang yang masih tidur dalam cahaya Islam yang dianutinya, sehingga mengigau bersama mereka yang berada dalam kegelapan yang menyesatkan.

Ramai kalangan mereka beranggapan, apabila undang-undang Islam hanya Qisas dan Hudud dikuatkuasakan, maka ramailah orang yang menjadi mangsanya, sehingga banyak tangan yang dipotong, ramailah orang cacat anggota, dan akan dibunuh sewenang-wenang.

Mereka mengira secara spontan dan jahil bahawa undang-undang Islam menjatuhkan hukuman dengan mudah, tanpa membaca syarat dan rukunnya yang sangat ketat dan payah sehingga menjadikan hakim Islam terlalu payah menjatuhkan hukuman. Namun undang-undang Islam adalah sangat menggerunkan, termasuk kepada orang tidak melakukan jenayah, apatah lagi kepada penjenayah dan bakal melakukannya.

Jangan puia menganggap orang yang bersalah dibebaskan sewenang-wenangnya kerana ada pula hukuman takzir mengikut kebijaksanaan pihak yang berkenaan dalam perkara yang tidak ada nas. Islam juga mendahulukan cegahan adalah lebih penting daripada mencari penjenayah, dan bertaubat sebelum ke mahkamah adalah lebih afdal.

Di negara Barat yang mencipta undang-undang manusia, berlaku peningkatan salah laku jenayah dan salah laku sesama manusia bahkan dalam satu keluarga. Medianya sendiri melaporkan kadar jenayah yang parah makin meningkat, bahkan mangsanya yang tidak terfikir oleh manusia yang berakal. Peristiwa mengamuk di sekolah kanak-kanak sudah berulang beberapa kali berlakunya di negara yang disebut paling maju dan paling kaya itu.

Keberanian negara umat Islam paling kecil seperti Negara Brunei Darussalam sepatutnya memalukan negara umat Islam juga, yang mengaku paling besar dan paling maju, serta paling kuat Islamnya, tetapi cakapnya tidak serupa bikin. Laksana ayam yang bertelur hanya sebiji tetapi berkukuk riuh sekampung dan badannya pula bergelumang kekotoran.

Percayalah bahawa melaksanakan Islam akan tetap membawa berkat kerana ianya adalah janji daripada Allah SWT.

Surat ucapan tahniah daripada Presiden PAS kepada Negara Brunei Darussalam telah diutuskan pada 26 Oktober 2013 bersamaan 21 Zulhijah 1434 Hijrah.

Dipetik dari - Harakah, Bil 1895 - 18-21 November 2013


Senario kemerdekaan negara perlu diketengahkan


Oleh:  Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 November. - Cabaran-cabaran telah dilalui oleh Negara Brunei Darussalam khususnya di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memperjuangkan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka dan berdaulat pada 1 Januari 1984.

Dengan yang demikian, proses pencapaian Negara Brunei Darussalam perlu diimbas kembali bagi memberi kefahaman, kesedaran dan keinsafan kepada rakyat dan penduduk khususnya golongan muda masa kini bagi mengukuhkan lagi semangat jati diri untuk mencintai agama, raja dan bangsa Brunei. Lagipun ia merupakan perjuangan murni untuk menegak bangsa, agama dan raja ini adalah memakan masa yang agak lama yang akhirnya dapat dinikmati oleh rakyat dan penduduk Negara ini.

Perkara ini telah diperjelaskan di dalam kertas kerja yang sampaikan oleh Setiauasaha/Ketua Urusetia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, (MTMIB) Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong semasa Seminar Pembangunan Negara Dalam Era Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah: Membangun Berteraskan Konsep Melayu Islam Beraja yang diadakan di Hotel Centrepoint di Gadong, di sini

Oleh itu tegasnya, selaras dengan tugas dan tanggungjawab MTMIB dalam menyebar dan mengukuhkan lagi cara hidup Melayu Islam Beraja di kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, maka sejarah liku-liku perjalanan negara ini dalam mendapatkan kemerdekaan perlu diketengahkan dan diketahui setiap rakyat dan penduduk negara dengan tujuan supaya sejarah perjuangan itu dihargai dan diinsafi sebagai penyuntik ke arah pengukuhan semangat patriotik pada negara dan bangsa.

“Ini bermakna pentingnya senario sejarah kemerdekaan itu diketahui dan difahami oleh semua lapisan masyarakat Brunei,” jelas Dr. Muhammad Hadi.

Dipetik dari - Pelita Brunei


Sejarah ibarat cermin kemajuan tamadun sesuatu bangsa

Oleh:  Khartini Hamir

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 November. - Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan kelolaan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) menganjurkan Seminar Pembangunan Negara Dalam Era Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah: Membangun Berteraskan Konsep Melayu Islam Beraja diadakan di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan seminar berkenaan ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Pada majlis tersebut Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara ber sabda  menekankan mengenai bidang atau mata pelajaran Sejarah hendaklah diajar di sekolah dan di peringkat pengajian tinggi dengan sempurna supaya pelajar-pelajar tahu sejarah bangsa mereka dan menghargai sumbangan dan jasa raja-raja serta pemimpin-pemimpin negara kita.

Oleh itu, bersempena 30 tahun penubuhan PESEBAR, dan dalam usia persatuan menjangkau tiga dekad itu, Yang Amat Mulia percaya persatuan berkenaan telah mencapai beberapa kerja-kerja dan kejayaan-kejayaan di dalam bidang sejarah di Negara Brunei Darussalam.

Yang Amat Mulia melihat PESEBAR mempunyai peranan yang besar dalam mengadakan penyelidikan-penyelidikan dan penulisan-penulisan sejarah tanah air agar dapat membetulkan segala tulisan-tulisan mengenai sejarah negara ini yang kurang tepat.

Sejarah adalah ibarat cermin bagi kemajuan tamadun sesuatu bangsa dan ia penting untuk dipelajari dan dihayati agar pembangunan bangsa dapat berjalan lancar di samping sentiasa berhati-hati dan berwaspada agar kesilapan masa silam tidak akan berulang lagi.

“Dengan itu saya percaya kita akan dapat melahirkan satu generasi yang insaf, berbudi pekerti dan berkeyakinan diri serta mempunyai jati diri yang kukuh. Semua ini boleh menjadi benteng kuat dalam menghadapi ledakan perubahan zaman akibat dari kemunculan revolusi teknologi maklumat,” jelas Yang Amat Mulia.

Dunia pada masa ini sudah seolah-olah kehilangan sempadan dan batasan, ia semakin kecil kesan dari maklumat yang boleh diperolehi dengan pantas dan apabila bercakap mengenai sejarah kebangsaan negara ini, kita tidak dapat lari dari membicarakan sejarah raja-raja atau sultan-sultan yang pernah memerintah negara ini serta sumbangan mereka dalam membentuk dan membangun bangsa Brunei.

Menurut Yang Amat Mulia, antara mereka itu adalah Sultan Muhammad yang mengasaskan kesultanan Brunei Darussalam, Sultan Sharif Ali yang mengukuhkan agama Islam, Sultan Bolkiah membina empayar Brunei dan pada zaman moden ini Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien pengasas Brunei Moden, manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara merdeka, berdaulat, maju dan aman serta makmur.

Terdahulu, Ketua Hakim Syar’ie dan Yang Di-Pertua PESEBAR, selaku Pengerusi Bersama seminar, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan dalam 30 tahun usia PESEBAR, persatuan berkenaan telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya iaitu untuk menggalakkan minat yang meluas terhadap sejarah, kebudayaan dan adat resam nasional di kalangan rakyat Brunei melalui seminar, persidangan, penyelidikan, penerbitan dan buku.

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 17 tahun dari menaiki takhta sehingga kemerdekaan Negara Brunei Darussalam  (1967-1984) baginda dengan tabah dan bijaksana telah berjaya mengatasi berbagai cabaran dan berjaya membawa Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan dan kedaulatan penuh sebagai sebuah negara MIB pada 1 Januari 1984.

Tambah Yang Berhormat, semasa pemerintahan baginda, rancangan-rancangan pembangunan negara yang telah dimulakan oleh ayahanda baginda dari awal tahun 50-an itu telah diteruskan dan dipertingkatkan oleh baginda yang hasilnya telah dapat kita nikmati pada hari ini.

Oleh itu tujuan seminar ini diadakan, terang Yang Berhormat, antara lain adalah untuk menonjolkan pimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam merancang dan melaksanakan pembangunan-pembangunan yang telah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang maju, aman dan makmur dapat dihayati dan dihargai oleh setiap lapisan rakyat di negara ini.

Seminar juga antara lain bertujuan untuk menerokai bidang baru kajian sejarah yang berkaitan dengan sosial dan ekonomi, khususnya dalam era pemerintahan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang sememangnya mempunyai sumber yang banyak untuk dikaji di samping sejarah politik yang telah pun mendapat tarikan ramai pengkaji.

Di samping itu, ianya juga dapat mendorong penyelidikan dan penemuan terbaru khususnya dalam bidang sejarah Negara Brunei Darussalam dengan menggalakkan pertukaran dan percambahan pemikiran bidang sejarah sosial dan ekonomi sejarah zaman pemerintahan Kebawah DYMM di kalangan para sarjana, pensyarah, guru-guru, penyelidik, pelajar dan para peminat bidang penyelidikan bagi memperluaskan lagi interaki dan jaringan kerja di pelbagai peringkat institusi pendidikan di negara ini.

Seminar juga antara lain dapat memupuk kesedaran dan rasa insaf dari rentetan peristiwa yang berlaku dalam sejarah sosial dan ekonomi, sastera, budaya, adat istiadat dan undang-undang pada zaman pemerintahan Kebawah DYMM yang boleh memberikan gambaran bagaimana kerajaan baginda berungkayah dengan penuh gigih dan berkesinambungan dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan mengangkat temadun Negara Brunei Darussalam.

Kira-kira seramai 200 peserta menghadiri seminar berkenaan yang bertemakan Membangun Negara Berteraskan Konsep Melayu Islam Beraja terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, pakar sejarah, pelajar-pelajar dan orang ramai dari dalam dan luar negara.

Dipetik dari - Pelita Brunei


Beberapa artikel lepas yang berkaitan:

1. Penyelidikan Sejarah Tentang Pemberontakan 1962: Mencari Kebenaran Atau Menjustifikasikan Kebatilan?
2. SEJARAH: FAKTA, KRITIKAN DAN TAFSIRAN
3. BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 1
4. BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 2
5. BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 3
6. BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 4
7. BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 5 (Akhir)

Thursday, November 14, 2013

NIAT, IKHLAS DALAM PERJUANGAN


Limbaruh Hijau, 27 Oktober 2013: NIAT yang betul disertai dengan sifat ikhlas merupakan elemen penting yang akan menentukan perjalanan sesuatu perjuangan. Jika niat betul, perjalanan sesuatu perjuangan, dengan izin Allah, akan sampai ke matlamat yang dihasratkan, walaupun menghadapi berbagai rintangan. Apatah lagi jika ianya didorong dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat redha Allah, pasti akan mendapat keberkatan walaupun nampak semacam gagal.    

Begitulah secara kasarnya intipati sesi usrah bulanan NDP yang dilangsungkan seperti biasa di surau Markas Pusat Jerudong. Sesi usrah dipimpin oleh Sdra Mahmud Morshidi Othman, Presiden Parti Pembangunan Bangsa(NDP). Program dihadiri oleh keluarga JASA. Turut hadir Timbalan Presiden Sra Hj Juned Hj. Ramli dan Naib Presiden NDP Belait, Sdra. Pg. Hj Zainal bin Pg. Talib.

Program usrah dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, ratib dan solat isya’.

Presiden sebagai naqib meneruskan perbincangan mengenai niat dan ikhlas dalam perjuangan berdasarkan buku Jalan Da’wah Antara Keaslian dan Penyelewengan oleh Sheikh Mustafa Masyhur. Perbincangan panjang lebar mengenai konsep niat dan ikhlas dalam perjuangan bertujuan untuk ingat mengingati antara kepimpinan dan ahli-ahli parti agar tidak terbabas dari niat asal berjuang melalui NDP kerana Allah.

Dalam pengamatannya, sdra Morshidi berkata memang terdapat sebilangan kecil kalangan pendakwah dan pejuang dalam gerakan Islam berjaya membebaskan diri mereka ketika diuji dengan kepayahan dan kesangsaraan lalu menyangka bahawa ia telah terlepas dari sebarang fitnah

Namun demikian, ada juga kalangan da’e dan pejuang itu yang tertipu dengan umpan pangkat dan gelaran, kebendaan dan kemewahan. Seperti kata Sheikh Mustafa Masyhur mereka yang terperangkap dalam keadaan sedimikian akan berhujjah bahawa “pangkat dan kebendaan dunia itu boleh membantu dan menyokong amal Islam; tetapi sebenarnya palsu belaka”.

Ramai pejuang dan ulama yang pada awalnya dilihat kental dalam prinsip perjuangannya tumpas ketika diuji Allah dengan segala macam kemewahan,  kekuasaan atau pengaruh. Ketika dia susah, dia tidak tergamak mengambil hak orang susah yang lain, namun ketika ia berkuasa dan berpengaruh seolah-olah tiada pula yang haram baginya. Demikian pengamatan Sdra Morshidi.

Mengambil iktibar dari tulisan Sheikh Mustafa itu, sdra Morshidi mengajak jemaah usrah agar sama-sama insaf akan hakikat bahawa kebanyakan orang yang sudah hidup mewah malah akan bermati-matian lagi mencari kemewahan hingga “malas” untuk berjihad.

Golongan ini akan menutup mata dan telinga apabila ada orang lain mengingatkan bahawa Baginda Rasulallah SAW sendiri pernah menjadi seorang peniaga kaya tetapi akhirnya jatuh miskin dan menjalani kehidupan sempit semata-mata kerana baginda memilih jalan zuhud dan mengutamakan apa yang diperintahkan oleh Allah, memberikan apa jua hak kepada yang berhak.

Menurut pandangan para da’e dan pejuang Islam sejati, ujar sdra Morshidi, para ulama dan pejuang Islam yang sudah terbabas sewajarnya kembali kepada sirrah dan mengambil teladan mengenai pengorbanan yang ditunjukkan oleh Rasulallah SAW, para sahabat dan para anbiya’ betapa kebanyakan mereka yang memulai kehidupan dengan kemewahan mengakhiri hayat mereka dengan kesederhanaan malah dengan kesempitan dan kemiskinan.

“Di manakah pula letak duduk kita, soal sdra Morshidi, jika kita bandingkan diri kita dengan para kekasih Allah itu?”.

“Mengambil contoh, di akhir hayat baginda Rasulallah SAW, baginda  hanya meninggalkan empat helai jubah, dan salah satu jubah baginda itu mempunyai enam belas tampalan…", sambung sdra Morshidi.

Berbeza dengan segelintir ulama hari ini, ada yang memulai kehidupannya dengan susah payah lalu menjadi senang lenang dan ada juga yang kaya bertambah kaya.

Sdra Morshidi juga mengajak para jemaah agar sama-sama menginsafi betapa setiap musim perayaan Maulidurrasul, para pendakwah tidak terlepas menyeru “Ikutlah Nabi Junjungan….., Nabi Muhammad sebaik-baik ikutan dan macam-macam lagi seruan supaya umat ini mengikut cara hidup Nabi SAW, tetapi sampai pada bab cari pengaruh, cari harta dan mengurus kemewahan tidak pula kita mahu menoleh ke arah ajaran Nabi….ada antara kita yang karit sangat untuk menginfakkan sebahagian besar harta kekayaan kepada yang memerlukan…”

Beliau juga berbicara mengenai bahaya penyelewengan niat, umpamanya niat asal perjuangannya kerana Allah tetapi akhirnya diserang oleh penyakit “gila pimpinan”. Ia begitu rakus mencari pengaruh dan memikat orang untuk menjadi pengikutnya sendiri lebih daripada untuk menjadi pengikut jemaah.

Ada juga orang yang  “gila pengaruh” bekerja keras untuk memikat hati  pengikut dan orang ramai dan menggunakan pengaruhnya itu untuk memberikan tekanan kepada pemimpin atau organisasi bagi tujuan menyaingi pemimpin tertentu dan menguasai organisasi. Dalam konteks yang lebih luas, ada juga yang berkerja keras mencari pengaruh untuk kepentingan diri sendiri melebihi seruannya supaya menta’ati pemerintah.

Mengekalkan orang gila pimpinan dan gila kuasa di dalam barisan jemaah atau organisasi adalah amat berbahaya dan memudaratkan jemaah atau organisasi justeru lebih baik orang-orang gila kuasa dan gila pimpinan ini disingkirkan saja dari jemaah atau organisasi.

Mengekalkan mereka dalam organisasi bererti memberi peluang kepada penyelewengan, kebocoran rahsia kepada orang luar, terbukanya pintu kecuaian dan sekali gus boleh menghakis sebuah keyakinan kepada organisasi.

Lazimnya, orang akan menyalahkan sebarang kepincangan kepada pimpinan tertinggi sesebuah organisasi dan kepada organisasi itu sendiri, bukan kepada individu pengacau tadi justeru, dalam konteks parti,  “biar tia orang-orang ikhlas saja bersama kitani. Ada seribu penyokong bergeraklah cara ada seribu, ada seratus penyokong bergeraklah cara ada seratus penyokong dan demikian, waima kita hanya ada sepuloh orang penyokong yang ikhlas maka bergeraklah mengikut kemampuan yang terdaya,” tegas sdra Morshidi.

Di akhir sesi majlis ilmu itu, jemaah usrah diseru agar memantapkan keimanan dan membetulkan niat menyertai NDP dan berjuang semata-mata kerana ingin mencari keredhaan Allah – Wallahu a'lam.

Dipetik dari - Laman Aspirasi NDP

Kurang kesepaduan punca projek lambat


Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Kurang pendekatan bersepadu antara agensi-agensi khususnya agensi yang memberikan khidmat sokongan adalah antara lain punca kelambatan pelaksanaan projek.

Menurut Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lufti Abdullah, terdapat antara agensi berkenaan kurang memberi keutamaan dalam memberikan kerjasama pelaksanaan projek, walaupun tugas dan tanggungjawab utama mereka adalah memudah cara proses yang sekali gus menganggap projek tersebut bukan projek jabatan mereka.

Beliau menekankan, projek yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana itu merupakan projek nasional yang mesti di tangani dan dilaksanakan mengikut tempoh waktu bagi memudahkan pihak kerajaan merancang pengagihan peruntukan yang lebih teratur mengikut tahun.

Awang Haji Muhammad Lufti menyatakan perkara ini semasa berucap merasmikan Pelancaran Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 di Kementerian Pembangunan hari ini. Tema sambutan bagi tahun ini ialah “Menjayakan Pelaksanaan Pelan.”

Beliau menambah kata, iltizam atau komitmen ketua jabatan juga penting dalam mengutamakan projek untuk segera dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua jabatan untuk menggiatkan usaha serta memberikan keutamaan kepada projek yang sudah dirancang untuk segera dilaksanakan dalam tempoh rancangan sama ada di jabatan pelaksana atau jabatan yang memberikan khidmat sokongan.

Menurutnya, dengan cara ini jabatan pengguna akan lebih komited untuk melaksanakan projek mereka mengikut tempoh yang dirancang.

Katanya, peranan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) adalah menyediakan pelan kemajuan dan membuat perancangan guna tahan di negara ini.

“Pelan-pelan kemajuan ini antara lain bertujuan memberikan pandu arah jelas kepada semua pihak khususnya pemegang teras dalam usaha memajukan kawasan perbandaran, daerah dan luar bandar,” jelas beliau.

Beliau turut difahamkan, JPBD menyediakan pelan kemajuan bagi semua daerah di negara ini di mana beberapa penilaian semula telah dibuat.

Hasil dari pembentukan Pelan Induk Negara Brunei Darussalam 1987, pada tahun 1990an menyaksikan giatnya penyediaan pelan setempat disediakan melalui peruntukan Rancangan Kemajuan Negara.

“Pelan tersebut yang lebih terperinci telah menjadi garis panduan dalam perancangan guna tanah dan kawalan kemajuan,” jelasnya.

Bagaimanapun, jelas Awang Haji Muhammad Lufti kadar pelaksanaan projek yang dicadangkan dalam pelan kemajuan adalah tidak konsisten dan ini tertakluk kepada sektor kemajuan yang dilaksanakan.

“Ini jelas menunjukkan kadar pelaksanaan projek bukan saja tidak konsisten tapi kebanyakannya mengambil masa lama untuk direalisasikan.

“Bukan setakat itu, Pelan Induk Negara 1987 yang telah dipohonkan melalui RKN, sebahagian projek telah melalui beberapa RKN berikutnya dan diberikan harga rancangan dan peruntukan tapi masih belum dilaksanakan.

“Alasan tidak ada peruntukan dan kurangnya kapasiti untuk melaksana projek tidak dapat dijadikan alasan mengapa projek belum dapat dijalankan,” tegas beliau.

Beliau seterusnya berharap supaya jarak tahun terhasilnya pelan kemajuan dengan tahun cadangan projek dilaksanakan dapat dirapatkan.

Ini kerana terlalu banyak peluang kemajuan dan pembangunan negara yang mungkin saja hilang di mana ia seharusnya diraih ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Pelan kemajuan dari kajian terperinci yang melibatkan pemegang teras untuk memberikan idea ke arah menyediakan strategi atau rangka cadangan.

Sehubungan itu, pelaksanaan projek memerlukan penglibatan semua agensi untuk sama-sama menjayakan hasrat serta visi yang dirancang dalam pelan tersebut.

JPBD diseru untuk meningkatkan usaha mempamerkan cadangan yang terkandung dalam setiap pelan kemajuan sebagai peringatan kepada semua agensi pelaksana supaya mereka dapat segera bertindak memohon peruntukan dari pihak tertentu.

Selain itu memastikan program pelaksanaan perlu disusun rapi sementara agensi bertanggungjawab dengan pelaksanaan projek perlu akur dengan tempoh masa (timeline) yang disediakan dalam program pelaksanaan.

“Timeline dan penyiapan projek dalam tempoh rancangan itu perlu diberikan fokus utama dan bukan sebagai perkara sampingan saja,” tegasnya.

Di majlis itu, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Haji Muhammad Lufti melancarkan tiga buku garis panduan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia, Jabatan Perancang Bandar dan Desa 2013.

Dipetik dari - Media Permata

Berikut merupakan petikan sebahagian daripada Ucapan Dasar Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan Ke-8 pada 21 Jun 2013,
"...Di bawah RKN ke-9 (2007-2012), sebanyak 1,048 buah projek pembangunan telah disenaraikan dengan harga rancangan sejumlah BND 9.5 bilion. Bagaimanapun, dari jumlah 1,048 buah projek itu, hanya sebanyak 568 sahaja yang berjaya disiapkan. Ini bermakna pencapaiannya cuma 54 peratus sahaja.
...Dari segi prestasi kewangan pula, dari jumlah BND 5.195 bilion yang telah disediakan, BND 4.031 bilion atau 77.6 peratus telah dibelanjakan. Akan tetapi jika diambil kira daripada harga rancangan BND 9.5 bilion yang telah diluluskan, prestasi perbelanjaaan tersebut merupakan 42.4 peratus sahaja. Ini menunjukkan satu prestasi yang tidak memberangsangkan.
...Sebagai langkah penambahbaikan didalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara, dengan rendah hati, dan dengan penuh rasa tanggung jawab NDP mohon  kehadapan Majlis Kebawah DYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Daraussalam menjulungkan cadangan kiranya Kerajaan Kebawah Duli dapat mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri, seorang yang mewakili golongan pembesar, dan seorang lagi mewakili rakyat jelata. 
Dengan langkah ini, kita berharap masalah ‘bottleneck’ dalam kelulusan projek dan penyaluran peruntukan kewangan dapat dilicinkan disamping dapat meringankan tugas Kebawah DYMM sebagai Pemerintah dan Ketua Eksekutif.
...Ketika mana Brunei mempunyai sebuah Parlimen yang berwibawa, ketika mana Brunei mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, Insyaallah, akan ringanlah beban tugas Perdana Menteri, akan lenyaplah sindrome helah bela diri yang semudahnya meletakkan segala kesalahan dan kepincangan dalam pembuatan keputusan dan perlaksanaan kepada ‘orang di atas’. Insyaallah akan tercapailah hasrat Negara Brunei maju pada 2035 dengan redha Allah SWT."

Dirgahayu ke-9 Sang Setia - 1 Disember 2013


Lagu Sang Setia :

Tuesday, November 12, 2013

Rakyat Brunei alu-alukan hudud


SESUNGGUHNYA banyak pihak bukan sahaja di Brunei Darussalam yang menunggu sekian lama satu undang-undang yang universal membabitkan peraturan yang ditetapkan Allah SWT, akan tetapi umat Islam di Malaysia juga sudah lama menanti untuk tiba masanya agar ketetapan Allah terlaksana pada ketika yang ditentukan-Nya.

Pengumumam atau pengisytiharan yang dibuat oleh Sultan Brunei berhubung pelaksanaan hukum hudud baru-baru ini diharap menjadi inspirasi kepada umat dalam tanah air Malaysia ini yang sememangnya sudah jemu dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak adil, dengan kata lain menangkap golongan bawahan dan membebaskan golongan atasan khususnya yang melibatkan kes jenayah besar.

Namun, apa yang menarik ialah respons rakyat Brunei dalam isu yang diwartakan oleh baginda Sultan yang mahu melaksanakan undang-undang hudud kerana ia adalah hukum Allah Yang Maha Tinggi.


Berikut penjelasan Mahmud Morshidi Othman, Presiden NDP seusai pemewartaan hudud di Brunei.

"Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menyokong sepenuhnya Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah (Sultan Brunei Darussalam) mewartakan Kanun Jenayah Islam pada 22 Oktober 2013.

1. Seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan limpah rahmat, taufiq dan hidayah-Nya serta kekuatan dan keazaman yang kental ke atas Kebawah DYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah mengumumkan titah perkenan mewartakan Kanun Jenayah Islam (Hudud) pada 22 Oktober 2013 yang akan dilaksanakan secara berperingkat enam bulan dari sekarang, insya-Allah.

2. NDP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah DYMM dan Kerajaan Baginda di atas keputusan mewartakan Kanun Jenayah Islam ini. Kami amat tersentuh dengan keberanian, ketegasan dan hikmah Kebawah DYMM dan berikrar untuk terus berdiri di belakang Kebawah DYMM bagi memperkasa dan mempertahankan syariat Islam di bumi Brunei Darussalam ini.

3. Bermula tahun 1912, iaitu di era pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Alam II, telah dikuatkuasakan Enakmen Undang-Undang Islam 1912 (No.1/1912). Selanjutnya pada tahun 1948 Sultan Ahmad Tajudddin telah melantik Penasihat Jama'ah Syari'ah dalam usaha melaksanakan sistem perundangan Islam dengan lebih kemas dan teratur. Usaha murni tersebut kemudian diteruskan oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III melalui penguatkuasaan Undang-Undang Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi pada tahun 1956 dan memaktubkan di dalam Perlembagaan 1959, Islam sebagai Agama Rasmi Negara Brunei Darussalam.

4. Kini 100 tahun telah berlalu, Alhamdulillah, dapatlah dikira bahawa pewartaan ini adalah kemuncak kepada sebuah hasrat dan cita-cita Institusi Kesultanan Brunei untuk mengunggulkan syariat Islamiyah di Negara Brunei Darussalam.

5. Bertitik tolak daripada lakaran sejarah murni ini, kita memandang ke hadapan bahawa keadilan dan ihsan akan tetap tegak mengungguli sistem pemerintahan negara yang dicintai ini. Demikian itulah jalan paling lurus menuju negara aman makmur dan mendapat keampunan Allah.

6. Memetik titah Kebawah DYMM mengenai pewartaan Kanun Jenayah Syariah ini, "Tidak diragukan lagi, ia adalah sebahagian daripada sejarah besar kita dan negara. Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," adalah bertepatan dengan sistem pemerintahan raja mutlak di mana, kebertanggungjawaban di sisi Allah SWT adalah sepenuhnya terletak di pundak bahu Ulil Amri.

7. Justeru bagi setiap rakyat yang beriman dan cintakan keadilan adalah wajib untuk mentaati Baginda sebagai Ulil Amri selagi mana Baginda tidak mengajak rakyat ke jalan syirik. Presiden NDP dalam ucapannya di Kongres ke-8 NDP pada 21 Jun 2013 merakamkan, "Kesungguhan Baginda untuk melaksanakan Perintah Kanun Hukum Jenayah Syariah adalah suatu yang luar biasa kerana tidak ramai pemimpin Negara umat Islam yang mempunyai komitmen setinggi kesungguhan Baginda itu. Dalam hai ini, NDP telah menegaskan hukum WAJIB mentaati Baginda Kebawah DYMM."

8. Dalam ucapan yang sama, Presiden NDP juga menggesa agar kerajaan menyediakan sarana yang selengkapnya bagi menjamin pelaksanaan kanun tersebut mencapai matlamat tuntutan Islam yang sebenarnya. Beliau menekankan betapa perlunya ada persiapan yang sempurna dan rapi dari aspek kerangka perundangan, pengamal dan pelaksana bagi menjamin keutuhan tuntutan syariah itu sendiri.

9. Dengan berkuatkuasanya Undang-Undang Kanun Jenayah Islam ini, insya-Allah dengan inayah-Nya akan wujud masyarakat yang benar-benar gerun untuk melakukan sebarang bentuk jenayah. Contohnya, apabila seseorang itu takut dipotong tangannya, lalu
dia akan terhalang daripada mencuri dan sebaliknya ia akan mendorongnya supaya bekerja dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal, natijahnya negara zikir ini akan melahirkan rakyat yang rajin dan bebas dari meminta-minta.

10. Insya-Allah, sebarang sungutan dan keraguan mengenai Kanun Jenayah Islam ini pasti akan terhurai apabila nikmat keamanan dan kemakmuran sejati itu dapat dirasakan oleh setiap rakyat, sebab undang-undang jenayah Islam adalah berpaksikan keadilan dan perikemanusiaan, dan menjaga kepentingan dan maslahah yang lebih besar.

11. Kanun Jenayah Islam antara lain bertujuan memberikan pembalasan yang setimpal dengan kesalahan, bertujuan untuk mendidik dan mengajar masyarakat seluruhnya, sebagaimana hikmah perlaksanaan hukuman di khalayak ramai.

12. Islam menekankan peri perlunya melakukan penegahan terhadap apa jua perkara yang boleh mendorong masyarakat melakukan jenayah dan maksiat. Umpamanya menutup pusat kegiatan maksiat, memudahkan urusan berpoligami, meningkatkan ekonomi dan pendapatan masyarakat dan sebagainya (amr ma'ruf nahi munkar).

13. Insya-Allah bemulanya dari Kanun Jenayah Islam ini akan tertegaklah keadilan yang lebih luas yang diredai oleh Allah SWT seperti yang diungkap oleh Allahyarham Prof Dr Saedon, "Setiap orang adalah sama di sisi undang-undang. Tidak ada orang yang di atas undang-undang tetapi memang ada yang dikecualikan oleh undang-undang ini, bukan kerana keistimewaannya tetapi kerana kekurangannya."

"Dan di dalam hukum qisas itu ada (jaminan) kehidupan bagi kamu, wahai orang yang berakal supaya kamu bertakwa."
(al-Baqarah: 179)

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
(al-Baqarah: 208)

Dipetik dari - Harakah, Bil 1893 - 11-14 November 2013.

Monday, November 11, 2013

JAHIL TOLAK KANUN JENAYAH ISLAM - Timbalan Presiden NDP


Menyorot kembali Kenyataan Media TYT. Presiden Sdra. Mahmud Morshidi Othman pada 19 Zulhijjah 1434/24 Oktober 2013 yang menyokong sepenuhnya titah Kebawah DYMM mewartakan Kanun Jenayah Islam pada 17 Zulhijjah 1434 / 22 Oktober 2013-11-07 memanglah amat bertepatan dan sewajibnya disuarakan oleh sebuah pertubuhan politik yang berteraskan undang-undang berteraskan Al-Quran dan Hadis.

NDP selaku suara rakyat dari akar umbi berkewajipan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan seharusnya tampil kehadapan menyuarakan bahawa Kebawah DYMM tidak keseorangan dalam melaksanakan dan menagakkan undang-undang Allah di Bumi Darussalam ini.

Hasrat dan keazaman baginda ini bukanlah baru malah lama setelah baginda menaiki takhta daripada ayahanda baginda Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III tahun 1967. Gerak dan niat baginda itu terpancar pada detik 1 Januari 1984 apabila baginda bertitah dengan penuh semangat dihadapan ribuan rakyat baginda serta ramai jemputan Tetamu Luar Negara .
"Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahuwa Taala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut ahli sunah wal-jamaah dan dengan berasaskan keadilan, amanah dan kebebasan..."
(Titah Permasyhuran Kemerdekaan 1984)

Tiada keraguan baginda untuk bertitah demikian kerana tiada undang-undang dan perlembagaan yang lebih unggul selain daripada undang-undang Islam kerana ia lengkap dan menyeluruh menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia yang tidak terbatas pada satu-satu masa atau waktu sahaja kerana undang-undang Islam adalah undang-undang ciptaan Allah s.w.t. Undang-undang yang tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan.

Katani orang-orang Brunei umumnya mengetahui bahawa penghayatan dan pelaksanaan undang-undang Islam di Negara ini bukanlah baru, ia telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak Sultan Muhammad (Awang Alak Betatar) menjadi raja di Negara Brunei Darussalam.

Konsep dan keadilan dalam undang-undang Islam telah menimbulkan banyak perbincangan sejak zaman dahulu lagi terutama di kalangan para ilmuan yang tertumpu kepada skop dan cirinya serta bagaimana untuk melaksanakannya.

Menurut Profesor Majid Khadduri, '' Dalam Islam , keadilan ketuhanan terkandung dalam wahyu dan mukjizat yang dikurniakan kepada nabi Muhammad s.a.w. Kedua-sua sumber dan naskhah sahih ini berserta "sumber terbvitan" daripada penaakulan manusia yang disebut ijtihad, dapat memberi asas kepada para ulama' untuk menetapkan apa yang disebut undang-undang dan akidah. Prinsip asasi undang-undang dan aqidah serta kerja kreatif bagi memberi kejayaan kepada generasi seterusnya, telah membentuk asas ketenteraman awam Islam " (Profesor Majid Khadduri dalam buku War and Peaca in the Law of Islam)

Tidak syak lagi bahawa titah baginda mengenai Kanun Hukum Jenayah itu adalah hak baginda sebagai Ulil Amri di Negara ini oleh sebab Allah s.w.t. tidak memerintah orang Islam secara terus. Dia telah melantik manusia tertentu sebagai wakilNya di  muka bumi ini. Maka orang yang memerintah itu mestilah mempraktikkan Syari'at Allah serta memerintah dengan adil.

Sebagai rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah kerajaan baginda terutamanya orang-orang Islam wajiblah menyokong dan membantu baginda melaksanakan amanah Allah s.w.t. dengan berlapang dada demi untuk mendapatkan redhaNYa jua.

Jangan tah gusar dan bimbang akan tohmahan dan bidasan dari luar kerana mereka itu tidak memahami sebenarnya apa itu Islam. Katani orang-orang Brunei sepatutnya berbangga akan ketegasan, kecekalan dan keberanian Kebawah DYMM dalam menunaikan tanggungjawab baginda sebagai raja dan pemerintah katani. Baginda bertitah " Kalau ada orang mencari keadilan, di sini ada keadilan itu dan begitu juga kalau orang mencari ihsan dn perikemanusiaan, di sini juga ada ihsan dan peri kemanusiaan itu"

Titah baginda lagi " Orang yang melihat lapuk dan kejam itu hanyalah orang jahil, yang tidak mengenali Islam sama sekali dan jika mereka mengenali Islam  selaku Ugama Allah, mereka tidak akan celupar terhadapnya."

Marilah kita bersatu di belakang baginda pada menyokong dan membantu baginda dan kerajaan baginda dalam menghadapi serangan luar yang tidak memahami akan hasrat murni dan niat ikhlas baginda itu. Sama-samalah kita turun padang menerangkan dan memahamkan kepada rakyat di negara ini akan Hukum Kanun Jenayah Syari’ah itu terutama kepada agensi-agensi yang berkenaan dan para ilmu Islam agar rakyat tidak terpedaya dan terperangkap dengan dakyah dan tohmahan mereka yang tidak bertanggungjawab.


Juned Ramli / Timbalan Presiden NDP.
LIMBARUH HIJAU, 3 Muharram 1435 / 7 November 2013

Dipetik dari - Laman Aspirasi NDP

Thursday, November 7, 2013

Brunei Darussalam sharpens focus on renewable energy


While abroad Brunei Darussalam might be best known for its substantial hydrocarbons reserves, at home authorities are turning their attention to more “green” forms of energy, including solar. However, compared to some of its South-east Asian neighbours, the Sultanate has set more modest goals and has been slower to develop alternatives to oil and gas.

Selling power to the national grid

In September, the minister of energy, Pehin Dato Yasmin Umar, announced a plan to introduce a feed-in tariff scheme to promote the use of solar power, which will allow individuals and businesses to sell the electricity they generate back to the national energy firm.

Speaking at the opening of a workshop on policies, feed-in tariff frameworks and best practices for grid-connected solar photovoltaic projects on September 9, the minister said such a system would help reduce consumers’ power bills, encourage the use of renewable energy and promote a wider acceptance of efficient energy use.

Later, on the sidelines of the conference, the minister said that while many things needed to be done before the scheme could be implemented over the next 18 month to two years, the programme had much to offer both consumers and the national economy.

The government flagged the possibility of developing a feed-in tariff system at the beginning of the year, with officials suggesting Brunei Darussalam could adopt the scheme as a means to improve energy efficiency. However, it was not until the September workshop that a proposal was fleshed out and a time frame presented.

To support take up of the programme, the government is considering a number of incentives, including low-cost loans to consumers to fund solar panel installation, which could then be paid back using earnings from electricity generation.

According to the minister, the feed-in scheme would be complemented by the development of smart-grid infrastructure, which uses digital technology to help balance supply and demand using two-way communication, improving efficiency and reducing energy consumption. A smart-grid system can, for example, advise consumers to lower their consumption at peak-demand times. The minister added that since this would be a major investment, private sector participation was a possibility.

Greater use of renewables could cut carbon footprint

A study conducted by the World Bank shows that, on a per capita basis, Brunei Darussalam is one of the top electricity consumers globally, ranked seventh behind Iceland, Trinidad and Tobago, Qatar, Kuwait, the United Arab Emirates and Bahrain. The Sultanate also has one of the broadest per capita carbon footprints outside the Gulf region, with emissions per person amounting to almost 21 tonnes, according to the US Energy Information Administration.

Most of Brunei Darussalam’s electricity is produced by gas-fired power stations, though there is some use of diesel generators in rural regions, mainly as a back up to the central grid. The only renewable facility is the 1.2-MW Tenaga Suria Brunei solar plant in Seria, commissioned in May 2011, representing around 1% of installed capacity. The minister of energy told local press in August 2012 that the plant is “a small but important first step in the development of renewable energy sources”.

The Sultanate has set a target of 10% of electricity production from renewable sources by 2035. Other countries in the region, however, are aiming much higher. Thailand’s Alternative Energy Development Plan 2011-21 targets 25% renewable energy and 2000 MW of solar power capacity. A number of projects have already come on-line in Thailand, bringing its installed solar capacity to well over 100 MW.

In Malaysia, a US-based firm, SunEdison, announced in July that it is investing RM170m ($39m) to build two solar plants, with a combined capacity of 15 MW, while the government there is aiming for 1250 MW of renewable power capacity by 2020. Meanwhile, ASEAN, of which Brunei Darussalam is a member, has committed to 15% renewable energy by 2015, a deadline that is fast approaching.

While it seems unlikely that the Sultanate could meet the overall ASEAN target, movement forward on both a feed-in tariff scheme and smart-grid infrastructure suggests that Brunei Darussalam is well-positioned to achieve its more modest goals.

Dipetik dari - Oxford Business Group

Wednesday, November 6, 2013

MIMPI INDAH TEMBURONG MENJADI KENYATAAN


LIMBARUH HIJAU, NOVEMBER 4, 2013: IMPIAN DAN DO'A rakyat dan penduduk di Daerah Temburong untuk melihat wilayah mereka yang mundur, terpisah dan terpencil; satu hari nanti berkembang maju dengan pesatnya seperti juga daerah-daerah lain di negara ini akhirnya akan menjadi kenyataan.

Kalau ramai orang kesal melihat Temburong sebagai sebuah daerah yang jauh di mata jauh di hati, sunyi senyap hingga membuatkan jelamanya terpaksa berhijrah ke daerah yang lebih maju kerana susah cari makan, insya Allah, semua ini akan menjadi sejarah.

Satu hari nanti (dan ini bukan lagi satu angan-angan), Temburong akan dikenali sebagai 'Pusat Ilmu dan Tamadun Islam', satu nilai tambah kepada jenama kini Temburong sebagai 'Permata Hijau' Negara Brunei Darussalam dan 'Jantung Hati Borneo'.

Alhamdullilah, kesungguhan politik (Political Will) untuk mentransformasikan Daerah Temburong sebagai 'Pusat Ilmu dan Tamadun Islam' datangnya dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sendiri.

Baginda bertitah,"...Beta dari sudut kesesuaiannya, amatlah cendrung jika Kampus Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali itu didirikan di Daerah Temburong".

"Dengan berdirinya Kampus Universiiti in di Temburong, tidak syak lagi, ia akan menjadi mercu tanda kemajuan Temburong. Temburong dengan sendirinya akan menjadi pusat ilmu dan tamadun Islam".

"Seperti saja kita terbayang bahawa Temburong akan lebih cepat berkembang serta menjadi lebih menarik pada masa hadapan".

Bayangkan, titah baginda, dengan adanya jambatan kelak, perjalanan daripada Bandar Seri Begawan hanyalah akan mengambil masa yang singkat.

Sehubungan dengan titah baginda tersebut, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan ini dengan penuh hormat serta takzim merafakkan sembah kesyukuran serta menyembahkan ucapan tahniah kehadapan majlis KDYMM atas hasrat titah baginda membangunkan Temaburong sebagai pusat ilmu dan tamadun Islam.

"Keghairahan menunggu detik bermulanya Maal Hijrah 1 Muharram 1435 ini   dengan penuh kesyukoran dan taqwa bertambah gembira apabila mendengar titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan  Negara Bruneri Darussalam semasa bercemar Duli merasmikan Ghafl Al-Takharruj Ke- 3  di UNISSA pada 28 Zulhijjah 1434 / 2 Nobember 2013".

"Titah baginda berhubung dengan pembinaan kampus tetap UNISSA di Daerah Temburong amat bertepatan dengan masanya, apa tah lagi belumpun sampai sebulan baginda telah bertitah memperkenankan pelaksanaan Kanun Jenayah Syari’ah", ujar Sdra. Juned Haji Ramli, selaku Timbalan Presiden.

Beliau melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga dan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah DYMM atas titah baginda itu.

NDP, jelas beliau, menyambut baik dan seterusnya mengalu-alukan hasrat baginda itu supaya kampus berkenaan didirikan di daerah Temburong.

Hasrat murni dan ikhlas baginda itu selayaknya disokong dan di-alu-alukkan sebagai usaha berterusan baginda meninggikan syiar Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam pentadbiran dan amalan seharian.

TYT. Timbalan Presiden seterusnya menambah,  "Dalam hal ini, tidak salah kiranya kita mengimbas kembali  bahawa  Manifesto Parti Pembangunan Bangsa (NDP)  2006 - 2016 telah mempersembahkan  wawasannya  agar Daerah Temburong  dijadikan sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu "

Dengan menjadikan Daerah Temburong  sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu sudah tentunya akan memberikan satu lagi kemajuan di daerah berkenaan seiring dengan keputusan baginda memperkenankan pembinaan jambatan yang akan menghubungkan daerah Brunei Muara dengan daerah Temburong.

Menyentuh Manifesto Politik NDP 2006 - 2016, sdra Juned Ramli seterusnya berkata, dalam manifesto tersebut ada menyebutkan," Kerajaan  yang kaya seperti  Negara Brunei Darussalam  mempunyai tanggungjawab memperkembangkan ilmu sesuai dengan tuntutan Islam  agar ummatnya mencintai ilmu. Maka sebagai  sebuah negara yang berkemampuan, wajarlah sebahagian  rezeki  kurniaan Allah SWT kepada negara ini  diperuntukkan untuk membangunkan daerah Temburong sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu  yang akan menempatkan  sarjana-sarjana besar dunia mengkaji, menulis dan  menterjemah   pelbagai disiplin ilmu.

Usaha ini juga akan memudahkan dalam usaha menubuhkan pusat  pengumpulan buku-buku ilmiah  seluruh dunia, menyediakan kemudahan dan galakan  R&D  dalam berbagai-bagai bidang  yang akan menjadi sumbangan besar negara kepada  perkembangan ilmu  dan pembinaan tamadun dunia, terutama tamadun Islam, jelas sdra Juned Ramli merujuk manifesto yang dimaksudkan.

Beliau juga merujuk usul yang diangkat di Kongres Agung Tahunan ke-2 pada  23-24 Jun 2007 , Kongres Agung Tahunan Ke - 3 pada 20-22 Jun 2008, Kongres Agung Tahunan Ke-4  pada 21 Jun 2009 mengenai 'Menaiktaraf dan Membangunkan  Daerah Temburong'.

Katanya ketetapan dan persetujuan telah dicapai di kongres-kngres yang dimaksudkan untuk menggesa Kerajaan Kebawah DYMM supaya mengambil pendekatan strategi  pembangunan menyeluruh  dalam memajukan daerah  Temburong supaya tidak ada lagi kawasan yang terus tercicir dari arus pembangunan.

Berita gembira ini tentunya disambut dengan rasa syukur dan gembira terutama oleh rakyat dan penduduk di Daerah Temburong yang selama ini dahagakan pembangunan di daerah mereka selain seabagi tanda pemadulian dan tanggungjawab seorang raja kepada rakyatnya, ujar TYT Timbalan Presiden.

Dipetik dari - Laman Aspirasi NDP

Monday, November 4, 2013

Temburong to become centre of Islamic learning


Rabiatul Kamit
BANDAR SERI BEGAWAN

TEMBURONG is set to be transformed into an Islamic centre of learning and civilisation with the proposed relocation of the Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) campus.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam yesterday determined that the campus for the Islamic university should be established in Temburong. He said the move would considerably boost the district’s development.

“Like we imagined, Temburong will grow faster and become more appealing in the future,” said the monarch during the UNISSA convocation at the International Convention Centre (ICC) in Berakas.

He added that the long-awaited bridge linking the district to the rest of the country would facilitate Temburong’s projected growth.

The bridge, slated for completion in 2018, is expected to significantly reduce travel time between the isolated district and Brunei-Muara. In his titah, the Sultan also urged UNISSA to produce scholars that are of ulama (Islamic religious scholars) calibre. “They will soon be the cornerstone of our strength, where strength is greatly needed by the country,” said His Majesty.

To achieve this ambitious goal, the monarch explained that UNISSA would require quality human resources, adding that measurements of quality should be in accordance with the “Islam Tulin” motto and the Malay Islamic Monarchy identity.

“We, altogether, cannot allow UNISSA to be carried away by paths other than that of Ahli Sunnah Waljama’ah,” he said.

Dipetik dari - The Brunei Times

Ini adalah selaras dengan cadangan NDP untuk menjadikan Daerah Temburong sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu, seperti yang termaktub di dalam Manifesto NDP:
"Menjadikan Daerah Temburong sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu. Kerajaan yang kaya seperti Negara Brunei Darussalam mempunyai tanggungjawab memperkembangkan ilmu. Sesuai dengan tuntutan Islam agar ummatnya menyintai ilmu, maka sebagai sebuah negara yang berkemampuan, wajarlah sebahagian rezeki kurniaan Allah SWT kepada negara ini diperuntukkan untuk membangunkan Daerah Temburong sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu yang akan menempatkan sarjana-sarjana besar dunia mengkaji, menulis dan menterjemah pelbagai disiplin ilmu. Menjadi pusat pengumpulan buku-buku ilmiah seluruh dunia. Menyediakan kemudahan dan galakan R&D dalam berbagai-bagai bidang yang akan menjadi sumbangan besar negara kepada perkembangan ilmu dan pembinaan tamadun dunia, terutama tamadun Islam;"

Selamat Tahun Baru 1435 Hijrah



Saya Mahu Jadi Warga Brunei


SUBKY LATIF

TIADA yang dapat mengubat kepiluan saya selepas penculikan Presiden Mesir, Mohamad Morsi melainkan permasyhuran Sultan Hassanal Bolkiah menjadikan Brunei Darussalam sebuah negara syariah yang melaksanakan kanun Islam enam bulan dari sekarang.

Reaksi awal saya jika boleh diterima oleh Raja dan rakyatnya agar saya menjadi warga Brunei dan menetap di situ hingga mati kerana beribadat di negara seperti itu akan dilimpahi ganjaran pahala berganda berbanding beribadat di negara sekular seperti Malaysia.

Mungkin beribadat sehari di Kuala Lumpur sama seperti beribadat lima atau enam hari di Brunei dan saya tidak bimbang lagi rumah saya dirompak, harta saya dicuri atau saya ditembak di tengah jalan kerana Allah akan gerunkan sekalian sang penjenayah.

Mungkin saya akan menambah seorang lagi penganggur di Brunei yang anggarannya mencapai 20,000 sekarang, tetapi jangan bimbang apabila terlaksananya hudud dan ciri-ciri syariah yang lain, negara itu akan menuju suasana yang dekat dengan pencapaian pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Jika zaman Umar Abdul Aziz tidak ada orang yang layak atau mahu menerima zakat, maka Brunei diharapkan dengan kurnia dan izin Allah akan jadi sebuah negara yang lebih makmur berbanding sekarang dengan orang miskinnya paling minimum jika pun tidak sifar kemiskinan dan sifar pengangguran.

Jika saya ada makanan secukupnya, ada rumah, ada motokar, ada duit bagi sekolah anak cucu sebagai warga Brunei, bukan kerana limpahan kekayaan minyak yang dinikmati oleh negara itu sekarang, tetapi nikmat itu adalah jaminan dan janji Allah atas limpahan berganda daripada pelaksanaan syariah.

Mungkin dunia sangka orang Brunei dikolotkan oleh tiada nikmat demokrasi, kebebasan bersuara dan nikmat lain oleh sebuah negara dan masyarkat maju, tetapi negara-negara Islam yang ada Parlimen dan ada pilihan raya terkial-kial untuk melaksanakan hudud dan hendak bercakap tentang syariah pun takut.

Bahkan Brunei tiada apa yang dapat menghalang Sultan Hassanal Bolkhiah untuk mengisytiharkan negaranya menjadi negara kebajikan yang mendaulatkan syariah. Tiada Parlimen yang boleh menghalangnya, tidak majoriti dua pertiga yang boleh menolak perintahnya. Tiada panglima seperti Jeneral Abdel Fattah As-Sisi yang boleh merampas kuasa kerana tidak mahukan hudud.

Sepatutnya baginda sudah isytihar lama dulu sebaik saja British melepaskan cengkamannya atas wilayah itu, tetapi mungkin dunia ketika itu tidak kenal apa hudud dan apa syariah dan bagaimana undang-undang yang hendak dilaksanakan, tetapi sekarang telah ada contoh yang boleh dijadikan asas, kerana Kelantan dan Terengganu telah ada kanun jenayah syariahnya, Aceh sudah cuba menguatkuasakan dan Pakistan ada telah dibuatnya.

Tidak salah melihat apa yang Iran buat. Ketepikan ciri Syiahnya, mungkin ada dalam pelaksanaan undang-undangnya yang boleh dipakai oleh pengamal Assunah Wal Jamaah.

Maka dengan khazanah yang ada itu Brunei tidak akan meraba-raba untuk melaksanakannya, dan sekarang adalah ketika yang belum lambat bagi Sultan Brunei untuk mendaulatkan perundangan negara Islam.

Mungkin ada rakyat Brunei yang mempertikai tindakan itu, tetapi ia adalah kebimbangan sementara. Sesudah terbukti keadilan dan kesaksamaan pelaksanaannya nanti, masing-masing akan merasai betapa selesanya peraturan itu.

Mungkin ada rakyat yang menyoal secara berbisik apa muslihat Raja bertindak demikian? Dalam Islam baik Raja atau Presiden yang dulunya dipanggil Khalifah, adalah kuasa ketiga yang wajib dipatuhi selepas Allah dan Rasul-Nya iaitu ulil amri.

Apabila ulil amri itu melaksanakan perintah Allah dan Rasul, maka dia adalah ulil amri yang tidak boleh ditakwil lagi. Derhaka kepada ulil amri seperti itu adalah derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Walaupun kepatuhan kepada ulil amri itu tidak mutlak, bergantung kepada kepatuhannya kepada Allah dan Rasul, tetapi Sultan Brunei mengumumkan pelaksanaan itu dibuat atas nama Allah dan Rasul-Nya.

Bagi meyakinkan semua tentang ketulenan pelaksanaan nanti adalah tepat mungkin Raja Brunei boleh berqias kepada pelaksanaan perbankan Islam masing-masing ada panel penasihat syariahnya bagi menjamin ia tidak tersasul. Maka baginda boleh membentuk panel syariah terdiri daripada ulama terkenal antarabangsa seperti Sheikh Yusuf Qaradhawi dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kepatuhan kepada ulil amri dalam Islam tidak sama dengan kepatuhan kepada seorang diktator seperti Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi, Joseph Stalin, Firaun dan Adolf Hitler. Kepatuhan kepada mereka adalah menjadikan rakyat sebagai hamba, dan mereka dipertahankan rakyat.

Ulil amri adalah pembimbing rakyat mematuhi Allah dan Rasul. Suara dan teguran yang dihalakan kepada pemerintahan bukan justeru menderhaka atau menentang kerajaan, tetapi setiap kritik adalah ibadat bagi memandu ulil amri sentiasa adii dan bertindak tepat. Tentangan kepada diktator adalah kebencian tetapi teguran orang beriman kepada ulil amri adalah kerana sayang dan walak.

Diktator melihat teguran sebagai ancaman kepada kekuasaannya, tetapi Khalifah Abu Bakar dan Umar al-Khatab melihat teguran sebagai keperluan.

Pelaksanaan syariah bukan sekadar untuk mencegah jenayah tetapi adalah program keadilan, kebajikan dan kemakmuran. Ia mencegah penyelewengan, rasuah, ketirisan dan pembaziran.

Sayidina Abu Bakaar as-Siddiq, Sayidina Umar al-Khatab dan Umar Abdul Aziz adalah ulil amri yang takut kepada Allah dan cintakan Rasul. Iman dan takwa menghalang mereka membiarkan penyelewengan, pembaziran dan ketirisan. Mereka menjaga harta negara seperti menjaga harta mereka sendiri. Jika mereka mengagihkan harta mereka kepada anak-anak, bapa yang adil membahagikan sama rata dan tidak membiarkan ada anak yang tidak dapat pembahagian.

Ulil amri yang adil melihat rakyat sebagai anaknya sendiri. Maka mereka yang tinggi iman dan takwanya tidak akan membiarkan ada rakyat tidak dapat agihan kekayaan negara.

Mungkin 20,000 pengangguran dikatakan di Brunei itu antara sindiran Allah justeru, syariah diabaikan. Maka dengan terlaksananya syariah, Raja dan rakyat dilimpahkan nikmat iman dan takwa, maka lebih banyak tindakan kebajikan diteroka.

Pintu rezeki terbuka lebih luas kepada semua kerana orang beriman malu jadi penganggur dan malu tidak bekerja. Orang beriman yang malas akan ditanya di akhirat mengapa dia tidak mahu bekerja. Semua orang daripada Raja kepada rakyat akan dibuka Allah peluang berfikir dan tahu memikirkan apa patut dibuat dan bagaimana mahu hidup senang.

Saya terbaca satu rencana, tentang orang Badawi mendapati hasil tanamannya berganda. Lalu mereka sangka ia adalah justeru pemerintah bertukar kepada orang yang adii. Mereka tidak tahu khalifah barunya Umar Abdul Aziz. Tetapi limpahan rezeki itu adalah ganjaran Allah atas pemerintahan yang adil.

Sultan Brunei moga-moga dilimpahkan petunjuk dengan tindakan terbarunya, maka perlu diberi baginda sokongan supaya hala tuju negara mengikut jejak Umar Abdul Aziz dengan masyarakat tidak lagi memerlukan zakat.

Tok Guru Nik Aziz selalu berkata, jika kerajaan jadi kerajaan Islam, maka PAS tidak perlu ada. Ia boleh dibubarkan. Walaupun saya tidak setuju, tetapi ia menggambar kerajaan yang adii tidak memerlukan parti khususnya pembangkang.

Peranan parti politik di Brunei berubah apabila Sultan melaksanakan syariah. Ia tidak wujud bagi mengambil alih kerajaan, tetapi ia wujud sebagai satu satu badan tambahan selain daripada agensi kerajaan bagi membantu kerajaan menjadi lebih dinamik dan segar.

Ketika itu saya akan jadi orang yang bertuah jika dapat menjadi warga Brunei hingga akhir hayat. Bukan untuk mendapat limpahan daripada kekayaan minyak, tetapi hendakkan ganjaran pahala berganda kerana Allah daripada ibadat dalam wilayah pelaksanaan peraturan Islam.

Dipetik dari -  Harakah, Bil 1890 -  1-3 November 2013

Saturday, November 2, 2013

Tahniah Brunei kerana laksanakan Syariah


Temerloh: Dewan Ulamak PAS Pahang menyokong penuh usaha negara Brunei melaksanakan undang-undang syariah di negara itu.

Ketuanya Ustaz Mokhtar Senik menyatakan PAS Pahang begitu teruja dengan kesungguhan dan keberanian kerajaan Brunei mendaulatkan syariah Islam termasuk hudud.

Menurutnya, pihak sekular sama ada yang beragama Islam mahupun bukan Islam di timur dan barat amat bimbang dengan undang-undang jenayah Islam ini.

"Dalam Mesuyuarat Jawatankuasa Kerja pertama sesi 2013/2015 Dewan Ulamak PAS Pahang pada 25 Oktober lalu mengucapkan tahniah dan nenyokong sepenuhnya usaha yang kerajaan Brunei Darussalam di bawah pimpinan Sultan Hassanal Bolkiah untuk melaksanakan Undang-Undang Syariah termasuk Hudud di negara itu.

Ia adalah suatu kejayaan kepada umat Islam di seluruh dunia ketika para pemimpin di negara Islam menolak Undang-Undang Islam itu," kata beliau.

Sehubungan dengan itu, Dewan Ulamak PAS Pahang mendesak supaya Malaysia serta negara Islam lain mengikut jejak langkah Brunei itu.

Katanya Malaysia adalah antara negara Islam yang diwar-warkan sebagai negara contoh namun jenayah di negara ini berada pada tahap membimbangkan.

"Adalah wajar bagi Malaysia melaksanakan syariah untuk membendung jemayah daripada terus berleluasa," katanya.

Menurut Mokhtar, keberanian Brunei mempraktikkan syariah nanti dengan menghadkan hukuman hudud kepada orang Islam adalah suatu tindakan yang wajar.

"Penganut bukan Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tidak tertakluk di bawah undang-undang tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Brunei adalah sama dengan apa yang dicadangkan oleh PAS selama ini kerana hukum hudud bagi orang Islam bukan sekadar persoalan hukuman semata-mata malah ia bersangkutan dengan persoalan aqidah," jelas beliau.

Dalam kenyataan sama Dewan Ulamak PAS Pahang meminta ahli-ahli PAS Pahang, sama ada yang sedang bertugas di PRK Sungai Limau atau pun tidak supaya menunaikan solat hajat bagi memohon kemenangan dalam PRK Sungai Limau pada 4 November nanti.

Dipetik dari -  Harakah, Bil 1890 -  1-3 November 2013