Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Monday, March 23, 2015
Berfikiran terbuka, penyelidikan berterusan bantu capai Wawasan Negara 2035
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac. - Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Seri Setia Haji Mohamed Taib telah memberikan ruang kepada Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Dato Paduka Awang Haji Zainal bagi Perkara IX, ucapan-ucapan penangguhan.
Ucapan penangguhan tersebut berlangsung pada Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas MMN yang bersidang kembali pada hari ke-12 sesi petang, bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan MMN.
Mengenai titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Penubuhan Majlis Wawasan Negara 2035 dan titah semasa Istiadat Menghadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68 yang berlangsung di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman pada 14 Ogos 2014, Yang Berhormat menyatakan beliau mempunyai beberapa cadangan dan pandangan yang meliputi bidang pendidikan dan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).
Dalam bidang pendidikan, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan satu skim yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik bagi menarik minat sumber tenaga manusia daripada kalangan tenaga akademik berkualiti bertaraf dunia, ujar Yang Berhormat.
Baginda, jelas Yang Berhormat, telah memperkenankan peruntukan tambahan berjumlah BND270,000,000 bagi menampung kos mendatangkan tenaga pengajar mahir dari luar negara untuk mengajar mata-mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Baginda juga memperkenalkan penubuhan-penubuhan Institut Pendidikan Teknikal Brunei bagi menerajui kemajuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, iaitu bertujuan melahirkan golongan berpendidikan mahir lagi mampu berdaya saing, sanggup menghadapi apa jua cabaran pada masa hadapan, terang Yang Berhormat.
Pada masa ini, insyaaAllah mampu menggantikan tenaga pengajar dari luar negara dan Yang Berhormat juga mengingatkan agar jangan lupa atau terlepas pandang dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar pengambilan tenaga pekerja asing dapat diseimbangkan.
Jika negara kita mampu mengeluarkan tenaga pengajar yang berkemahiran dan berkualiti, ini akan mengurangkan pengambilan tenaga mahir luar dan memberikan satu pengiktirafan kepada graduan-graduan institusi-institusi tinggi tempatan, tegas Yang Berhormat.
PKBN merupakan satu kaedah yang amat sesuai untuk melahirkan warganegara yang cintakan tanah air, nyata Yang Berhormat. Pelaksanaan program ini, “Kita berharap golongan belia masa kini akan dapat memenuhi keperluan modal insan yang cukup berilmu dalam segala bidang duniawi dan ukhrawi, berketerampilan cemerlang dan dinamik. Itulah di antara inti pati titah-titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,” nyata Yang Berhormat lagi.
Di samping itu, Yang Berhormat juga menyuarakan tiga pandangan dan cadangan bagi pihak-pihak yang berkenaan bagi kemajuan negara juga.
Cadangan pertama, Yang Berhormat mencadangkan Skim Rancangan Perumahan Negara (RPN) yang dilaksanakan di darat semenjak tahun 1980-an dilaratkan ke Kampong Ayer dengan dinamakan Skim Pembinaan dan Pengubahsuaian Rumah-Rumah di Kampong Ayer.
“Di bawah skim ini, kaola bercadang struktur, reka bentuk luaran atau ‘external design’ rumah-rumah ini mestilah menggambarkan ciri-ciri ala kebruneian, iaitu bentuk rumah-rumah dalam tahun-tahun 50-an dan 60-an seperti namanya jenis Rumah Tungkup, Rumah Balah Bubung, Rumah Potong Limas, Rumah Loteng, Rumah Belanggar dan lain-lain lagi dengan tujuan sebagai aras identiti kita orang Brunei, jelas Yang Berhormat.
Perkara yang dicadangkan, nyata Yang Berhormat, adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Induk Pembangunan di Bandar Seri Begawan (BSB) (BSB Development Masterplan), iaitu pembangunan semula Kampong Ayer dalam menghidupkan infrastruktur industri pelancongan dan untuk mewujudkan bandar yang selesa sekali gus mengekalkan identiti kebruneian berteraskan Melayu Islam Beraja (MIB).
“Skim ini juga bertujuan bagi menampung ketidakcukupan kawasan tanah untuk membina rumah-rumah perpindahan di darat pada masa kini. Perkara ini pernah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan melalui temu bual beliau dengan pemberita televisyen pada bulan November tahun lepas,” tambah Yang Berhormat.
Cadangan kedua, Yang Berhormat pula mengingatkan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan agar dapat memberikan perhatian yang secukupnya terhadap apa juga projek pembangunan kerajaan yang dikendalikan oleh pihak swasta untuk memastikan tidak berlaku unsur-unsur penipuan, kecuaian atau rasuah bagi menggalakkan kejadian yang tidak diingini berlaku setelah merujuk insiden pembangunan Maktab Sains di Daerah Belait yang lepas.
“Mengenai Pelan Induk Pengangkutan Darat Brunei Darussalam, menurut laporan yang dinyatakan melalui akhbar tempatan Borneo Bulletin bertarikh 29 Oktober 2014, Pusat Strategik dan Pengajian Dasar (CSC) melaporkan hasil kajian yang telah dibuat mengenai perkara di atas bahawa sistem Bus Rapid Transit (BRT) masih bersesuaian digunakan di negara ini dengan memberikan tambahan bilangan kenderaan sehingga menjelang tahun 2035 Masihi,” jelas Yang Berhormat.
Pandangan dan cadangan Yang Berhormat seterusnya agar kita perlu berpandangan jauh ke hadapan untuk merealisasikan Wawasan Negara 2035. Walaupun kajian awal, tambah Yang Berhormat, melaporkan Perkhidmatan Sistem Pengangkutan, BRT masih bersesuaian digunakan sehingga tahun 2035, namun penggunaan sistem pengangkutan BRT amat penting diberikan pemerhatian, kajian dan kaji selidik secara berterusan dari semasa ke semasa bagi benar-benar menentukan keberkesanannya dalam jangka panjang perlu dilakukan.
Mengambil contoh dari negara-negara maju di mana penggunaan sistem pengangkutan moden seperti MRT, sistem pengangkutan pentas, ‘on rail’, ‘underground trains’ mengambil peranan penting dalam memastikan pergerakan trafik berjalan lancar, ujar Yang Berhormat.
“Bagi negara kita, kaola benar-benar dan penuh berharap perkara yang kaola sebutkan mengenai sistem yang pengangkutan moden ini tidak akan dilupakan dan diketepikan begitu sahaja bisaitah jua perkara ini diambil ingatan dan pemerhatian serta kaji selidik diteruskan dari semasa ke semasa,” tegas Yang Berhormat.
Sumber - Pelita Brunei
Labels:
MMN,
PENDIDIKAN,
PENGANGKUTAN,
PERUMAHAN,
WAWASAN 2035
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment