Posting mengikut label

Friday, March 6, 2015

Presiden NDP turut hadir Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi MMN ke-11


Presiden NDP dan Timbalan bersama menghadiri Majlis Istiadat Pembukaan

Bandar Seri Begawan, 5 Mac 2015 - Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pagi tadi turut menjemput TYT Saudara Mahmud Morshidi Othman selaku Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

Beliau telah ditemani oleh TYT Timbalan Presiden, Saudara Haji Juned bin Haji Ramli.

Dalam reaksi awalnya Presiden menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas Titah Perasmian Sidang MMN pada pagi tadi.

Dalam hubungan berkaitan Presiden NDP akan memanggil Mesyuarat Khas Dewan Harian pada malam ini untuk membincangkan intipati Titah Kebawah DYMM tersebut yang kemudiannya akan mengongsikan pandangan-pandangan Dewan Harian nanti terhadap Titah berkenaan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi NDP terhadap apa jua titah dan dasar kerajaan untuk menuju keamanan dan kesejahteraan negara bangsa dan rakyat Brunei pada umumnya.

NDP melahirkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Urusetia Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang telah julung kalinya menjemput Presiden dan Timbalan Presiden ke majlis berkenaan.


No comments: