Posting mengikut label

Tuesday, November 29, 2011

Hijrah Pengajaran Untuk Perjuangan




WALAUPUN baginda Nabi kita Muhammad s.a.w. telah menutup amalan hijrah, dengan berlakunya pembukaan Kota Makkah pada 10 Ramadan tahun 8 Hijrah, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda "Tidak ada hijrah selepas daripada pembukaan Kota Makkah, tetapi jihad dan niat masih berterusan maka apabila kamu diseru maka hendaklah kamu segera pergi."

Baginda s.a.w. berhijrah bukan kerana takut, tetapi ini adalah arahan daripada Allah SWT untuk membina pangkalan dakwah yang baru apabila Islam ditolak orang kampung dan suku sakatnya sehingga sampai mereka hendak membunuh baginda apabila saluran diplomasi tidak boleh menamatkan usaha menyebarkan Islam.

Kaum Quraisy bertambah ganas terhadap baginda selepas kematian Siti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Talib, kerana tidak ada lagi orang yang mereka segani di dalam masyarakat. Selama ini orang Quraisy hanya memendam rasa kemarahan kepada baginda, tetapi apakan daya kerana sistem dalam masyarakat Quraisy apabila seorang itu mendapat perlindungan daripada orang kenamaan maka mereka tidak boleh mengganggu.

Bukan baginda tidak sayang Makkah yang menjadi tempat tumpah darah baginda, tetapi baginda lebih sayang kepada arahan Allah SWT, maka baginda dan sahabat meninggalkan Kota Makkah menuju ke Yathrib (Madinah).

Oleh itu hijrah menjadi satu tuntutan fardu ain bagi setiap mereka yang mampu untuk mencapai matlamat yang digariskan oleh Allah SWT.

Menjadi tugas kepada kita untuk melaksanakan falsafah hijrah yang masih ada untuk kita lakukan demi mencapai cita-cita perjuangan di atas muka bumi ini.

Ketika kita berusaha untuk memahamkan masyarakat kepada Islam yang sebenar, bukan Islam yang samar-samar maka kita memerlukan kepada jihad yang berterusan. Kerana pemikiran masyarakat pada ketika ini yang sudah rosak hasil daripada penjajahan pemikiran yang sudah lama bertapak di negara ini.

Bukan senang untuk menghijrahkan masyarakat daripada fahaman sekular yang sudah berakar umbi sejak turun temurun.

Hijrah memerlukan kepada strategi yang hebat untuk mencapai matlamat hijrah.

Kejayaan baginda apabila memiliki negara telah memberi ialuan kepada baginda dan para sahabat untuk membentuk hadaharah (peradaban) politik dalam negeri dan antarabangsa, masalah ekonomi dalam segala aspek dan segala sistem kehidupan dapat dilaksanakan secara praktikal.

Ketika baginda di Makkah baginda hanya mampu menyeru tetapi tidak mampu untuk menghukum mereka yang melawan Allah SWT, tetapi di Madinah baginda sudah ada kuasa untuk melaksanakan.

Mereka yang berhijrah meninggalkan kampung halaman telah diberikan pertolongan oleh saudara mereka yang berada di Madinah yang digelar sebagai golongan Ansar. Mereka menyambut orang Muhajirin seperti mereka menunggu kepulangan orang yang mereka sayangi, ini semua adalah anugerah Allah kepada orang muhajirin kerana Allah melontarkan perasaan kasih antara mereka.

Firman Allah SWT: "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu lah orang-orang yang benar-benar beriman. Untuk mereka keampunan dan rezeki yang mulia" (al-Anfal:74)

Baginda s.a.w. seorang pakar strategi mengatur langkah hijrah. Jika tanpa kepintaran baginda mengatur strategi ini kejayaan hijrah tidak akan berjalan dengan lancar. Baginda dikepung dari pelbagai sudut pada ketika itu tetapi, Alhamdulillah dengan pengaturan baginda yang penuh dengan kerahsiaan sehingga tidak siapa pun manusia yang tahu, malahan Sayidina Abu Bakar yang menjadi orang kepercayaan baginda sekali pun tidak diberi tahu bilakah baginda hendak berhijrah.

Baginda mengambil jalan yang tidak pergi terus sebaliknya bersembunyi di Gua Thur selama tiga malam untuk mengelirukan perancangan musuh.

Pengajaran Hijrah

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang pakar strategis dalam semua hal, peristiwa hijrah adalah contoh kehebatan baginda dalam merancang dan melaksana sehingga baginda berjaya sampai di Madinah.

Perbuatan baginda ketika merancang untuk berhijrah membuktikan bahawa perjuangan Islam tidak cukup hanya dengan berdoa sahaja tanpa perlu berusaha.

Pada hal baginda boleh berdoa kepada Allah untuk menerbangkan baginda sampai ke Madinah tanpa bersusah payah. Tetapi baginda telah menunjukkan jalan yang sukar ketika berhijrah supaya umatnya memahami perjuangan memerlukan pengorbanan.

Dipetik dari - Harakah, 28 November - 1 Disember 2011.

TITAH KDYMM SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH 1433



Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Bersempena menjelang Tahun Baru Hijriah 1433, kita tidak lupa merafakkan syukur dan pujian yang sebanyak-banyaknya kepada Allah Subhanahu Wata’ala di atas limpah rahmat-Nya yang tidak putus-putus kepada kita, khasnya bagi sepanjang tahun 1432 membawa kepada tahun 1433 ini.

Rahmat Allah ini menyeluruh kepada semua kalangan di antara kita, sama ada kalangan individu, mahupun kalangan keluarga dan malah negara.

Di tempat lain terlalu banyak cerita sedih, tetapi di negara ini alhamdulillah, Allah telah menyelisihkan kita dari perkara-perkara yang tidak diingini.

Tidak siapa mahu kepada perkara-perkara yang menakutkan yang tidak diingini itu, seperti bencana- bencana alam, wabak-wabak dan huruhara. Tetapi apabila ia datang, tidak siapa pun yang dapat mengelaknya.

Semaju atau sekuat manapun orang tidak akan mampu untuk menolak ketentuan Allah. Bencanakah, atau wabakkah, atau krisis-krisis dalam negara adalah semua itu dari ketentuan Allah jua.

Pada hemat beta, tidaklah berlaku sesuatu itu melainkan ada dengan sebab-sebabnya, termasuklah segala fenomena kejadian di muka bumi ini, ia tidak berlaku dengan sendirinya, sebagaimana yang disangkakan oleh setengah pihak.

Ia berlaku dengan kehendak Allah jua, supaya timbul rasa insaf di hati manusia dan dengan segera akan bertaubat kepada-Nya. Inilah dia hikmah di sebalik kejadian - kejadian pahit tersebut.

Kalaulah kita mahu untuk mengambil pengajaran daripadanya, nescaya ada harapan untuk kita akan selamat daripada sebarang mala petaka, berdasarkan Allah itu sangatlah menyayangi para hamba-Nya yang taat dan membenci mereka yang derhaka.

Perkara ini, rasa-rasanya telah pun menjadi kenyataan kepada kita di bumi yang bertuah ini, Negara Brunei Darussalam, di mana dengan kurnia Allah jua, kita telah dan sedang menikmati keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang berpanjangan, yang tidak dinikmati oleh orang lain.

Kerana itu, azam beta adalah semakin kuat, untuk menjadikan Brunei Darussalam ini benar-benar sebuah 'Negara Zikir' yang mendaulatkan hukum dan undang-undang syariat Allah di dalamnya, dengan akhlak mulia menjadi pakaiannya, di samping juga pandai menghormati jiran dan ikhlas menghulurkan tangan kepada semua sahabat dan rakan di seluruh jagat ini.

Beta melihat, dari kesan- kesan zikir, doa dan amal salih yang telah dan sedang rancak berjalan di negara ini, makanya Allah Subhanahu Wata’ala telah mencurahkan rahmat-Nya yang melimpah-limpah kepada kita, sehingga apa yang kita dan negara ini nikmati, sukar untuk diraih oleh orang lain.

Beta berdoa semoga Brunei tetap selamat dan maju, beroleh pemeliharaan Allah di dalamnya, mendapat pertolongan dan perlindungan dari segala macam bencana dan anasir yang tidak diingini.

Akhirnya, beta dan keluarga beta mengucapkan Selamat Tahun Baru 1433 Hijriah kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di mana sahaja mereka berada. Jalanilah Tahun Baru ini dengan azam baru dan hiasilah ia dengan amal takwa, insya-Allah, kejayaan dan kebahagiaan akan menunggu kita.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thursday, November 24, 2011

Lebih lanjut mengenai Millenium Development Goals...

Rumpun Suara ingin mengongsikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan latar belakang dan sasaran Millennium Development Goals.

Menurut Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (DESA),
The Millennium Development Goals provide the entire United Nations System including the Department of Economic and Social Affairs, with a blueprint to work coherently together towards a common goal to reduce poverty and improve lives. They set time bound targets, by which progress in reducing income poverty, hunger, disease, lack of adequate shelter and exclusion - while promoting gender equality, health, education and environmental sustainability - can be measured. They also embody basic human rights - the rights of each person on the planet to health, education, shelter and security.

Untuk lebih memahami sasaran MDG, berikut adalah indikator yang disenaraikan oleh PBB,
Sila klik -> Official list of MDG indicators

Maklumat lebih terperinci juga boleh didapati dengan memuat turun ebook (pdf) yang disediakan secara percuma oleh PBB melalui pautan berikut,

-> Millennium Development Goals Report

-> MDG GAP Task Force Report

-> Indicators for Monitoring the Millennium Development Goals

Selanjutnya, maklumat dan perkembangan terkini boleh diikuti di laman web rasmi Millennium Development Goals.

Wednesday, November 23, 2011

BRUNEI dan pencapaian Millennium Development Goals

Brunei attains almost all MDGs: minister
By Siti Hajar

A little over a decade ago, almost 200 countries joined forces and agreed upon a set path to overcome the most distressing issue that many nations are facing: poverty. The realisation to address this agenda brought with it what is now known as the Millennium Development Goals (MDGs) that are hoped to be fulfilled by the year 2015 through quantified goals and targets.

Being a blessed country with resources that can provide for all, Brunei Darussalam, a signatory to the MDGs has been considered very fortunate, and this is reflected in the achievements that have been made in actualising a significant majority of the MDGs with commendable efforts from the various government ministries responsible for the welfare of the country's people.

The Minister of Culture, Youth and Sports, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awg Hj Hazair bin Hj Abdullah stated this during an event marking Universal Children's Day, yesterday, at the Dewan Muhibbah of the Brunei-Muara District Office in Berakas.

The minister in his opening speech said that the Abode of Peace "has achieved almost all of the Millennium Development Goals" that have prioritised children and their rights to life, health, education and shelter, which he considers as "the main agendas". He emphasised that securing the future for the country's children is part-and-parcel of efforts to ensure sustainable development.

"Helping children reach their full potential also means investing in the very progress of humanity, for it is in the crucial first years that interventions make the biggest difference in a child's physical, intellectual and emotional development," he said. "And investing in children means achieving development goals faster, as children constitute a large percentage of the world's poor."

Alleviating millions out of poverty would mean tackling the concern at its grassroots level and the 189 countries agreed to sign the United Nations Millennium Declaration in September of 2000, which dictated eight Goals that could potentially improve the living standards of scores around the world and such goals include eradicating extreme poverty and hunger, achieve universal primary education, promote gender equality and empower women, reduce child mortality, improve maternal health, combat HIV/AIDS, malaria and other diseases, ensure environmental sustainability and developing global partnerships for development.

The United Nations Children's Fund (UNICEF) explains that though the Goals are for all humankind, the biggest beneficiaries once the MDGs are met will be next sets of generations as six of the eight Goals are targeted for the future of children regardless of creed, race, gender, age or social standing. Meeting the goals, says UNICEF, "is most critical for children" because children "are most vulnerable when people lack essentials (such as) food, water, sanitation and healthcare. They are the first to die when basic needs are not met".

Outlining the Sultanate's progress in meeting the MDGs that are in direct relation to children, Pehin Dato Hj Hazair stated that there has been a reduction in the country's infant mortality rate from 10.3 for every 1,000 births in the year 2000 to 6.1 in 2010; that 95 per cent of children in the country have been vaccinated against communicable diseases; and that 99 per cent of Brunei's children have had the opportunity to attend primary school. The rate of literacy among children stood at 96.4 per cent in 2009.

When considering the amenities, facilities and provisions that are being given to children in Brunei in comparison with other developing countries whose governments are finding it challenging to overcome obstacles that are compromising the welfare of their younger generation, Brunei's children, said the minister, "should be made aware of how fortunate they are", as the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam constantly provides attention to their general wellbeing even before birth, through medical healthcare for pregnant mothers through to their age of maturity in terms of virtually free education.

Families living with financial difficulties, said Pehin Dato Hj Hazair, are also being taken care of as the government through the Community Development Department under the Ministry of Culture, Youth and Sports ensures adequate finances to meet their educational needs through the government's allowance programmes.

"The government's effort is to ensure that all children are given the opportunity to acquire education to be able to become the country's future leaders," he said.

Complementary to the incentives that have been put in place, the government also takes into account the legal aspects surrounding the threats faced by children, including the Women and Girls Protection Act, Children and Young Persons Order 2006, Islamic Family Order 1999, Unlawful Carnal Knowledge Act and the Trafficking and Smuggling of Persons Order 2004 as means "to protect children from various forms of violence, mistreatment and exploitation".

Universal Children's Day was the product of the General Assembly's recommendation on December 14, 1954 by Resolution 836(IX) for all countries to institute a Universal Children's Day to be observed as a day of worldwide fraternity and understanding between children. The resolution recommended that the day to be observed as a day of activity devoted to promoting the ideas and objectives of the Charter and the welfare of the children of the world.

November 20 was then pegged as the day to celebrate the world's children, as it marked the adoption of the Declaration of the Rights of the Child in 1959 and the Convention on the Rights of the Child in 1989.

Dipetik dari - Borneo Bulletin Online, Rabu, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Hukum dakwa hudud 'out-of-date'


DATO’, sering kita lihat penulisan terutamanya dalam blog-blog di internet dan juga kita dengar dalam ceramah-ceramah politik, ada umat Islam menyebut secara langsung atau tidak langsung, bahawa hukuman hudud sudah tidak relevan lagi dengan zaman tanpa sempadan ini. Ada yang kata hudud 'out-of-date' (ketinggalan zaman). Bagaimana Dato’ melihat pendapat mereka ini dan apakah hukum Islam terhadap mereka?

YANG INGIN TAHU
Mentakab, Pahang

INILAH masalah ummah, terutamanya kita di Malaysia yang sering kali tenggelam timbul dalam permasalahan besar ini, yang kadang-kadang diremehkan segelintir daripada kita, tanpa memikir kesannya terhadap keimanan kita kepada Allah SWT.

Ya, benar saya juga pernah berhadapan dengan mereka yang mengungkapkan kata-kata sedemikian. Pada saya hal ini amat menyayat hati dan meremang bulu roma saya, akibat ketakutan kemurkaan Allah kerana tergamak manusia yang daif dan serba kekurangan dalam segala hal, sanggup meremehkan, mencela serta merendah-rendahkan hukum-hukum Allah yang Maha Agung. Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Hukuman-hukuman hudud, adalah hukuman dari Allah yang telah ditetapkan dengan jelas, terang serta nyata dalam Al-Quranul Karim, menerusi ayat-ayat dalam surah-surah, antaranya berikut:
i. Surah al-Maidah, ayat 44,45,47,48, 49 dan 50.
ii. Surah al-Baqarah, ayat 187 dan 229.
iii. Surah an-Nisa, ayat 14.
iv. Surah at-Taubah, ayat 63.

Banyak lagi dalam surah-surah lain, yang semuanya, atau keseluruhannya menyebut dengan terang mengenai hukuman-hukuman hudud yang wajib dilaksanakan.

Ulama-ulama yang muktabar telah berijmak, wajib melaksanakannya. Mengingkari atau menghinanya, rosaklah akidah.

Hukum-hukum Allah selama-lamanya relevan, kerana Allah mencipta hukum-hukum itu dengan ilmunya yang maha luas, mengetahui yang dahulu, sekarang dan akan datang, malah mengetahui zahir dan batin manusia.

Allah mengetahui keperluan yang segera dan akan datang, mengetahui keperluan dunia dan kebaikan akhirat.

Oleh kerana itu, hukum Allah mengambil kira semuanya. Maka ia tetap relevan sehingga ke akhir zaman.

Firman Allah (mafhumnya):
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)." (Surah al-Baqarah, ayat 255)

Itulah ayat Kursi yang kita baca setiap hari. Cumanya kebanyakan kita tidak merenungi mesej yang Allah sampaikan dalam ayat itu. Ia patut sangat direnungi.

Siapalah kita yang sanggup meremeh dan merendah-rendahkan hukum Allah? Allah SWT mengingatkan kita bahawa Dia yang mencipta manusia dalam keadaan lemah longlai.

Firman Allah (mafhumnya):
"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." (Surah an-Nisa, ayat 28)

Firman Allah (mafhumnya):
"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia daripada (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)." (Surah Yasin, ayat77)

Gaya bahasa yang sering digunakan golongan penentang ini antaranya, undang-undang Islam sudah tidak relevan, 'out-of-date' atau ketinggalan zaman, adalah dengan nyata menghina hukum Allah.

Pada waktu yang sama golongan ini menjulang tinggi undang-undang ciptaan manusia yang disifatkan mereka sebagai 'up-to-date', kononnya lebih maju dan berdaya saing.

Golongan ini ditempelak Allah menerusi firman-Nya (mafhumnya):
"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah (ciptaan manusia)? Padahal, kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.” (Surah al-Maidah, ayat 50)

Golongan yang pernah terlanjur kata atau masih termasuk dalam golongan ini, saya menyeru agar anda kembali kepada Allah. Bertaubat nasuha kepada-Nya, seperti yang Allah sarankan menerusi firman-Nya (mafhumnya):
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." (Surah az-Zumar, ayat 54)

Insaflah wahai saudara yang seagama denganku. Wallahua'lam.

Dipetik dari - Harakah, 21-24 November 2011.

Artikel lepas yang berkaitan:
1. SEGERA LAKSANA HUKUM ALLAH
2. HUDUD: MALAYSIA PATUT CONTOHI BRUNEI
3. Pandangan sarjana luar mengenai pelaksanaan Undang-undang Islam
4. Masalah dan Halangan dalam pelaksanaan Perundangan Syariah
5. LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERLAKSANAAN SYARI'AH

Monday, November 21, 2011

KEHIDUPAN MUNAFIK SENTIASA SEMPIT


SAYIDINA Umar bin al-Khattab r.a. telah bertanya kepada seorang lelaki Arab Badawi di sebuah tempat bemama Mudlij tentang apakah itu 'Haraj'.

Badawi itu menjawab, 'Haraj' ialah sejenis pokok yang berada di celah-celah beberapa batang pokok lain dalam keadaan dia tidak subur dan tidak menerima tumbuhan liar yang lain menumpangnya dan seumpamanya.

Lalu Sayidina Umar berkata begitulah keadaan hati orang munafik. Tidak akan sampai kepadanya sebarang kebaikan.

Ibnu Abbas r.a. berkata, orang-orang munafik itu merasakan Islam itu sempit sedangkan Islam itu luas. Apa yang berlaku pada hari ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. ini.

Golongan munafik yang bernama Islam dan mengaku Islam penuh mulut mempertikaikan Islam, seperti hukum hudud dan mempersenda-sendakannya sama seperti orang bukan Islam mempertikaikan dan mempersendakannya.

Kita orang Islam, mempunyai tanggungjawab menegakkan hukum Islam bukan mempertikaikannya atau mempersendakannya walau dengan apa cara sekalipun. Perbuatan menafikan hak untuk dilaksanakan dalam pemerintahan negara kita adalah satu keingkaran yang besar, boleh menggugurkan iman seseorang Islam.

Apakah Allah tidak tahu bahawa ada masyakarat majmuk dalam dunia ini sebelum Dia mewajibkan pelaksanaan hukum ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya pada hari ini?

Apakah kita manusia ini bersikap lebih tahu dan lebih pandai daripada Allah Taala?

Kita minta berlindung dengan Allah SWT daripada sifat-sifat kufur dan munafik ini yang balasannya amat dahsyat pada hari akhirat kelak.

Semua arahan atau perintah Allah di dalam al-Quran adalah yang manusia boleh buat dan tidak pernah bertujuan untuk menyusahkan mereka. Bahkan ia bertujuan untuk menjadikan kehidupan mereka bahagia di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung suatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama." (Surah al-Hajj: 78)

Ulama mengatakan bahawa tidak dijadikan dalam Islam itu suatu perkara yang sukar untuk dibuat. Semuanya boleh dibuat. Yang menghalang daripada ia dilaksanakan ialah nafsu manusia itu sendiri dan syaitan daripada kalangan manusia dan jin.

Orang yang tidak mahu petunjuk Allah memandu kehidupannya di dunia ini, mereka merasakan Islam terlalu sempit sebagaimana keadaan seseorang yarig naik tinggi di langit. Dada mereka merasa sempit kerana kekurangan oksigen.

Allah menggambarkan keadaan ini dalam firman-Nya yang bermaksud,
"Seolah-olah dia sedang naik ke langit (dalam keadaan dadanya merasa sempit akibat permasalahan pernafasan-kurang oksigen)." (Surah al-An'am: 125)

Dalam menafsirkan ayat ini Ibnu Abbas r.a. berkata, sebagaimana manusia tidak mahu naik ke langit begitulah keadaannya ada manusia tidak mahu menerima iman dan tauhid di dalam hatinya sehinggalah Allah memberi petunjuk kepadanya untuk menerima semuanya itu.

Selagi Allah tidak memberi petunjuk kepadanya, dia tidak akan menerimanya.

Sementara al-Auza'i mempersoalkan bagaimana manusia yang Allah menyempitkan dadanya dari menerima tauhid menjadi Islam? Dia tidak akan merasakan keluasan Islam sebenarnya jika dadanya sempit untuk menerima Islam.

Sudah pasti dia tidak akan menjadi manusia Islam yang sebenamya walaupun namanya Muhammad. Dia menjadi manusia Islam hanya pada namanya sahaja tetapi hakikat sebenarnya dia adalah munafik.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,
"Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah al-An'am: 125)

Sebagaimana Allah menjadikan dada-dada orang yang tidak beriman dan sesat sempit dan menyakitkan untuk menerima hidayah Islam, begitulah juga Allah jadikan syaitan itu yang menjadi kawan dan teman hidup menyusahkan kehidupan mereka sebagai suatu azab yang menimpa mereka dalam kehidupan dunia ini.

Orang yang tidak beriman tidak akan merasa gembira dan bahagia dalam erti kata sebenamya walaupun nampak mereka dikurniakan harta yang melimpah ruah di dunia ini. Bahkan mereka merasakan harta benda yang mereka miliki itu menjadi neraka dunia yang sentiasa menyeksa mereka sebelum mereka mati.

Dipetik dari - Harakah, 21-24 November 2011.

Sunday, November 20, 2011

Pengalaman Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Dalam Usaha Mempelbagai Ekonomi

Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif BEDB, Vincent Cheong dalam akhbar Media Permata Online Sabtu/Ahad 12/13 November 2011
"....90.5 peratus daripada keseluruhan eksport negara bagi tempoh berkenaan berjumlah $12.7 bilion, adalah dari Industri Minyak dan Gas, manakala 5.9 peratus pula dari industri metanol. Perangkaan itu menunjukkan bahawa Brunei masih lagi terlalu bergantung kepada industri minyak dan gas...."

Sesungguhnya isu ini telah berulang kali dibangkitkan oleh Kebawah DYMM di dalam titah-titah Baginda yang lepas. Kerisauan ini turut dikongsi oleh warga NDP dan telah dizahirkan menerusi Manifesto NDP dan pelbagai artikel sebelum ini.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang telah dan sedang dijalankan oleh beberapa negara yang "senasib" dengan Brunei dalam usaha berterusan mempelbagaikan ekonomi mereka demi menangani ancaman kebergantungan kepada hasil minyak.

The Gulf Cooperation Council (GCC) member countries include Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia, and the United Arab Emirates.

GCC Countries: Summary of Recent Key Structural Reforms in Selected Areas

FINANCIAL SECTOR

Bahrain
Issued the first Islamic government bills to complement the working of the Islamic financial institutions, took steps toward improving prudential regulations for Islamic banking; ratified anti-money laundering legislation in January and October 2001; and enforced Bahrain Stock Exchange rules and regulations.

Kuwait
Adopted a portfolio foreign investment law allowing foreigners to own and trade shares of joint-stock companies listed on the Kuwait Stock Exchange, subject to specific limits.

Oman
Expanded repo facilities to the interbank market; implemented a capital market law to restructure the Muscat Securities Market into three separate bodies dealing with regulations, trading and exchange, and depository registration; and adopted a new banking law in 2000. The central bank has reactivated the issuance of certificate of deposits to manage liquidity, and implemented measures to reduce the risk of over lending to individuals and corporations. Oman has taken steps toward full compliance with the Financial Action Task Force (FATF) recommendations on money laundering and combating the financing of terrorism.

Qatar
Removed interest ceilings on local currency deposits in February 2001; strengthened bank supervision, resulting in tightening of non-performing loan criteria; and introduced a new scheme to enhance liquidity management. Under this scheme, commercial banks can deposit their excess liquidity with or borrow from the central bank at rates determined by the central bank, which are fixed on a daily basis.

Saudi Arabia
Allowed foreigners to trade on the stock market through open-ended mutual funds; and approved a new capital markets law to deepen the financial markets and strengthen the stock market. It enforced recommendations issued by the FATF relating to the prevention of money laundering, and adopted legislation to combat money laundering activities in the non-financial sector.

UAE
Established formal stock markets in 2000, and regulatory body for capital markets; enacted a new Securities Law to address volatility and malpractices that plagued security market in 1997 and 1998, and adopted a comprehensive anti-money laundering along with combating the financing of terrorism in January 2002. The central bank is implementing a comprehensive pilot risk-management module for banks.


FOREIGN DIRECT INVESTMENT (FDI)

Bahrain
Eased rules on non-GCC firms to own buildings and lease land; established a one-stop shop to facilitate licensing procedures; permitted foreign ownership to increase from 49 to 100 percent of businesses in all but a few strategic sectors (e.g., oil and aluminum).

Kuwait
Passed a law allowing foreigners to own 100 percent of Kuwaiti companies and corporate taxes were reduced from 55 percent to 25 percent. A Foreign Investment Capital Office was established to process FDI applications.

Oman
Allowed 100 percent foreign ownership of companies in most sectors; reduced income tax disparity between Omani and foreign companies by raising the single rate for the former from 75 percent to 12 percent, and lowering the rates for the latter from 15–50 percent to 5–30 percent; redefined “foreign” company as one with more than 70 percent foreign ownership instead of currently 49 percent; and allowed foreign, non-GCC, firms to own buildings and lease land.

Qatar
Allowed 100 percent foreign ownership in agriculture, industry, health, education and tourism sectors, and streamlined investment approval procedures. The maximum corporate tax was reduced from 35 to 30 percent.

Saudi Arabia
Enacted a new Investment Law and established the associated investment authority (SAGIA) to facilitate foreign direct investment processing, including the establishment of one-stop shop. It also allowed for 100 percent foreign ownership of business in most sectors, including gas, power generation, water desalination, and petrochemicals. The highest corporate income tax on foreign investment was cut from 45 to 30 percent. It has permitted non-Saudis to own real estate for their business or residence, except in the 2 holy cities, and opened up the gas sector for investment by international oil companies.

UAE
The Emirate of Dubai launched several new free zones intended to establish the emirate as a global center for trade in gold bullion, research and development of technology, and financial activities. Dubai also relaxed restrictions for foreign investment in specific real estate projects.


STATE ENTERPRISE REFORM AND PRIVATIZATION

Bahrain
Privatized the Public Slaughter House and the capital’s waste collection and incineration. Other privatizations are under way, including the public transport company (bus), and tourism facilities. The telecommunications and postal services sectors are being liberalized.

Kuwait
The privatization law, approved by the Finance Committee of the National Assembly, establishes a comprehensive framework for large-scale privatization, identifies areas and modes of privatization, and sets up a pricing mechanism and safeguards against job losses. The government plans to offer for sale to the private sector most of the 62 public sector entities still under its control.

Oman
The power sector is at the forefront of privatization efforts, with three power plants currently under construction by foreign investors under a build-own-operate basis. Existing government power plants are being restructured for their future privatization. Oman has also recently privatized the management of airport services. Other services to be privatized in the near future include water distribution, waste water network, postal services, and telecommunications. The government also plans to gradually sell its participation in the few remaining non-oil public companies listed in the local stock market.

Qatar
Partially privatized the Telecommunications Company at end-1998. It has corporatized the electricity and water sector, and the government has sold most of its power generation plants to Qatar Electricity and Water Company, which is majority-owned by the local private sector. Construction is under way of the first independent power and water plant, which is majority-owned by a foreign developer. Qatar has also sold 60 percent of the government’s stake in a recently created company—spun off from Qatar Petroleum—to take over the local distribution of gasoline.

Saudi Arabia
Announced in June 2002 a new privatization strategy under which autonomization of management would be followed by deregulation (corporatization) and ultimately private ownership. Twenty sectors are presently identified for privatization, including telecommunications, electricity, industrial parks, postal services, water, railroad, education, and air transportation. Saudi Arabia has recently privatized 30 percent of the Saudi Telecommunications Company. Eight regional electricity companies have been merged into the Saudi Electricity Company, and a regulatory authority was established to set tariff rates and regulate market access to new entrants.

UAE
The Emirate of Abu Dhabi has embraced utility privatization, embarking on new power projects through joint ventures with foreign investors, and selling of some existing assets.


LABOR MARKET REFORM

Bahrain
Recently developed a new National Employment Strategy that includes providing fiscal subsidies for training nationals in the private sector, and financial aid for the unemployed. It also introduced measures to improve general education standards, and vocational and technical training programs, and increased employment quota of Bahrainis in small and medium size companies while abolishing “free visa” system to expatriate labor force.

Kuwait
The Manpower and Government Restructuring Program (MGRP) was established in July 2001 to implement the labor law, provide unemployment benefits to unemployed Kuwaiti nationals, and provide training and facilitate employment of Kuwaiti nationals in the privates sector. In September 2002, the government approved quotas for the proportion of Kuwaitis that private companies must employ; companies that fail to meet this target would be subject to a fine and sanctions such as exclusion from bidding for government contracts.

Oman
Introduced measures to improve vocational and technical training programs, and set a uniform minimum wage for Omanis at RO 100 (plus RO 20 as transportation allowance) instead of the previous two-tiered (skilled/unskilled) minimum wage.

Qatar
Formally ended the policy of automatic employment for Qatari graduates. It now assists jobseekers by maintaining information on job openings and by counseling and training. A department has been established in the ministry of civil service with responsibility for this function.

Saudi Arabia
Created the Human Resources Development Fund (HRDF) – with financial participation of the private sector – to provide training of Saudi labor force in skills required by the private sector, and development of a database for matching and placement of Saudi workers in the private sector.

UAE
Established the National Human Resource Development and Employment Authority to help improve skills of the U.A.E nationals looking for a job; and a national labor market database was established to facilitate job search by nationals.

Sumber - http://unfccc.int/files/adaptation/adverse_effects_and_response_measures_art_48/application/pdf/200311_ed_imf.pdf

Thursday, November 17, 2011

Muslim stereotypes in FBI training manuals

By ABDEL AZIZ ALUWAISHEG

American Muslims have long complained about being singled out for negative profiling and unjustified surveillance by law enforcement agencies in the United States. Last week, one source for this mistreatment was revealed during a routine three-hour-long Senate hearing.

On Tuesday (Nov. 8, 2011), the Senate Committee on the Judiciary conducted a hearing on “Oversight of the US Department of Justice.” The main witness was Attorney General Eric Holder.

Way down in the third hour, Sen. Richard Durbin of Illinois expressed concern about how FBI training manuals negatively portrayed Islam and Muslims. He pointed out that agents receiving counterterrorism training were taught stereotypes of Islam and Muslim Americans, such as, “Islam is a highly violent, radical religion,” “Mainstream Muslim Americans are likely to be terrorist sympathizers,” “The Arabic mind is swayed more by ideas than by fact.”

Durbin also mentioned how training manuals referred to wearing traditional Muslim attire, growing facial hair, and frequenting mosques as indicators of extremism. He then questioned the apparently unjustified, widespread surveillance of mosques and innocent Muslim Americans.

As expected, Holder distanced himself from such explicit bigotry, although he admitted that the statements were in fact part of an FBI training program. He said they were flat out wrong and did not reflect the views of the Justice Department or the FBI. Holder said the person who prepared the guidelines was no longer with the department and that a review of the material was underway to ensure that such misinformation was not in the guidelines.

As Durbin seemed to imply in the hearing, it might be difficult for Muslim Americans to reconcile the offensive training of government agents and relentless surveillance with the high-minded principles expressed by Holder and others.

Regrettably, average Americans are subjected to a relentless barrage of anti-Muslim misinformation and stereotypes in the media. One hopes that they might dismiss such hateful information for what it is, media hype and ignorance. But when their own government-issued training manuals tell them the same thing, they might regard it as the ordained truth.

The existence of those training manuals has been uncovered for some time, yet according to the attorney general, the Justice Department was still reviewing them to excise offending material. Some may take this delay as indicative of the lower priority given to the issue.

The slow reaction to remove offending language from FBI training manuals is not consistent with the attorney general’s repeated emphasis that such misinformation can undermine government outreach efforts to the Muslim community. Nor does it comport with Holder’s high praise for the community for its unreserved cooperation with law enforcement agencies, and in particular its help in fighting terrorism.

What was also disturbing in this hearing was the fact that Holder sidestepped Durbin’s question about profiling rules that do not exclude religion and thus may be used to stereotype all Muslims as terrorism suspects.

aluwaisheg@gmail.com

http://arabnews.com/opinion/columns/article532913.ece

Isu Kebergantungan Ekonomi Brunei

3 cabaran utama pelbagaikan ekonomi
Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov - Brunei Darussalam menghadapi tiga cabaran utama dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negara supaya tidak terlalu bergantung kepada industri minyak dan gas.

Ketua Pegawai Eksekutif BEDB, Vincent Cheong berkata, tiga cabaran utama itu ialah terlalu bergantung pada eksport minyak dan gas, sebahagian besar penduduk bekerja dengan pihak kerajaan dan keadaan pasaran serta perniagaan yang bersaiz kecil.

Menurut beliau perangkaan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi bagi 2010, menunjukkan bahawa 90.5 peratus daripada keseluruhan eksport negara bagi tempoh berkenaan berjumlah $12.7 bilion, adalah dari Industri Minyak dan Gas, manakala 5.9 peratus pula dari industri metanol.

"Perangkaan itu menunjukkan bahawa Brunei masih lagi terlalu bergantung kepada industri minyak dan gas. Sehubungan itu, pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi mempelbagaikan lagi ekonomi negara untuk tidak terlampau bergantung pada minyak dan gas," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk, What Is Your Compass?, semasa Sambutan Hari Antarabangsa Sekolah Antarabangsa Jerudong, hari ini.

Ceramah itu dihadiri oleh lebih dari 30 penuntut-penuntut Tahun 13, Sekolah Antarabangsa Jerudong, di mana ceramah dihasratkan selain untuk memberikan maklumat mengenai dengan hala tuju dan perkembangan ekonomi Brunei, juga diharap akan memberikan mereka pendedahan kepada peluang-peluang kerjaya bagi mereka di masa akan datang.

Mengulas mengenai dengan cabaran yang dihadapi oleh Brunei lagi, Vincent berkata bahawa lebih daripada 52 peratus, pekerja di Brunei berkhidmat dengan kerajaan di mana jumlah itu tidak termasuk mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Keadaan itu adalah amat berbeza dengan keadaan pekerjaan di negara lain di rantau Asia Tengara. Sebagai contoh di Singapura, hanya kira-kira 8 hingga 10 peratus sahaja yang berkhidmat dengan kerajaan manakala di Malaysia dianggarkan di antara 10 hingga 12 peratus pula berkhidmat dengan kerajaan.

Beliau juga berkata cabaran yang turut dihadapi adalah saiz perniagaan atau syarikat Brunei yang kecil di mana lebih dari 55 peratus perusahaan atau syarikat di Brunei hanya mempunyai 1 hingga 5 orang kakitangan dan lebih dari 89 peratus perusahaan atau perniagaan pula mempunyai kurang dari 20 pekerja.

Oleh itu, BEDB mempunyai peranan yang dimainkan dalam membantu menjana pembangunan dan mempelbagaikan ekonomi negara menerusi empat teras penting iaitu untuk menarik pelabur-pelabur untuk melabur di Brunei, memperkukuhkan perusahaan atau perniagaan tempatan, meningkatkan penyelidikan dan inovasi serta melaksanakan projek-projek infrastruktur yang diperlukan.

Dipetik dari - Media Permata Online, Sabtu/Ahad, 12/13 November 2011

Wednesday, November 16, 2011

Meluruskan Salah Faham Tentang Jatidiri Wanita Islam

Jika wanita-wanita di Barat ditanya tentang karakter wanita Islam, mungkin mereka akan mencari model wanita dari Afganistan, Iraq atau lain-lain negara Islam yang dilanda kemelut politik yang panas. Islam telah dijadikan identik dengan keganasan, kemiskinan, miskin sumber daya manusia dan kepakaran, ketidakadilan dan penindasan hak asasi manusia. Begitulah kuasa media mempengaruhi pemikiran masyarakat. Jadi bukan salah wanita di Barat memandang wanita di negara Islam dengan pandangan negatif kerana imej tersebut sengaja dibentuk oleh media mereka untuk membela pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan kempen politik dan kekuatan senjata untuk menundukkan negara-negara Islam. Akan tetapi dalam masyarakat Islam sendiri, apakah sudah jelas dan terang bagi mereka kedudukan wanita dalam agama ini? Masih wujudkah penindasan hak-hak wanita dalam undang-undang perkahwinan? Bagaimana kedudukan wanita dalam masyarakat, kerjaya dan keluarga? Setakat mana ketaatan wanita kepada suaminya sehingga tidak menafikan hak-haknya dalam rumahtangga?

Syaikh Muhammad al-Ghazali seorang ulama yang terkenal dan penulis yang kritis menyatakan dalam tulisannya untuk kata-kata aluan buku Tahrir al-Mar’ah fi ’Ashr al-Risalah (Pembebasan Wanita Pada Zaman Risalah Nabi SAW) karangan Prof. Abdul Halim Muhammad Abu Syuqqah: ”Saya pernah mendengar seorang khatib terkenal berkhutbah dengan penuh emosional. Beliau mengatakan: Semoga Allah merahmati masa-masa di mana para wanita tidak keluar kecuali tiga kali, iaitu dari rahim ibunya, dari rumah orang tuanya ke rumah suaminya, dan dari rumahnya ke alam kubur. Saya tidak dapat menerima pendapat tersebut dan saya jawap dengan perkataan, Semoga Allah merahmati masa-masa itu agar tidak terulang kembali dalam sejarah Islam, kerana masa-masa itu adalah kemenangan tradisi sesat yang menyimpang dari jalan yang lurus.”

Demikianlah petikan keresahan hati seorang ulama ulung yang sangat prihatin dengan nasib wanita Islam kerana di kalangan umat Islam masih ada orang yang menafikan hak-hak wanita Islam. Kalaulah dianggap mulia dan luhur pekertinya dengan tidak keluar rumah, bagaimana mereka hendak mendapatkan ilmu apatah lagi hendak mengekspresikan jatidiri mereka di tengah masyarakat.

Mulia Kerana Ilmu
Kecemerlangan setiap insan bergantung kepada kekuatan iman dan kematangan intelektualnya tidak kira ia dari jenis lelaki atau wanita. Islam menyamaratakan hak dan kedudukan mereka mendapatkan ilmu. Bahkan Rasulullah SAW adalah pemimpin dunia yang pertama menggerakkan revolusi pendidikan kepada kaum wanita iaitu dengan menyiapkan kader-kader ilmuwan wanita yang menjadi sumber rujukan para lelaki pada zamannya. Diriwayatkan dari Abu Sa’id beliau berkata, Seorang wanita datang menghadap Rasulullah SAW kemudian berkata: ”Ya Rasulullah kaum lelaki banyak mendapatkan haditsmu, maka berilah masa untuk kami agar engkau mengajar apa yang telah diwahyukan Allah kepadamu. Rasulullah SAW bersabda: ”Berkumpullah pada hari dan tempat tertentu.” Kemudian mereka berkumpul dan Rasulullah datang mengajar mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bahkan isteri-isteri Rasulullah SAW banyak meriwayatkan hadis dan ikut serta dalam mendidik dan mentarbiyah umat. Saat ini, dunia Islam amat memerlukan kepakaran di bidang sains dan teknologi, perubatan, ekonomi, multimedia, pertanian, bahkan industri militer yang boleh menghasilkan kecanggihan senjata dan peralatan perang sebagai usaha meningkatkan kekuatan umat. Jika kita meletakkan tanggungjawab ini di atas bahu lelaki saja, kita akan jauh tertinggal oleh kehebatan musuh yang sememangnya akan mencari kelemahan dan berusaha menguasai kita. Padahal Rasulullah SAW menggerakkan seluruh kekuatan dari kaum lelaki dan perempuan untuk membela agama Allah.

Wanita Profesional Di Rumah
Tugas wanita Islam yang asasi adalah mendidik anak-anak dan mentadbir rumah tangganya dengan bijak di samping tempat menggantung kasih sang suami. Wanita juga dituntut untuk berdiri bersama kekasihnya itu memegang kemudi bahtera mereka. Segala keputusan diambil atas dasar musyawarah dan bertolak ansur. Benarkah segala polisi yang dikuatkuasakan suami wajib ditaat tanpa sebarang alasan penolakan? Benarkah berdosa bila sang isteri tidak sependapat dengan suami? Diriwayatkan daripada Umar al-Khattab RA, beliau berkata: ”Ketika aku mempertimbangkan suatu urusan tiba-tiba isteriku berkata: Alangkah baiknya jika kamu melakukan demikian dan demikian. Akupun berkata: Apa urusanmu dengan masalah ini? Untuk apa kamu mencampuri urusanku? Ia berkata: Sungguh pelik engkau wahai putera al-Khattab kamu tidak mahu mendengar pendapatku padahal puterimu (Hafsah, isteri Nabi SAW) berani memberi pendapatnya kepada Rasulullah SAW” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah cara Rasulullah SAW berkomunikasi dengan isteri-isteri baginda, dengan jalan musyawarah, tidak ada rasa takut kepada suami atau terpaksa mengalah untuk taat. Tetapi bukan pula bererti wanita boleh memaksakan kehendaknya dan bersikap kurang ajar kepada suaminya. Hubungan atas dasar keikhlasan dan tolak ansur boleh menyelamatkan keduanya dari pertelingkahan yang dihembuskan oleh syaitan.

Kekuatan iman setiap pasangan suami isteri amat penting untuk keselamatan rumahtangga yang mawaddah warrahmah (penuh kasih sayang dan rahmat). Seorang isteri yang bijak mampu mengukur tahap keimanan setiap penghuni rumahnya. Bukan hanya suami yang bertugas mendidik ahli keluarga, tetapi isteri turut berperanan menasihat suami jika ada kekhilafan. Isteri juga mesti celik melihat perkembangan anak-anak dalam proses penanaman nilai-nilai iman dalam keperibadian mereka. Sungguh mulia kerja-kerja isteri di rumah yang menjadi mentor bagi menjana generasi Islam yang cemerlang.

Misi Dan Visi Untuk Kecemerlangan Umat
Wanita Islam yang mempunyai hati menyala dan azam yang kuat akan menyahut seruan perjuangan kerana mereka mengikut jejak para ibunda mereka, isteri-isteri Rasulullah SAW dan sahabiyah-sahabiyah yang tidak pernah berhenti bekerja demi kecemerlangan agama Allah SWT. Hidup ini adalah untuk memberi bukan untuk membebankan sesiapapun kerana begitulah teladan ibunda para mukminin, Zainab binti Jahsy yang kuat bekerja menyamak dan menjahit kulit untuk membantu berinfaq di jalan Allah. Aisyah binti Abu Bakar adalah seorang pendidik dan pendakwah ulung yang telah berjaya melahirkan berjuta pejuang agama Allah dengan visi dan misinya. Nushaibah pula adalah tentera wanita yang cemerlang sebagai pembela Rasulullah SAW di setiap peperangan bersama dengan kaum lelaki kerana cintakan Allah dan Rasul-Nya. Pada diri wanita hari ini, apakah masih tersisa semangat bekerja dan berjuang untuk agama Allah ini? Pada saat kehidupan moden yang menghidangkan kenikmatan hiburan yang melalaikan, tuntutan kerja yang setakat meminta imbalan kepuasan wang dan material sehingga mengorbankan amanah kerja. Di manakah mujahidah yang bersungguh-sungguh bekerja bermati-matian demi agama, bangsa dan negara? Allah SWT berfirman: ”Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah Ayat 105)

Wanita muslimah yang salihah tidak rela dirinya dieksploitasi demi kemajuan jahiliyah moden. Kecantikannya, ilmunya, keperibadiannya, kelembutan, keteguhan dan kesabarannya adalah amat berharga untuk dijualbeli demi kepuasan nafsu syahwat semata-mata. Diri muslimah adalah amat berharga di sisi Tuhan-Nya. Hidupnya untuk menghabiskan perjuangan yang akan berakhir pada satu noktah, iaitu keredaan Allah SWT.

dipetik dari -
http://drjuanda.com/?p=227

Tuesday, November 15, 2011

Philippines rejects new Chinese territorial claim

MANILA: China has claimed new territory less than 50 miles (80 kilometers) from a Philippine province, boosting tensions over potentially resource-rich areas of the South China Sea, but the Philippines has dismissed the claim, an official said Monday.

Energy Undersecretary Jose Layug Jr. told The Associated Press that China protested a Philippine plan to explore for oil and gas in the area in July. It is the closest point in waters off the main Philippine islands that China has claimed in the increasingly tense territorial disputes.

Beijing has been asserting its territorial claims more aggressively as its economic and diplomatic muscle has grown. Its new claims are likely to bolster Philippine resolve to seek a UN ruling on the long-simmering disputes, which involve China, the Philippines and four other claimants.

Among the areas being contested is the Spratlys, a chain of up to 190 islands, reefs, coral outcrops and banks believed to be sitting atop large deposits of oil and natural gas, which many fear could be Asia’s next flash point for conflict.

The issue is expected to be discussed Wednesday with visiting US Secretary of State Hillary Rodham Clinton.

The two new areas being claimed by China are not part of the Spratlys, Layug said.

The Chinese Embassy delivered a protest to the Philippine government on July 4 after Manila invited foreign companies to bid for the right to explore for oil and gas in 15 areas. Chinese officials opposed the inclusion of “areas 3 and 4” northwest of Palawan province, claiming they fall under Chinese sovereign territory.

“The Chinese government urges the Philippine side to immediately withdraw the bidding offer in areas 3 and 4, refrain from any action that infringes on China’s sovereignty and sovereign rights,” China said in a diplomatic note to Manila, adding that the Philippine action “cannot but complicate the disputes and affect stability in the South China Sea.”

China told the Philippine government that the planned oil explorations violated a nonbinding 2002 accord that called on claimants to South China Sea territories to stop occupying new areas and avoid action that could spark tension.

In Beijing, Chinese Foreign Ministry spokesman Liu Weimin said at a regular briefing: “We do not want foreign commerce involved in these kinds of investment and disputes over the South China Sea.”

Palawan province, about 510 miles (820 kilometers) southwest of Manila, faces the South China Sea, which is claimed entirely by China.

One of the offshore areas now being claimed by Beijing lies just 49 miles (79 kilometers) northwest of Palawan, while the other is 76 miles (123 kilometers) from the western Philippine province, Layug said.

The Philippine government told China the areas are located well within Philippine waters and are far from any disputed area, officials said.

“The areas that we’re offering for bidding are all within Philippine territory,” Layug said. “There is no doubt about that.”

The two areas are more than 500 miles (800 kilometers) from the nearest Chinese coast, Layug said.

About 50 foreign investors, including some of the world’s largest oil companies, have expressed interest in exploring for oil and gas in the Philippines, half of them in the new areas being claimed by China, because of strong indications of oil there, he said.

None of the prospective foreign companies has expressed concern over the territorial disputes, Layug said.

“Of course their issue would be ensuring security and the support of the Philippine government when they are awarded the contract,” he said.

In March, two Chinese vessels tried to drive away a Philippine oil exploration ship from Reed Bank, another area west of Palawan. Two Philippine air force planes were deployed, but the Chinese vessels had disappeared by the time they reached the submerged bank.

The Philippines protested the incident, which it said was one of several intrusions by China into its territorial waters in the first half of the year. Vietnam has also accused Chinese vessels of trying to sabotage oil exploration in its territorial waters this year, sparking rare anti-China protests in Vietnam.

A British company behind the exploration at Reed Bank found very strong indications of natural gas and plans to start drilling in about six months, Layug said.

President Benigno Aquino III plans to discuss a Philippine proposal at an Association of Southeast Asian Nations summit this week in Bali, Indonesia, to segregate disputed South China Sea areas so coastal states can freely make use of non-disputed areas. China has opposed the plan.

Aquino’s government also plans to bring the territorial disputes before the United Nations for possible arbitration.

Dipetik dari - Arab News

BARAT MEMBELA WANITA?

Adakah hak wanita diperjuangkan di barat?

Suatu ajaran murni yang sama sekali tidak dicipta oleh Nabi Muhammad s.a.w dan tidak juga oleh para sahabat baginda telah meninggalkan suatu kesan kegemilangan yang mana ia menjadi suatu kebanggaan bagi sesiapa yang menganutinya. Islam datang mengubah segala-galanya kepada apa yang dikehendaki oleh fitrah asal manusia.

Namun, sudah lebih 1400 tahun Rasulullah meninggalkan kita. Masyarakat Islam mula terkeliru dengan apa yang dikatakan Islam itu sendiri. Malah terdapat segolongan masyarakat Islam sendiri mempersoalkan setiap ajaran yang bertentangan dengan hawa nafsu mereka.

Mari kita selak sedikit kemurnian Islam khususnya dalam menjaga hak wanita.

1. Universiti al Azhar merupakan sebuah universiti tertua di dunia (1000 tahun yang lampau). Ia merupakan sebuah gedung ilmu yang besar, dan sesiapa jua boleh belajar di sana samada ia seorang lelaki atau seorang perempuan.

Namun, hanya sekitar 1870, wanita di barat mula dibenarkan untuk belajar di universiti.

2. Al Quran diturunkan kepada manusia untuk dijadikan pedoman dan panduan. Setiap orang Islam samada lelaki mahupun wanita amat digalakkan untuk membaca dan memahami Al Quran ini.

Namun perkara ini tidak berlaku kepada masyarakat kristian. Hanya sekitar kurun ke 15masyarakat awam baru dibenarkan untuk membaca Bible.

3. Daripada segi periwayatan hadith pula, tidak kurang daripada 2210 hadith diambil daripada Siti Aisyah. Ini menunjukkan Islam memartabatkan hak wanita dan memberi kepercayaan kepada mereka.

4. Siapa tidak kenal Siti Khadijah (isteri Nabi), seorang peniaga yang amat hebat pada zaman Rasulullah. Islam sama sekali tidak menyekat kebebasan wanita dalam berniaga ataupun berkerja.

Namun di barat, hanya sekitar 1870 an, wanita dibenarkan untuk memiliki harta, meletakkan nama mereka pada harta sebagai hak mereka. Namun ia tidak berlaku sebelumnya.

5. Pada zaman jahiliyyah, berapa ramai anak-anak perempuan dibunuh. Malah ia berlaku hingga sekarang di India. Menurut data, sebanyak 4 daripada 10 bayi perempuan yang lahir dibunuh.

Namun Islam datang mengubah segala perkara keji tersebut.

6. Dalam undang-undang Islam juga, terdapat suatu contoh yang membela nasib seorang wanita. Perkara ini disebut jelas dalam surah an Nur ayat 4:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Bagaimana Islam membela nasib mereka yang telah dituduh zina, suatu tuduhan yang amat keji dan mampu menjatuhkan maruah seseorang. Mereka yang ingin membuat tuduhan tersebut perlu membawa 4 orang saksi yang adil. Kesemua saksi tersebut perlulah melihat sendiri perbuatan zina tersebut dengan jelas dan sahih.

Hanya apabila mereka melihat seumpama pedang masuk ke sarungnya sahaja, maka baru boleh dikenakan tindakan.

Ciri-ciri 4 orang saksi tadi juga amat ketat dan perlu benar-benar beriman. Kerana persaksian daripada orang-orang fasik tidak diterima.

Sekiranya ia gagal dalam mendatangkan 4 orang saksi tadi, maka mereka semua akan disebat 80 kali dan tidak akan diterima lagi persaksian mereka selama-lamanya.

Adakah ia berlaku dalam undang-undang sivil? Menuduh seseorang berlaku curang, dan sekiranya tidak dapat dibuktikan, maka kes digugurkan. Sedangkan maruah yang dituduh sudahpun jatuh tanpa dibela.

7. Dalam soal perkahwinan, Islam member kebebasan sepenuhnya kepada wanita untuk memilih calon suami untuknya.

Dalam surah an Nisa’ ayat 19:

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

Contoh-contoh di atas hanyalah sedikit daripada berapa banyak contoh-contoh yang lain. Di sini, tidak perlu lagi timbul persoalan menuntut hak wanita, hak tidak berjilbab dan hak-hak yang ditiru daripada barat. Ini kerana, mereka bukanlah suatu masyarakat yang perlu dicontohi untuk ditiru.

Tidak hairan untuk mereka memperjuangkan hak-hak wanita di barat. Ini kerana, hak-hak wanita di sana ditutup hinggalah sedikit demi sedikit dibuka kembali. Namun perlulah diingatkan, memperjuangkan hak-hak wanita tidak perlu menggunakan logic akal melebihi aturan al Quran dan susunan Sunnah Rasulullah.

Secara spesifik, tidak semua perkara yang dilakukan oleh lelaki mampu dilakukan oleh wanita dan begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, ketabahan seorang isteri dalam menjaga anak-anak jauh lebih baik berbanding suami. Hinggakan seorang ibu diutamakan 3 kali lebih bebanding seorang ayah.

Namun secara luasnya, hak lelaki dan hak wanita adalah sama dalam Islam. Dan tidak semestinya menyamakan hak secara spesifik antara lelaki dan wanita itu adalah suatu yang adil. Kerana keadilan itu adalah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.

Rumusan kuliah maghrib oleh Brother Shah Kirit di Surau Bukit Mulia.
Oktober 2011.

Dipetik dari -
http://irhafiz.wordpress.com/2011/10/28/barat-membela-wanita/

Monday, November 14, 2011

Perjuang kesamaan hak wanita

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov - Walaupun negara-negara antarabangsa telah pun mencapai kejayaan dalam memenuhi komitmen kepada "Agenda 21 Rio Earth Summit, 1992" dan juga "Beijing Declaration and Platform for Action 1995," namun masih terdapat pembangunan yang tidak seimbang, bencana alam dan ketidakstabilan politik yang telah menjejaskan kesejahteraan kaum wanita.

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair Haji Abdullah berkata, wanita masih mengalami berbagai penderitaan disebabkan oleh ketidaksamaan (inequities) tahap kesihatan dan sosial. Mereka juga menghadapi risiko pelanggaran hak asasi manusia yang menyebabkan penderitaan dan kematian.

"Kaum wanita masih merupakan golongan masyarakat yang paling miskin, kurang diwakili dan sering tidak mempunyai kuasa untuk menukar nasib dan mempertahankan maruah peribadi mereka.

"Dalam keadaan ini, usaha-usaha untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium Development Goals) terutama sekali Matlamat 3 mengenai kesaksamaan jantina akan menjadi lebih rumit," kata beliau pada Forum Antarabangsa Mengenai Wanita dan Pembangunan Mapan yang diadakan pada 9 hingga 11 November 2011 di Beijing, China.

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, langkah global yang pasti, bersepadu dan berkesan sangat diperlukan untuk memperbaiki keadaan ini dan setiap negara perlu memperjuangkan penyejajaran isu gender demi untuk mencapai pembangunan yang berdaya tahan.

Negara Brunei Darussalam mengakui akan hak semua negara untuk membangun tetapi pembangunan tersebut hendaklah tidak menjejaskan pembangunan berterusan dan mampan.

Forum kali ini yang bertemakan "Women and Sustainable Development" membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan wanita dan pembangunan berdaya tahan iaitu sebagai persediaan bagi United Nations Conference on Sustainable Development (Rio+20) yang akan diadakan di Brazil pada tahun 2012.

Forum tersebut telah dihadiri oleh seramai 300 orang delegasi dari 39 buah negara dan perwakilan-perwakilan dari organisasi-organisasi antarabangsa dan badan-badan bukan Kerajaan (NGOs) seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Jawatankuasa UN CEDAW dan Forum Wanita Antarabangsa.

Forum selama tiga hari yang dianjurkan oleh All-China Women's Federation (ACWF) telah dirasmikan oleh Naib Presiden Republik Rakyat China Xi Jinping, dan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Kongres Kebangsaan Rakyat China Puan Chen Zhili.

Dalam sesi plenari mengenai Commitments and Actions-Country Experiences towards Sustainable Development, Yang Berhormat Pehin turut mengongsi pengalaman Negara Brunei Darussalam mengenai dengan kejayaan dan cabaran yang telah dihadapi oleh Negara Brunei Darussalam ke arah memastikan golongan wanita diperkasa dan isu jantina disejajarkan ke dalam pembangunan sosioekonomi di tahap nasional.

Turut menyertai delegasi Negara Brunei Darussalam ke forum ini ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Haji Mohd Rozan Dato Paduka Haji Yunos dan beberapa orang pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Dipetik dari - Media Permata Online, Sabtu/Ahad, 12/13 November 2011

KORBAN: AGIHAN DAN UPAH

1. Ibadah korban marupakan salah satu daripada syi’ar Islam. Ia dilakukan sebagai ibadah tahunan pada mana-mana hari daripada Hari Raya Aidil Adha dan tiga hari Tashriq (11, 12 dan 13 haribulan) dalam bulan Zul-Hijjah. Ibadah ini mempunyai kaitan dengan sejarah pengorbanan nabi Ibrahim AS dan anaknya nabi Ismail semata-mata kerana menjunjung perintah Allah SWT. Peristiwa ini juga diabadikan sebagai manasik haji dengan pensyariatan melontar jamarat di Mina bagi para hujjaj simbolik pertentangan di antara manusia dan syaitan.

2. Sebab itu salah satu hikmah pensyariatan ibadah korban ialah sebagai memperingati nabi Ibrahim AS ketika mendapat wahyu dalam mimpinya bahawa nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail. Mimpi para nabi adalah wahyu dan wahyu wajib dilaksanakan. Firman Allah SWT dalam surah al-Soffat ayat 102-107 bermaksud:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat salam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang ang sabar. Setelah kedua-duanya berserah (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

3. Nah lihatlah pengorbanan seorang ayah dan pengorbanan seorang anak dalam melaksanakan perintah Allah Azza wa Jalla. Melaksanakan perintah Allah SWT juga disebut sebagai ujian. Akhirnya Allah SWT menerima pengorbanan nabi Ibrahim AS dan anaknya yang ikhlas. Oleh itu, salah satu yang sangat penting dalam melakukan ibadah korban ini ialah keikhlasan dan ketakwaan. Elakkan daripada bermegah-megah dan riya' dalam ibadah korban yang dilakukan. Tidak menjadi halangan untuk melaksanakannya setiap tahun jika ada kemampuan, juga tiada masalah untuk berkorban dengan jumlah yang banyak jika punyai kelebihan harta, tetapi pastikan keikhlasan dan ketakwaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37 bermaksud:

Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

4. Tanpa membahaskan hukum ibadah korban sama ada sunat atau wajib bagi yang mampu, ibadah korban ini mempunyai fadhilat yang sangat besar di sisi Allah SWT. Selain bagi orang yang melakukan ibadah korban ini dan perlaksaannya yang dilakukan pada hari raya, ibadah ini menjadikan orang ramai khususnya faqir miskin bergembira pada Hari Raya Aidil Adha ini kerana mendapat bahagian daging korban. Sehingga hari Tashriq dikenal juga sebagai hari makan dan minum. Diriwayatkan nabi SAW bersabda tentang hari Tashriq sabdanya bermaksud:

Hari-hari Tashriq adalah hari-hari (untuk) makan dan minum serta mengingati Allah Azza wa Jalla. (Riwayat Muslim)

5. Terdapat hukum hakam feqh yang perlu dilihat dalam ibadah korban ini. Antaranya yang berkaitan dengan mereka yang ingin melakukan ibadah korban ini sebagaimana yang telah dituliskan dengan ringkas dalam catatan yang lalu. Begitu juga yang berkaitan dengan binatang korban dan syarat-syaratnya yang juga perlu diperhalusi agar korban yang bakal dilakukan diterima oleh Allah Azza wa Jalla bukan seperti nasib korban Qabil anak nabi Adam AS. Terdapat dua perkara yang perlu juga diambil berat dalam melaksanakan ibadah korban ini, iaitu berkaitan dengan agihan dan upah kepada pelaksana sembelihan korban.

Agihan daging korban

6. Jika ibadah korban yang dilaksanakan dengan niat nazar maka hukum ibadah korban ini adalah wajib. Bagi ibadah korban kategori ini maka tuannya tidak boleh mengambil apa sahaja daripada binatang korbannya daripada daging, kulit dan sebagainya. Dia juga tidak boleh menjual mana-mana bahagian daripada sembelihan korbannya.

7. Jika orang yang bernazar telah memakan atau menjual korban nazarnya ini, maka dia perlu membayar semula nilainya itu dengan bersedekah kapada faqir miskin, kerana korban nazar adalah milik Allah Azza wa Jalla sepenuhnya.

8. Bagi yang melakukan ibadah korban secara pilihan (tatowwu’) bukannya nazar pula, maka yang melakukan korban boleh makan daging korbannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud:

Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang, makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta.

9. Al-Qurtubi (671H) ketika membicarakan ayat ini menyatakan:

Makanlah sebahagian daripadanya, merupakan perintah dengan maksud sunat. Dan semua para ulama’ menyatakan galakan kepada seseorang agar makan daging korbannya, dan padanya ganjaran dan menurut perintah. (al-Qurtubi, Jami’Li Ahkam al-Qur’an)

10. Nabi SAW juga menyuruh untuk memakan daging korban sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Waqid bahawa nabi SAW bersabda:

Maka kamu semua makanlah (daging korban), dan simpanlah, dan sedekahkanlah. (Riwayat Muslim)

11. Dia juga boleh menyimpan atau sedekahkan kepada faqir miskin. Tiada halangan juga untuk dia hadiahkan kepada rakan-rakannya walaupun mereka daripada kalangan orang berada. Mana-mana bahagian daripada binatang korbannya juga, seperti bulu dan kulit binatang boleh dimanfaatkan oleh yang berkorban. Dalam Mazhab Shafie dicadangkan agar diagihkan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk yang berkorban, satu bahagian lain untuk sedekah kepada faqir miskin, dan satu bahagian lagi untuk hadiah kepada rakan-rakannya. Imam al-Nawawi (676H) berkata:

Dan dia (Imam Shafie) berkata dalam (pendapat) baru: Dia (yang melakukan korban) makan satu pertiga, dihadiahkan satu pertiga, dan sedekahkan satu pertiga. (al-Nawawi, al-Majmu’, Dar al-Fikr, Beirut, jld 8, hlmn 306)

12. Pemberian daging korban kepada faqir miskin adalah atas dasar pemilikan berbeza dengan rakan-rakan yang berada atau kaya pula adalah atas dasar hadiah. Maka orang yang berada tidak boleh menjual daging korban yang dia dapat. Adapun pemilikan kepada faqir miskin membolehkannya dia menjual daging korban yang dia perolehi. Di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji menyebut:

Dan sesungguhnya apa yang diberikan kepada orang kaya daripadanya (daging korban) adalah atas dasar hadiah untuk dimakan, mereka tidak boleh menjualnya. Manakala apa yang diberikan kepada orang faqir adalah atas dasar pemilikan, maka dia boleh memakannya atau melakukan apa sahaja yang dia kehendaki. (al-Feqh al-Manhaji ‘ala Mazhabi al-Imam al-Shafie, Dar al-Mustafa, Dimasyq, hlmn 140)

Upah korban

13. Bagi yang mengupah orang lain untuk menyembelih dan melapah binatang korbannya, maka upahnya tidak boleh daripada mana-mana bahagian binatang korbannya. Ia hendaklah daripada harta yang lain dan bukannya binatang korban. Diriwayatkan daripada Ali RA katanya:

Rasulullah SAW telah menghantar kepadaku unta korban, sabdanya: Jangan engkau berikan kepada penyembelih walau sedikitpun daripadanya. (Riwayat Ahmad)

14. Begitu juga bagi yang melakukan korban tidak boleh menjual kulit binatang korbannya, kerana dia telah meniatkannya untuk Allah SWT. Apabila demikian keadaannya maka dia tidak boleh mengambil sebarang ganti daripadanya yang boleh mengurangkan nilai korbannya. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tiada korban baginya. (Riwayat al-Baihaqi)

15. Menjual kulit binatang korban boleh menafikan korban seseorang. Maka rugilah dan sia-sia ibadah korbannya. Al-Shaukani (1255H) menyatakan:

Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa dagingnya (binatang korban tidak boleh dijual, begitu juga dengan kulitnya. (al-Shaukani, Nailu al-Autor)

16. Kesimpulannya, hidupkanlah syi’ar ibadah korban ini bagi yang mampu dengan menjaga hukum hakam yang berkaitan dengannya. Semoga korban kita diterima oleh Allah SWT.

Dipetik dari - http://hjanhar.blogspot.com/2011/10/korban-agihan-dan-upah.html

Saturday, November 12, 2011

Keikhlasan dalam Ibadah Korban

Jangan adakan korban untuk bermegah-megah
Oleh Normazlina MD

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov - Umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataa'ala.

Melalui peristiwa ini jelas membayangkan bahawa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga.

Di samping itu, ibadah korban ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Yang Di-Pertua Majlis Persatuan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Awang Haji Mohammad Haji Basir berkata, ada beberapa kelebihan atau fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataa'ala di dalam melakukan ibadah korban.

Antaranya ialah mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataa'ala dan dapat menebus dosa melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada majlis Penyerahan Daging Korban kepada 17 orang fakir miskin dari Kampung Ujung Bukit dan Kampung Limbungan.

Menurutnya lagi, sementara itu kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah antaranya dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim, melahirkan sikap penyayang serta memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.

Sungguhpun begitu, jelas beliau, melakukan ibadah korban itu mesti dibuat atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataa'ala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada.

Jawatankuasa Ibadat Korban bagi KUPUSB mengorbankan empat kerbau dan empat ekor kambing serta sebahagian daripadanya adalah aqiqah.

Penyerahan daging korban telah disempurnakan oleh Ra'es KUPUSB, Dr Hajah Masnon Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat di Dewan Gerak Badan KUPUSB.

Dipetik dari - Media Permata Online, Rabu, 9 November 2011

Friday, November 11, 2011

Akhlak dan disiplin berorganisasi

BESAMA USTAZ IDRIS AHMAD (Siri Akhir)

Kita mesti pastikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat.

Menunaikan janji

ALLAH memberi penegasan dalam perkara ini dengan firman-Nya; bermaksud: “Dan sempumakanlah perintah Allah apabiia kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah). - (Al-Nahl:91)

Sama ada perjanjian dengan jemaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga perjanjian dengan musuh hendaklah ditunaikan dengan sempurna. Sebarang kemungkiran boleh menghilangkan kepercayaan antara satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan.

Jika kita tidak boleh laksanakan sila beritahu daripada awal, supaya perjalanan parti tidak terjejas. Sila maklumkan awal kepada penganjur jika kita mempunyai keuzuran syarie. Jangan sampai kita terkenal sebagai orang yang mungkir janji. Banyak mereka yang hebat terkeluar daripada saf kepimpinan apabila mereka tidak menepati janji.

Tidak melampau

Allah SWT melarang sikap dan tindakan yang melampaui walaupun terhadap musuh hatta di medan perang. Sikap melampau dalam semua perkara banyak merugikan jemaah. Sejarah mencatatkan orang yang melampau berakhir dengan mereka gugur di dalam medan perjuangan. Contohnya mereka yang mengkafirkan Umno sekarang sudah bersama dengan Umno. Tepatlah sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik perkara ialah sederhana dalam amalan.”

Bersabar

Perlu banyak bersabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan. Malahan jalan dakwah penuh dengan liku-liku kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kerana kita terpaksa berhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung.

Semuanya perlu kepada kesabaran yang tinggi. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu.” (Surab al-Nur 24:22)

Bersifat rendah diri

Mestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara se-Islam dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Perlu sedar bahawa ahli PAS terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan status. Kita tidak hanya bergaul dengan orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang miskin dan susah. Ini kerana perbuatan ini tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada sifat takbur. Baginda bersabda, bermaksud: “Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur.” (Riwayat Muslim)

Jauh daripada sangka buruk

Mesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya kita lebih banyak menyuluh dan menuding diri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk ini sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh ahli parti. Janganlah dia berburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruang untuk berpecah akan bertambah luas.

Firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan daripada perasangka, sesungguhnya sebahagian daripada perasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat lagi Penyayang.” (al-Hujurat 49:12)

Qudwah hasanah

Mesti menunjukkan contoh teladan yahg baik selari dengan akhlak Islam. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan kita. Maka kita mesti pastikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat. Seperti kata hukama, “lisanul hal (tindakan) lebih baik daripada lisanul maqal (berkata-kata).”

Bekerja untuk kemenangan Islam

Biarlah sesaat di dalam hidup kita tidak berlalu begitu sahaja. Kita mesti memikirkan apakah cara supaya Islam dihayati oleh masyarakat untuk menyelamatkan negara dan masyarakat. Kita mesti rasa cemburu dengan golongan yang bekerja siang malam untuk mengekalkan kezaliman di negara ini walaupun mereka tahu bahawa kerja mereka dimurkai oleh Allah SWT.

Apakah kita boleh tidur lena ketika khazanah negara dijahanamkan? Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang tidak pemah mengambil iktibar walaupun setiap tahun inilah rupa bentuk laporannya.

Apakah kita mahu membiarkan anak cucu kita pada masa akan datang merempat di bumi sendiri. Kita berjuang bukan memikirkan diri kita tetapi ialah untuk generasi akan datang. Untuk kita sudah selesai, kerana hanya membilang hari untuk bertemu dengan Allah SWT, tetapi anak kita akan meneruskan hidup mereka.

Jangan biarkan mereka memaki kita kerana kita tidak berjuang untuk mereka. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah takut (kepada Allah) yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar.”

Dipetik dari - Harakah, 7-10 November 2011

Thursday, November 10, 2011

Jaminan syurga bagi umat seimbangkan tuntutan dunia, akhirat

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah kamu (kepada orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Kehidupan dunia pada kaca mata Islam bukanlah satu matlamat yang dicari-cari dan dikejar oleh insan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah. Sebaliknya, dunia hanyalah wasilah atau wadah menuju ke arah kehidupan lebih abadi yang diredai Allah iaitu kehidupan akhirat.

Seseorang yang bertakwa menjadikan dunia persinggahan sementara untuk dia membuat persediaan menghadap Allah sesuai sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bandingan aku dengan dunia adalah seumpama seorang pengembara yang singgah beristirehat di bawah teduhan sepohon pokok, kemudian setelah bersiap sedia dia pun beredar dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dunia menurut kaca mata Islam bukanlah satu perkara yang terlarang kepada umatnya untuk mencari dan merebutnya kerana cintakan kepada dunia adalah sifat semula jadi yang sememangnya ada pada semua manusia.

Cinta dunia yang dilarang Islam ialah cinta keterlaluan dan berlebihan sehingga meminggirkan ajaran Islam. Islam adalah agama seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Barangkali inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia.

Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), dan (juga hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Islam daripada awal lagi memperingatkan umatnya supaya jangan terlalu mementingkan kehidupan dunia sehingga melupakan kehidupan akhirat. Begitu juga, Islam melarang umatnya hanya menumpukan akhirat dan meminggirkan dunia yang menjadi jambatan menuju akhirat yang abadi.

Sejarah silam merakamkan detik-detik kebinasaan kaum Bani Israil akibat terpesona kepada dunia iaitu wanita seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Dunia ini penuh pesona lagi mengasyikkan dan Allah mengamanahkan kepada kamu untuk mengimarahkan dunia. Allah akan melihat dan memerhati terhadap apa yang telah kamu kerjakan di dunia. Maka hendaklah kamu takutkan dunia dan takutkan juga wanita. Sesungguhnya fitnah besar yang pertama menimpa kepada kaum Bani Israil ialah kerana wanita.” (Hadis riwayat Ahmad)

Maka, tidak hairanlah Rasulullah SAW sering mengingatkan umatnya sentiasa berhati-hati dengan kehidupan dunia dan jangan mudah terpedaya pesona indah digembar-gemburkan oleh dunia. Syaitan tidak ketinggalan menjadikan dunia perangkap untuk menyesatkan umat manusia.

Orang yang cintakan dunia digambarkan sebagai orang yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kehidupan. Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang yang cintakan dunia seperti buih di lautan, mudah dibawa arus tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai.

Sebenarnya tidak salah jika seseorang itu ingin mencari kekayaan dan harta benda melimpah ruah di dunia ini, tetapi alangkah baiknya segala kekayaan dan harta benda itu digunakan sebagai jalan atau tiket untuk menempah tempat di syurga nanti.


Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Dipetik dari - Berita Harian Online, 2011/04/28

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha Singkap Pengorbanan 3 Insan Agung

HARI Raya Haji atau Korban mempunyai banyak keistimewaan yang harus diperbesarkan oleh umat Islam, bagi mengingati semula serta mengambil iktibar pengorbanan tiga manusia agung iaitu Nabi Ibrahim; isterinya, Hajar dan Nabi Ismail yang wajar dicontohi.

Nabi Ibrahim berjiwa kental dan mempunyai cita-cita unggul serta ketakwaan yang tinggi kepada Allah, Hajar pula solehah yang bertakwa kepada Allah sekali gus sebagai ibu penyayang yang mempunyai kesabaran luar biasa dan Nabi Ismail, sebagai anak salih berjiwa takwa, tawakal dan sanggup disembelih bapanya demi menjunjung titah perintah Allah.

Keistimewaan inilah yang harus diperbesarkan dan dijadikan teladan segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa, pemimpin dan juga remaja. Semangat dan ketabahan ini haruslah dijadikan landasan dalam kehidupan bagi membina sahsiah diri, kekuatan mental dan fizikal serta kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Nabi Ibrahim, sangat besar dalam menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah sebagai Kota Suci umat Islam yang amat penting.

Mengenai Kota Makkah, Allah berfirman maksudnya, “Di sana terdapat tanda-tanda yang jelas, (di antaranya) makam Ibrahim. Barang siapa memasukinya (Baitullah) amanlah dia. Dan (di antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadat haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barang siapa mengingkari (kewajipan) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” (Ali Imran:97).

Daripada ayat ini jelaslah bahawa pembangunan Kota Suci Makkah banyak membawa kebaikan dan manfaat kepada umat Islam. Selain ia menjadi arah kiblat ke Baitullah, kota ini juga menjadi tumpuan jutaan umat Islam untuk menunaikan haji setiap tahun. Ini dijelaskan dalam ayat sebelumnya melalui firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makah) yang mempunyai berkat dan menjadi petunjuk seluruh alam.” (Ali Imran: 96)

Selain itu, Hari Raya Korban wajar diperbesarkan demi mengingati betapa penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh Nabi Ibrahim, dalam usaha menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah. Baginda Nabi Ibrahim disenaraikan sebagai salah seorang Rasul yang bergelar ‘Ulul Azmi yang memiliki kesabaran dan ketabahan luar biasa, sanggup menanggung seribu satu macam kesusahan dan penderitaan serta cabaran semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

Membesarkan Hari Raya Korban dengan pelaksanaan ibadat korban yang dilakukan semata-mata kerana Allah pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyrik (11,12, dan 13 Zulhijjah).

Ibadat korban dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kariah masjid. Peserta yang melakukan ibadat korban melalui daging korban dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin dan ahli kariah masjid. Ini akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri untuk terus membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, ibadat ini dapat mengukuhkan pertalian dan kasih sayang di kalangan keluarga dan ahli masyarakat yang berkumpul melaksanakan ibadat korban melalui kerja menyembelih, melapah, menyiang daging dan kemudian makan bersama-sama daging korban dimasak.

Ini juga dapat melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran dengan melaksanakan perintah Allah. Ingatlah firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Ibrahim:70).

Hari Raya Korban hendaklah diperbesarkan dengan sewajarnya, dengan mengucapkan takbir secara berterusan pada malam hari raya hingga solat sunat didirikan pada esok harinya. Pada Aidilfitri disunatkan menjamah makanan atau juadah sebelum ke masjid tetapi untuk Hari Raya Korban kita tidak disunatkan berbuat demikian. Sebaliknya disunatkan pergi ke surau atau masjid lebih awal untuk menunaikan solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah yang menyentuh antara lain kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan umat Islam.

Sebaik selesai solat sunat Aidiladha, maka bersegeralah menyembelih binatang korban. Kemudian dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin dan sebahagiannya juga diberikan kepada kariah masjid sebagai hadiah. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa dibukakan baginya pintu kebaikan (rezeki) hendaklah memanfaatkan kesempatan itu (untuk berbuat baik) sebab dia tidak mengetahui bila pintu itu akan ditutup baginya.” (Riwayat Asy Syihaab).

Dipetik dari - http://epondok.wordpress.com/

Titah KDYMM sempena Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah/2011 Masehi




Atasi cabaran uhkrawi secara serius

ALHAMDULILAHI Rabbil'alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba’du.

Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar,
Walillahil Hamd.

Segala puji bagi Allah yang telah mensyariatkan Aidiladha sebagai Hari Besar kita umat Islam. Kalau hari-hari besar lain datangnya daripada manusia, tetapi Aidiladha dan Aidilfitri adalah mutlak daripada Allah. Kerana itu wajar ia disambut dan dirayakan sebagai tanda kita bersyukur.

Tidak ada makna main-main atau hanya berseronok-seronok dalam Hari Raya, melainkan semuanya itu adalah ibadat jua.

Kita melihat anak bulan untuk menentukan puasa adalah ibadat. Begitu juga melihat anak bulan Syawal untuk menentukan Hari Raya, juga ibadat. Kemudian melihat anak bulan Zulhijah untuk menentukan Hari Wuquf di Arafah dan Aidiladha, semuanya itu ibadat belaka.

Pada Hari Raya, ibadat itu adalah lebih ketara lagi dengan kita disunatkan bertakbir dan sembahyang Hari Raya serta menyembelih korban.

Demikianlah Hari Raya, berstatus ibadat dan kebajikan.

Inilah kelainan Islam selaku agama samawi atau agama langit. Ajaranajarannya tetap berpaksi ibadat dan kebajikan walaupun di dalam masa-masa suka. Suka, bukanlah suka melulu, tetapi suka sambil beribadat, atau suka sambil membuat kebajikan.

Misalnya disunatkan kita berpakaian baru dan beramai-ramai ke masjid. Tidakkah berpakaian baru dan ramai-ramai ke masjid itu suatu perkara yang menyukakan hati?

Begitulah, Islam tidak mengabaikan faktor naluri, namun di samping itu, ia juga tidak membiarkan naluri itu menguasai kita. Kerana itulah, boleh saja bersukaria tetapi dengan tidak melupakan matlamat. Matlamat ialah ibadat kepada Allah.

Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar,
Walillahil Hamd.

Aidiladha adalah lambang pengorbanan dan keberanian luar biasa. Ia dilihat sebagai pendorong untuk umat Islam terus istiqamah membaiki nasib, kerana menurut baginda nasib itu tidak akan berubah jika umat sendiri tidak mahu berubah.

Ini adalah sunnatullah. Kerana itu janganlah bertabiat suka menangguh-nangguh. Perkara yang baik mesti disegerakan dan inilah dia erti perubahan itu. Walau ia payah dan mencabar, namun tetap dilaksanakan juga.

Satu contoh indah yang penuh dengan iktibar ialah tindakan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam menyembelih anak Baginda, Nabi Ismail. Bukankah perkara ini amat berat untuk dilakukan? Tetapi demi menjunjung titah perintah Allah, ia tetap juga dilakukan tanpa menangguh-nangguhkannya.

Mengapakah kita abaikan iktibar yang berharga ini? Berapa lama sudah kita menyambut Aidiladha, tetapi pengajaran daripadanya masih saja kita kurang fikirkan dan ikut.

Banyak cabaran perlu disambut dan banyak kerja perlu dibuat. Marilah kita sama-sama menyambut cabaran dan membuatnya. Janganlah biarkan masa memotong kita, tetapi berusahalah mendepaninya selalu. Inilah resam umat perkasa.

Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar,
Walillahil Hamd.

Cabaran dan kerja paling utama ialah memenuhi tuntutan Allah terhadap kita. Tuntutan Allah itu banyak tetapi tidak susah untuk melaksanakannya. Misalnya sembahyang dan puasa boleh dibuat dengan mudahnya, tetapi ramai orang masih mengingkarinya.

Orang sering keliru, cabaran duniawi diutamakan sementara cabaran ukhrawi diambil ringan. Contohnya cabaran dalam ekonomi, apakala implasi berlaku dengan teruknya, kitapun akan sibuk dan bertungkus-lumus mencari formular, atau merangka pelan-pelan tindakan mengatasinya.

Tetapi apabila cabaran itu berunsur uhkrawi, seperti merasakan diri terlalu banyak berdosa akibat banyak melangkahi suruhan-suruhan Allah, maka kita kurang serius mengatasinya.

Ini adalah perkara yang terbalik. Perkara ukhrawi mestilah ia diutamakan, melebihi daripada perkara duniawi. Perkara ukhrawi merujuk kepada akhirat dan akhirat itu pula adalah segala-segalanya, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-A'laa ayat 17:

Tafsir-Nya: "Dan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal."

Akhirnya, beta dan keluarga beta dengan perasaan gembira mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Al-Mubarak kepada semua lapisan rakyat dan penduduk yang beragama Islam di mana saja mereka berada, tidak terkecuali juga para jemaah haji kita yang sedang berada di Tanah Suci, semoga mereka beroleh haji yang mabrur dan kembali dengan selamat ke tanah air.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.