Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Friday, September 7, 2012
Brunei kekal ditangga 28 daya saing global
Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept - Negara Brunei Darussalam masih mengekalkan kedudukannya yang ke-28 dalam Laporan Daya Saing Global 2012-2013 (Global Competitiveness Report 2012-2013) edisi ke-33 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia hari ini.
Menurut Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, walaupun tiada peningkatan dalam kedudukan negara, namun indeks daya saing negara secara keseluruhannya telah bertambah baik.
Ini disebabkan oleh peningkatan indeks kedudukan individu iaitu 6 daripada 12 tonggak iaitu GCI (Institusi, +3; Pendidikan Tinggi dan Latihan, +4; Barangan Keefisienan Pasaran, +9, Perkembangan Pasaran Kewangan, +1, Kecanggihan Perniagaan,+20; dan Inovasi, +9), katanya yang bercakap bagi pihak kementeriannya selaku institusi rakan kongsi Forum Dunia Ekonomi ini untuk Daya Saing Global dan Prestasi (CGCP) yang berpusat di Geneva, Switzerland.
Yang Berhormat Pehin seterusnya berkata, cabaran kompetitif bagi Negara Brunei Darussalam adalah masih besar dan ekonomi-ekonomi yang bertambah baik dengan cepat sentiasa berada di hadapan dalam meletakkan kedudukan negara mereka dalam rangking GCR.
"Untuk mengukuhkan kedudukan daya saing Brunei dan transformasi fast-track (pintas), memerlukan pendekatan bersama serta komitmen bukan sahaja di kalangan agensi-agensi kerajaan tetapi juga dengan sektor swasta," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat komited untuk melaksanakan pembaharuan polisi dan struktur yang bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti negara tetapi juga memenuhi dan meningkatkan lagi inovasi negara bagi menghadapi perkembangan baru.
Menurut laporan tersebut, daripada 142 buah negara yang dikaji tahun ini, Switzerland selama empat tahun berturut-turut mendahului kedudukan pertama keseluruhan dalam Laporan Daya Saing Global 2012-2013.
Sementara Singapura kekal di kedudukan kedua dan Finland dalam kedudukan ketiga. memotong Sweden (4). Manakala Sweden di tempat keempat, dan diikuti dengan negara-negara Eropah yang menguasai 10 tangga teratas iaitu Belanda, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Jepun.
Yang Berhormat Pehin seterusnya berkata, di kalangan negara-negara anggota ASEAN yang diliputi dalam laporan itu, kedudukan GCI Kemboja menunjukkan peningkatan yang ketara dan diikuti oleh Filipina dan Thailand. Sementara Singapura menduduki tempat kedua di dunia, terus memulakan pembaharuan untuk meningkatkan lagi daya saing mereka.
Kedudukan bagi Laporan Daya Saing Global adalah berdasarkan Indeks Daya Saing Global (GCI) yang dibangunkan untuk Forum Ekonomi Dunia dan diperkenalkan oleh Sala-i-Martin pada tahun 2004.
GCI adalah terdiri daripada 12 kategori yang menyaksikan pembangunan landskap daya saing negara termasuk dari segi institusi, infrastruktur, persekitaran makroekonomi, kesihatan dan pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran barangan, kecekapan pasaran buruh, pembangunan pasaran kewangan, kesediaan teknologi, saiz pasaran, kecanggihan perniagaan dan inovasi.
Dipetik dari - Media Permata Online
Labels:
EKONOMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment