LIMBARUH HIJAU, JERUDONG, 26 Syawal 1433 / 15 September 2012
: Dengan segala rendah hati dan tawaduk seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa
(NDP) menzahirkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana NDP walaupun dalam
segala kekurangan masih boleh menghadirkan dirinya dipersada pembangunan
politik Negara dan sebagai pendokong setia Kebawah DYMM.
Petang tadi pemimpin-pemimpin Tertinggi NDP telah menghadiri
Majlis Khatam Al-Quran anjuran Jabatan Setiausaha Agung (JASA) sempena menutup
Bulan Perayaan Ulang Tahun Kelahiran NDP Ke-7.
Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Saudara Mahmud Morshidi Othman turut menyemarakkan majlis dengan bacaan Khatam Al-Quran bersama ahli-ahli yang hadir |
NDP telah ditubuhkan pada 31 Ogos 2005, kini mempunyai
hampir 3000 ahli.
Majlis diselajurkan dengan dikir dan Doa Selamat yang
dipimpin oleh Saudara Haji Sulaiman bin Haji Duraman.
Dalam ucapan ringkasnya, Presiden NDP Saudara Mahmud
Morshidi Othman telah menyeru seluruh warga NDP sentiasa memupukkan taat setia
yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah DYMM dan zuriat-zuriat baginda dengan
“mengukuhkan, memberiagakan danmembahanakan” NDP supaya parti itu kuat dan
sentiasa kelihatan kuat.
Menurut Saudara Morshidi, “NDP mempunyai tanggungjawab
politik dan sejarah yang besar dihadapannya untuk sama-sama merubah “mind-set”
sebahagian ahli masyarakat dari budaya meminta kepada memberi.”
Menurut Saudara Morshidi, “kadar pendapatan Negara dan
jumlah penduduk yang ada hari ini masih membolehkan Negara melayani segala
kehendak rakyat.”
Namun demikian, “apa akan terjadi jika sekiranya pendapatan
Negara jauh lebih kurang daripada apa yang harus dibelanjakan ketikamana dalam
tempoh 30 tahun lagi penduduk Brunei akan mencecah 1 juta. Jika sekiranya
generasi kini tidak dididik untuk berdikari,” keluh Saudara Morshidi.
Seterusnya Presiden mengajak pemimpin-pemimpin Negara, para
pemimpin, ahli akedemik dan pengamat politik untuk sama-sama menilai semula
keberkesanan konsep MIB sebagai pemangkin utama yang menjana jati diri rakyat
bernegara, berbangsa dan beraja.
NDP berharap semoga “MIB terus releven dan diterima oleh
rakyat seluruhnya dari satu generasi ke satu generasi.”
Kearah itu NDP berpandangan, “konsep MIB hendaklah diberikan
nafas baru, makna baru dan pengisian yang lebih mantap dan boleh diterima oleh
semua pihak,” tegas Saudara Morshidi.
Satu perkara lagi yang ditekankan oleh Presiden NDP di dalam
ucapan ringkas beliau tersebut akan perlunya NDP mempunyai keupayaan dan
kekuatan untuk menjadi “power base” Kebawah DYMM sebagai tambahan sumber
kekuatan institusi Kesultanan Melayu Islam disamping kekuatan pasukan
keselamatan dan perisikan.
Presiden NDP mengajak ahli-ahli agar mengambil iktibar
mengenai kebangkitan massa di Timur Tengah dikenali Arab Spring yang telah
menjatuhkan beberapa buah regime akibat wujudnya ketidak seimbangan di antara
pasukan keselamatan dan rakyat pada mendokong regime-regime berkenaan.
Diakhir ucapannya Presiden NDP mengucapkan setinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan yang telah memberikan
kerjasama dan nasihat sepanjang tujuh tahun NDP menjalin hubungan dengan ROS.
No comments:
Post a Comment