Posting mengikut label

Saturday, September 29, 2012

NDP turut mengutuk sebarang bentuk penghinaan terhadap Rasulullah dan Agama Islam

MARKAS BELAIT, LUBUK JELUTONG, 22 September 2012 :
Sebagai umat Islam kita tidak boleh  meminggirkan diri daripada masyarakat dunia dalam menghadapi apa jua isu yang mengaitkan kesucian Islam dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Kita merasa terpanggil  untuk sama-sama  mengutuk dan membantah atas penayangan dan penyebaran  filem Innocence Of Muslims secara meluas melalui media baru yang tiada batasnya. Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam mesti ditentang dan dihalang.
Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berucap di Sesi Suai Kenal dengan ahli-ahli baru di Markas Badan Perhubungan Daerah Belait
Beberapa orang ahli baru yang hadisr semasa Sesi Suai Kenal
Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Saudara Mahmud Morshidi Othman mengongsikan kekesalan beliau terhadap perkara ini semasa Sesi Suai Kenal dengan ahli-ahli baru di Markas Badan Perhubungan Belait pada Sabtu pagi lepas. Beliau menegaskan  “Kita sentiasa mengagungkan dan meraikan Mauludur Rasul , berzikir memuji Nabi Muhammad SAW, kenapa apabila Nabi yang kita sanjung ini di hina oleh kumpulan anti Islam, kita berdiam diri? Apatah lagi kita selaku rakyat di sebuah Negara Islam dan sebuah Negara Zikir ini adalah tidak seharusnya berdiam diri menghadapi penghinaan demi penghinaan terhadap Islam dan Nabi kita,” tegas beliau.

Sejurus mendengar ucapan TYT Presiden NDP itu, beberapa orang ahli Perhubungan Daerah Belait  merasa teruja dan bersemangat terus bergegas ke kedai berdekatan untuk membeli barang bagi  membuat “poster” mengutuk perbuatan anti Islam tersebut.

   

Sewaktu sesi bergambar ramai , Markas Perhubungan Belait bertukar suasana dengan bergemanya ungkapan “HANCUR YAHUDI” dan laungan “ALLAH HU AKBAR” .

Harapan NDP agar laungan tersebut bukan sahaja akan didengar oleh rakyat Brunei malah juga dapat didengar oleh Negara luar  yang melambangkan bahawa Rakyat Brunei Darussalam juga sependapat dengan rakyat  Negara Islam lainnya .

No comments: