Posting mengikut label

Wednesday, September 5, 2012

Brunei-M'sia perkukuh kerjasama, teroka bidang berpotensi




PUTRAJAYA, 4 Sept - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putra, bersempena Perundingan Tahunan Brunei Darussalam-Malaysia ke-16 untuk menilai kemajuan kerjasama yang berjalan dan mencari potensi baharu bagi meningkatkan perkongsian yang memberi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

Perundingan itu merupakan acara paling penting dalam kalendar kedua-dua negara kerana ia merupakan mekanisme bagi perbincangan pelbagai isu kepentingan bersama dua hala, serantau dan antarabangsa.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas perundingan tersebut menyatakan, perundingan tersebut diadakan dalam suasana positif, mencerminkan hubungan khas yang wujud di antara Brunei dan Malaysia. Komited untuk memperkukuh lagi hubungan ini, kedua-dua pemimpin menilai kerjasama berterusan dan meninjau bidang berpotensi baru untuk penggabungan yang boleh memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin membincang hubungan dua hala keseluruhan, terutamanya kemajuan pelaksanaan Surat Pertukaran yang ditandatangani oleh pemimpin Malaysia dan Brunei Darussalam pada 16 Mac 2009 di Bandar Seri Begawan dan mengalu-alukan kejayaan penting yang dicapai sejak Rundingan Pemimpin Tahunan ke-15 di Bandar seri Begawan pada 12 September 2011. Kedua-dua pemimpin meluahkan rasa puas hati dengan pembangunan berterusan dalam usaha mencari gali dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Kawasan Pengaturan Komersial (CAA).

Kedua-dua pemimpin mendapati kerjasama yang mantap dan perbincangan yang lebih giat di antara pihak berkuasa petroleum kedua-dua negara berhubung Blok N dan Q Brunei Darussalam, dan dalam industri hiliran.

Kedua-dua pemimpin menggesa kedua-dua pihak supaya melaksana kerjasama dengan secepat mungkin serta menggalakkan pihak berkuasa petroleum negara supaya mengkaji cara-cara melancarkan usaha sama bersama di Negeri Sabah dan Sarawak, dan kemungkinan di negara ketiga.

Mengimbas semula arahan pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-15 mengenai modaliti kewangan dan operasi termasuk pembangunan padang secara efisien, Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan perbincangan Kumpulan Kerja Pembangunan Bersama dan tidak sabar-sabar untuk menubuhkan pengaturan sesuai mengenai pertukaran data secepat mungkin.

Kedua-dua pemimpin berasa gembira dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Proses Pemisahan dan Tinjauan Sempadan Tanah dan Bidang Rujukan pada 19 Mac 2012 di Johor Bahru, Malaysia, dan mendapati ia telah memudahkan kumpulan peninjau untuk memulakan kerja-kerja tinjauan untuk menubuhkan Rangkaian Kawalan Tinjauan.

Dalam konteks ini, mereka mengarah Jawatankuasa Teknikal Sempadan Tanah Bersama untuk memastikan kerja-kerja mengenai pemisahan dan tinjauan sempadan tanah dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada kawasan yang telah pun dikenal pasti.

Kedua-dua pemimpin menyatakan rasa puas hatinya dengan usaha berterusan untuk mempromosi kerjasama ekonomi yang lebih erat di antara Sarawak dan Brunei Darussalam dalam sektor yang dikenal pasti termasuk telekomunikasi, pelancongan, pembangunan pusat halal serta pertanian.

Kedua-dua pemimpin tidak sabar-sabar untuk menandatangani memorandum persefahaman mengenai sambungan tenaga di antara Sarawak dan Brunei Darussalam serta pelaburan bersama dalam projek tenaga yang akan memperkukuh kerjasama mengenai keselamatan tenaga ke arah realisasi Grid Tenaga ASEAN yang lebih.

Kedua-dua pemimpin juga menyatakan rasa puas hati dengan usaha berterusan untuk mempertingkat kerjasama ekonomi di antara Sabah dan Brunei Darussalam, terutamanya majlis menandatangani Perjanjian Syarat-Syarat Pemimpin berhubung dengan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau di antara Pembangunan Ekonomi Sabah dan Pihak Berkuasa Pelaburan (SEDIA) dan Annam Corporation pada 16 Jun 2012, dan Memorandum Persefahaman berhubung dengan Kerjasama ICT dan Infrastruktur Komunikasi di antara Kerajaan Brunei Darussalam dan Kerajaan Negeri Sabah pada 10 Julai 2012. Pemimpin berasa gembira kerjasama dalam infrastruktur ICT juga akan menyumbang kepada pelaksanaan Gelanggang BIMP-EAGA.

Kedua-dua pemimpin memuji Jawatankuasa Nasional Bersama mengenai Pelaksanaan Pertukaran Surat untuk kemajuan yang telah dicatat setakat ini dan meminta Jawatankuasa supaya mempertingkat usaha dalam memuktamadkan elemen lain Pertukaran Surat yang sedang dibincangkan secepat mungkin.

Kedua-dua pemimpin juga menggalak Jawatankuasa Nasional Bersama untuk meneruskan perbincangan dalam isu lain seperti kerjasama perikanan yang akan mempertingkat kerjasama positif di antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Brunei Darussalam mengenai Kerjasama Ekonomi pada 2 September 2012 di Kuala Lumpur sebagai satu alat penaung penting untuk kerjasama ekonomi komprehensif di antara kedua-dua negara. Pemimpin menaruh harapan ia akan membuka laluan kepada pencapaian perjanjian mengenai sektor perkhidmatan kewangan serta perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas di antara kedua-dua negara.

Di samping mengalu-alukan penyertaan Brunei Darussalam dalam koridor ekonomi Malaysia di Sabah, Sarawak, Iskandar Malaysia dan Rantau Ekonomi Pantai Timur, Dato' Seri Mohd Najib mengalu-alu minat Brunei Darussalam untuk melabur dalam Inisiatif Kuala Lumpur/Lembah Kelang serta dalam inisiatif pembangunan semula Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Kedua-dua pemimpin meminta agensi berkaitan supaya mengkaji peluang berpotensi yang ditawarkan oleh inisiatif berkenaan.

Perdana Menteri Malaysia sangat menghargai minat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam metodologi di sebalik Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan Malaysia (GTP dan ETP).

Baginda Sultan telah melahirkan penghargaan kepada Dato' Seri Mohd Najib di atas penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam projek-projek di bawah Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan Autoriti Pembangunan Industri Brunei (BINA) dan menggalakkan penglibatan mereka dalam projek-projek pembangunan lain.

Kedua-dua pemimpin juga menyambut baik usaha yang sedang berjalan yang bertujuan meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama dalam bidang pengangkutan yang boleh seterusnya meningkatkan perhubungan dan pergerakan rakyat serta juga barangan antara kedua-dua negara.

Dalam hubungan ini, kedua-dua pemimpin dengan kemajuan pembinaan jambatan yang merentangi Sungai Pandaruan dan menantikan ia siap tepat pada masanya dan merasmikan pembukaannya menjelang Perundingan Tahunan Pemimpin-Pemimpin dalam tahun 2013.

Kedua-dua pemimpin juga gembira dengan inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan dan juga langkah untuk meningkatkan kemudahan lebih baik bagi interaksi antara rakyat dan perjalanan antara kedua-dua negara.

Ini termasuklah pelaksanaan kegiatan promosi pelancongan.

Kemudahan Pelancong Kerap (FTF), perkhidmatan feri antara Wilayah Persekutuan Labuan Malaysia dan Muara di Brunei Darussalam dan pelantikan MASWings dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RBA) bagi perkhidmatan udara antara Sabah, Sarawak dan Bandar Seri Begawan.

Kedua-dua pemimpin sungguh gembira dengan kerjasama yang berjalan antara Pasukan Pertahanan kedua-dua negara dalam meningkatkan keamanan serantau dan kestabilan.

Mereka memuji kerjasama antara Pasukan Angkatan Bersenjata Malaysia dan Pasukan Angkatan Tentera Diraja Brunei di bawah lingkungan Pasukan Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dan Pasukan Pengawasan Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Filipina.

Kedua-dua pemimpin menantikan pelaksanaan Memorandum Persefahaman bagi penyertaan Elemen Pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam Kontinjen Malaysia ke UNIFIL.

Kedua-dua pemimpin mengakui kepentingan kerjasama lebih besar dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan kecemerlangan dan amalan terbaik dalam pendidikan dan pembelajaran dan juga persahabatan dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.

Mereka menggalakkan institusi pendidikan di kedua-dua negara untuk seterusnya meningkatkan program pertukaran dan internasionalis dan menekankan perlunya bagi pelaksanaan berterusan Memorandum Persefahaman dalam Bidang Pendidikan Tinggi yang ditandatangani dalam tahun 2010 dan juga bidang-bidang yang telah dipersetujui pada Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja Bersama berhubung Pendidikan Tinggi pada 13 Januari 2012.

Perdana Menteri Malaysia melahirkan penghargaan di atas penglibatan berterusan dan konsisten Brunei Darussalam dalam Sukan Malaysia (SUKMA) sejak 1996. Memandangkan pentingnya persahabatan lebih rapat dan kesefahaman antara rakyat kedua-dua negara menerusi kegiatan belia dan sukan, kedua-dua pemimpin menekankan perlunya bagi pelaksanaan Memorandum Persefahaman Belia dan Sukan yang ditandatangani dalam tahun 2011.

Kedua-dua pemimpin melahirkan rasa puas hati dengan hasil Mesyuarat Dua hala Menteri-Menteri Kesihatan ke 6 pada 25 Jun 2012 di Bandar Seri Begawan dan juga melahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang sedia ada menerusi pelaksanaan Memorandum Persefahaman Kerjasama Kesihatan pada 23 November 2008 yang termasuklah pemindahan pesakit selat seberang, pembangunan sumber manusia dalam kesihatan, pengawasan dan pengawalan penyakit boleh berjangkit dan pencegahan penyakit tidak boleh berjangkit dan menantikan peningkatan seterusnya kerjasama dalam kesihatan, termasuklah pelancongan kesihatan dan penggunaan ICT dalam sektor kesihatan kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin melahirkan kegembiraan dengan kerjasama yang sedia ada dalam media dan maklumat dan menghargai program-program dan kegiatan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa berkaitan kedua-dua negara dalam meningkatkan muhibah dan persefahaman antara satu sama lain antara rakyat Malaysia dan Brunei Darussalam.

Kedua-dua pemimpin menganggap kerjasama dalam bidang ICT sebagai kaedah berkesan untuk meningkatkan kerjasama dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan antara industri-industri kreatif dari Malaysia dan Brunei Darussalam. Pemimpin-pemimpin menggesa pihak berkuasa berkaitan di kedua-dua negara supaya menyimpulkan Memorandum Persefahaman Teknologi Maklumat dan Perhubungan sebelum Perundingan Tahunan Pemimpin-Pemimpin dalam tahun 2013.

Pemimpin-pemimpin juga menggesa agensi-agensi berkaitan kedua-dua negara supaya terus membincangkan memberi kemudahan perdagangan selat seberang dan memastikan aliran lancar barangan dan perkhidmatan.

Berhubung ini kedua-dua pemimpin juga mengarahkan mereka supaya menyelesaikan isu-isu yang belum diselesaikan secepat mungkin.

Dalam semangat mencapai kerjasama dua hala merangkumi keseluruhan, pemimpin-pemimpin menggesa pihak berkuasa berkenaan kedua-dua negara supaya berusaha ke arah memuktamadkan dokumen berkaitan perkapalan, pertanian, percukaian dan pembangunan kerjasama secepat mungkin.

Kedua-dua pemimpin mengakui pentingnya pertukaran lawatan antara rakyat kedua-dua negara di semua peringkat, termasuklah anggota pelbagai cawangan kerajaan dan juga pelajar-pelajar, belia dan sektor swasta untuk meluaskan kerjasama dua hala ke arah usaha sama komprehensif.

Pemimpin-pemimpin juga menyokong pelbagai program pertukaran yang kerap diadakan antara sektor awam kedua-dua negara sebagai mekanisme untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam meningkatkan sistem penghantaran kerajaan dalam kepentingan rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan cadangan bagi penubuhan Pertubuhan Zakat Dunia (WZO) untuk mendukung zakat sebagai Rukun Islam yang ketiga dan kesetiaan berugama bagi kemanfaatan pembangunan ekonomi dan sosial Ummah.

Dalam konteks ini Perdana Menteri Malaysia menantikan Brunei Darussalam menjadi anggota pengasas Pertubuhan ini.

Kedua-dua pemimpin menegaskan komitmen mereka untuk mengukuhkan ASEAN dan penubuhan Masyarakat ASEAN menjelang 2015. Pemimpin-pemimpin juga menantikan Sidang Mesyuarat ASEAN ke 21 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Phnom Penh, Kamboja dalam bulan November 2012 dan melahirkan ucap selamat maju jaya kepada pengerusi ASEAN pada masa ini.

Baginda Sultan telah berkenan memberikan penerangan ringkas kepada Dato' Seri Mohd Najib tentang jawatan Pengerusi ASEAN yang akan dipegang oleh Brunei Darussalam dalam tahun 2013.

Perdana Menteri Malaysia juga mengambil peluang untuk melahirkan ucap selamat dan sokongan beliau ke hadapan majlis Baginda Sultan memandangkan Brunei Darussalam akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN.

Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan di Laut China Selatan dan menyambut baik Enam Perkara Dasar ASEAN berhubung Laut China Selatan yang dikeluarkan oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN pada 23 Julai 2012.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa isu-isu berkaitan Laut China Selatan seharusnya ditangani melalui kaedah aman, termasuklah dialog dan perundingan dikalangan negara-negara berkenaan, tanpa memilih ancaman dan penggunaan ketenteraan, mengikut surat dan semangat Pengisytiharan Tata cara parti-parti di Laut China Selatan dan juga dasar undang-undang antarabangsa yang diperakui antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 berhubung Undang-Undang Laut.

Kedua-dua pemimpin menyambut baik perkembangan positif di Myanmar tahun lalu dan juga pertukaran pandangan berhubung situasi di Rakhine, Myanmar. Pemimpin-pemimpin juga menyambut baik Pernyataan Menteri-Menteri Luar ASEAN berhubung Perkembangan baru-baru ini di Negeri Rakhine, Myanmar, yang dikeluarkan pada 17 Ogos 2012.

Kedua-dua pemimpin melahirkan rasa puas hati dengan hasil mesyuarat mereka dan menantikan pelaksanaan keputusan yang dicapai bagi hubungan dan kerjasama dua hala yang lebih kukuh lagi antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Baginda Sultan dan Dato' Seri Mohd Najib menyampaikan ucapan mesra kepada rakyat kedua-dua negara sempena Hari Raya Aidilfitri 1403 Hijrah dan bersetuju bahawa Perundingan Tahunan Pemimpin-Pemimpin kali ke 17 akan mengambil tempat di Brunei Darussalam dalam tahun 2013.

Dipetik dari - Media Permata Online

No comments: