Posting mengikut label

Sunday, September 16, 2012

NDP, ROS perkukuh kerjasama


GADONG Bandar Seri Begawan  25 Syawal 1433 / 13 Ogos2012 : Ahli - Ahli Dewan Harian Parti Pembangunan Bangsa (NDP) diketuai oleh Presiden , Saudara Mahmud Morshidi Othman hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Di-Raja Brunei selaku Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Bahrin bin Mohd Noor, Timbalan Pesuruhjaya Polis Di-Raja Brunei beramah mesra bersama sdra Mahmud Morshidi Othman, Presiden NDP
Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu diwakili oleh Dato Seri Pahlawan Awang Bahrin bin Mohd Noor, Timbalan Pesuruhjaya Polis diperjumpaan tersebut bertempat di Ibu Pejabat , Pasukan Polis Diraja Brunei, Gadong. 

Kehadiran rombongan NDP  telah disambut muhibbah oleh pihak ROS. Dalam kunjungan itu, Presiden NDP merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak ROS menerima kunjungan berkenaan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak ROS sejak penubuhannya pada Tahun 2005 hingga kini. 

Sambil menghargai akan peranan positif NDP di dalam pembangunan politik negara, Dato Seri Pahlawan Awang Bahrin memberikan jaminan akan kesediaan pihak ROS untuk terus berkerjasama dan memberikan nasihat dan panduan yang dianggap sesuai bagi kelancaran NDP menjalankan aktibiti politiknya di Negara Brunei Darussalam selaras dengan Akta Pertubuhan 2005.
Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman dan Timbalan Presiden NDP, sdra Haji Juned Ramli bersama Dato Seri Pahlawan Awg Bahrain.
Ahli-ahli Dewan Harian bergambar ramai bersama Dato Seri Pahlawan Awg Bahrain

Pada kesempatan itu juga, NDP melahirkan rasa terima kasih kepada pihak ROS dan juga kerajaan Kebawah DYMM yang telah memberikan kebenaran NDP menghantar wakil menghadiri Persidangan Gerakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam ASEAN - Misi Kemanusiaan Rohingya di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2012 yang lalu. 

Persidangan Gerakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam ASEAN - Misi Kemanusiaan Rohingya telah dihadiri 61 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan dari kalangan Negara-Negara ASEAN dan telah membuat ketetapan menyokong usaha untuk membantu umat Islam Myanmar / Rohingya yang dizalimi regime pemerintah Myanmar.

NDP berharap hubungan dua hala di antara NDP dan ROS akan diteruskan dalam sama-sama melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk membantu Kebawah DYMM membangun negara. 

Ketika di wawancara, Presiden NDP menzahirkan Komitmen Parti untuk menghantar laporan aktibiti dan apa-apa jua aduan orang ramai kepada ROS secara berterusan.

Saudara Morshidi berharap “laporan-laporan” yang dihantar kepada ROS akan dipersembahkan Kehadapan Majlis Kebawah DYMM untuk makluman Baginda.

1 comment:

marikan said...

Saya selaku ahli NDP merasa lega atas jaminan ROS yang akan terus berkerjasama dengan NDP dan akan terus memberi nesihat dan panduan agar NDP dpat bergerak sebagai sebuah parti politik menikut aspirasi yang terkandong dalam Perlambagaan NDP dan dihuraikan arah tuju NDP dalam menifestonya.Saya,mungkin ahli yang lain juga beraharap agar agensi-agensi kerjaan dan bukan kerjaan juga akan memberi kerjasama kapada NDP