Posting mengikut label

Monday, September 24, 2012

Jambatan Impian Membawa Harapan


Siap Siaga Untuk Rebut Peluang
Saudara Ahmad Timpus, ketua Biro Penerangandan Hal Ehwal Awam

BANGAR, TEMBURONG, 16 September 2012 : AHLI-AHLI Parti Pembangangunan Bangsa (NDP) terutama penduduk Daerah Temburong dan mereka yang bergiat dalam perniagaan dan perusahaan seharusnya siap siaga untuk bersaing dalam merebut peluang-peluang ekonomi yang bakal terbuka luas apabila projek berbillion dollar Jambatan 'Impian' Penghubung Temburong dan Brunei-Muara siap untuk dilaksanakan.

Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 2012 lepas telah memperkenakan perlaksanaan rancangan untuk membina jambatan impian yang membawa sejuta harapan itu.

Mengingati akan titah tersebut, Ketua Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam, Saudara Ahmad bin Haji Timpus berharap agar semua ahli NDP tidak leka dan berpuas hati menjadi penonton sahaja.

"Ahli-ahli NDP terutama dikalangan peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha perlu mengambil sikap proaktif bukanya hanya menanti pembinaan Jambatan Penghubung Daerah Temburong dengan Daerah Brunei Muara siap dibangunkan dalam jangka waktu 5 tahun lagi".

"Selaku rakyat dan penduduk di daerah ini haruslah sentiasa peka dan memantau setiap perkembangan yang akan berlaku di Daerah Temburong. Sebagai ahli NDP haruslah sentiasa bersiap sedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan dalam memastikan hasil projek mega tersebut turut dirasai dan manfaatnya turut dkongsikan dengan rakyat tempatan,” tegas beliau.

NDP, tambahnya, seperti dalam Manifesto Politiknya berharap agar pengagihan projek pembinaan tersebut diberikan 50 peratus kepada kontraktor dan peniaga tempatan. Dengan pengagihan tersebut dapat membantu pengusaha kecil yang terdiri dari rakyat KDYMM untuk terus berkembang dan turut sama berpartisipasi dalam pembangunan negara.

Walaupun isu Pembinaan Jambatan Penghubung Daerah Temburong dengan Daerah Brunei Muara ini telah lama disuarakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu namun “isu ini telah diusulkan oleh Badan Perhubungan Daerah Temburong dengan lebih terperinci di dalam Kongres Agung Tahunan ke-3 Tahun 2008 dan pada tahun-tahun berikutnya,” ujar Saudara Ahmad sewaktu beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri  anjuran Badan Perhubungan Daerah Temburong pada Ahad lepas.

Ahli-ahli NDP perlu mengambil kesempatan ini dengan menyediakan  apa jua perancangan dalam usaha membangun Daerah Temburong sejajar dengan hasrat yang pernah diungkapkan dalam usul Badan Perhubungan Daerah di dalam kongres-kongres yang lepas untuk menaiktaraf Pekan Bangar .

Ketua Penerangan dan Hal Ehwal Awam juga mengulangi ucapan Presiden NDP Saudara Mahmud Morshidi mengingatkan ahli-ahli NDP bahawa, “ adalah menjadi tanggung jawab semua ahli NDP di Daerah Temburong untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan akan adanya kejutan budaya sebaik sahaja pembinaan jambatan tersebut siap   Perkara ini tidak mustahil akan berlaku namun dengan persediaan awal insyaAllah perkara ini akan dapat diatasi  seandainya semua ahli NDP serta penduduk Daerah Temburong menyediakan perancangan yang mantap dan mengambil peluang yang sewajarnya dalam meniti perubahan ini,”tegas beliau.

Dipetik dari : www.aspirasi-ndp.com

No comments: