Posting mengikut label

Tuesday, September 25, 2012

Muzakarah bersama Himpunan


LIMBARUH HIJAU, JERUDONG 1 Zulkaedah 1433 / 18 September 2012 : Ketua Himpunan Hal Ehwal Non -Muslim , Saudara Mantar Perayam dan Ketua Himpunan Wanita, Saudari Hajah Saemah binti Kepli kelmarin telah berkesempatan menghadiri sesi muzakarah bersama Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Saudara Mahmud Morshidi Othman.

Turut hadir ke sesi muzakarah tersebut ialah Timbalan Presiden NDP, Saudara Haji Juned bin Haji Ramli, Setiausaha Agung NDP, Saudara Haji Jefry bin Haji Mohd Daud dan Penolong Setiausaha Agung NDP Saudari Dk. Nuurul Azadah M.E Pg Haji Abu Bakar.

Dalam sesi muzakarah itu, Saudara Mantar mengongsikan kebimbangan beliau tentang kedudukan puak-puak etnik di Negara Brunei Darussalam ini yang merasa terpinggir dan hak mereka selaku rakyat Kebawah DYMM seperti dinafikan seperti pengagihan bantuan kebajikan yang menjadi kewajipan kerajaan untuk memeduli kebajikan setiap rakyatnya walaupun berbeza agama.
Ketua Himpunan Non-Muslim juga mengalu-alukan, “kesediaan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk sama-sama membantu menyembahkan apa jua jenis laporan yang dihadapkan oleh NDP ke pihak mereka kehadapan Majlis Kebawah DYMM merupakan satu peluang yang tidak seharusnya disia-siakan dalam sama-sama memastikan keluhan dan kemaslahatan rakyat sampai kepengetahuan baginda. Beliau mengharapkan kerjasama ini akan berterusan ” tegas beliau.

Saudara Mantar juga menyarankan, “Puak-puak etnik yang ada di Negara ini diserapkan ke dalam barisan pimpinan NDP bagi membolehkan kepimpinan etnik tersebut memantau kegiatan puak masing-masing kerana hanya dalam NDP etnik-entik berkenaan dapat menyumbangkan khidmat dalam sama-sama membangun Negara ini.” ujar beliau .

Manakala Saudari Hajah Saemah pula menyentuh mengenai perlunya rakyat mempunyai kesedaran untuk memajukan diri dan tidak hanya bergantung kepada pemberian dan ehsan semata-mata.

Himpunan Wanita sedang merangka aktibiti yang menjurus kepada memajukan ekonomi ahli dan mengharapkan usaha mereka itu nanti dapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya dari pihak-pihak berkenaan.

Disamping itu, Ketua Himpunan Wanita menyeru, “ semua ahli perlu mengukuhkan perpaduan dan perlu memberikan komitment yang berterusan demi menjamin kesejahteraan dan kemajuan NDP.”

Menyentuh tentang jaminan yang diberikan oleh pihak ROS, Saudari Hajah Saemah menambah, “jaminan tersebut memberikan satu harapan baru kepada Himpunan Wanita sekaligus kepada NDP dalam usaha untuk membantu kerajaan dan membangun bangsa melalui pelantar NDP ini, dan peluang ini akan digunakan sebaiknya” tambah beliau.

Dipetik dari : www.aspirasi-ndp.com

No comments: