Posting mengikut label

Sunday, September 16, 2012

Muzakkarah Lembaga Penasihat bersama Presiden


MARKAS PERHUBUNGAN NDP BRUNEI MUARA, JERUDONG, 26 Syawal 1433 / 15 September 2012 : Seramai tujuh orang ahli-ahli Lembaga Penasihat, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah hadir di sesi muzakkarah dengan Presiden NDP, Saudara Mahmud Morshidi Othman disini pagi tadi.

Mereka yang hadir Pengerusi Lembaga Penasihat, Haji Abdul Rahman bin Mohd Yusop, Setiausaha Lembaga Penasihat, Saudara Haji Yunos bin Haji Momin, Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Saudara Abdullah Bahjau bin Abdullah Bundan, Saudara Haji Umar bin Tamin, Saudara Pg Dr Amir Mohd Yussof bin Pg Abbas Al-Haj, Saudara Sulaiman bin Metarshad dan Saudara Haji Ismail bin Ibrahim.

Selain ahli-ahli Lembaga Penasihat dan Presiden NDP, Naib Presiden Daerah Brunei Muara Saudara Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Setiauasaha Agung Saudara Haji Jefry bin Haji Mohd Daud dan Penolong Setiausaha Agung Dk. Nuurul Azadah M.E binti Pg Haji Abu Bakar turut hadir dalam sesi Muzakarah tersebut.

Dalam muzakkarah tersebut, Presiden telah memberikan taklimat mengenai plan strategi dan kegiatan parti yang akan diungkayahkan.

Berbagai isu dan pandangan telah diberikan oleh Ahli Lembaga Penasihat cara mana untuk membawa NDP meluncur kehadapan agar ia diterima oleh semua pihak.

Saudara Haji Abdul Rahman menasihatkan agar NDP segera memberikan respon kepada apa jua titah dan program pihak kerajaan supaya “NDP sentiasa dilihat segar dan bertenaga kerana pendekatan ini pasti akan dapat memikat kecenderungan orang ramai terhadap NDP,” tegas beliau.

Muzakkarah 3 jam itu ditutup dengan bacaan Doa oleh Saudara Haji Umar bin Tamin, Mantan Naib Presiden Brunei Muara yang pertama.


No comments: