Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Wednesday, September 19, 2012
KDYMM: Terokai program-program berguna untuk kegiatan akademik UBD
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Brunei Darussalam bagi tahun 1433H/2012M, pada hari Sabtu 27 Syawal 1433 bersamaan 15 September 2012, di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
Alhamdulillah Rabbil 'alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
BERSYUKUR kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan izin-Nya jua dapatlah kita bersama-sama hadir di Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam Ke-24 pada pagi ini.
Beta dengan tulus ikhlas terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti ini. Jadikanlah kejayaan ini sebagai titik permulaan untuk terus maju dan meningkat lebih tinggi lagi. Para graduan perlulah dinamik, inovatif dan kreatif, bukannya statik.
Mereka adalah bakal pemimpin, dan selaku pemimpin, mereka tidak boleh bersikap lesu atau lemah. Segolong kertas (ijazah) yang diperolehi, bukanlah lesen untuk berdiam diri. Ia cuma satu tanda pengiktirafan, yang kita telah menamatkan pengajian.
Di hadapan ada banyak lagi cabaran sedang menunggu. Semua itu perlu ditempoh dengan jiwa cekal. Ketika masa menuntu dahulu, dunia awda hanyalah sebuah kampus yang kecil, tetapi apabila keluar, dunia itu menjadi lebih besar tiada sempadannya.
UBD, sangatlah mustahak menanamkan motivasi ini kepada penuntut-penuntutnya. Tiupkan kepada mereka roh cintakan ilmu serta semangat juang yang tinggi untuk menghadapi kehidupan lebih mencabar diluar kampus.
Ini penting kerana ramai orang, apabila keluar meninggalkan kampus, akan sindrom 'murung', tidak tahu apa yang akan dibuat.
Walaupun dalam masa setahun kebelakangan sahaja, UBD telah pun berjaya memfail banyak paten yang berpotensi untuk dikomesialkan, namun ini belumlah jadi ukuran tentang kehebatan penuntut secara batang tubuh. Kerana itulah beta tidak jemu-jemu mengingatkan, supaya UBD dan penuntut-penuntutnya sama-sama meneroka program-program yang berguna sebagai sebahagian dari kegiatan akademik mereka.
Pada tahun sudah, beta ada menyebut tentang 'kajian', sambil memberi contoh beberapa jenis herba, yang perlu dicari butir saintifiknya selaku makanan dan termasuk juga khasiatnya. Sepatutnya pada tahun ini akan dapat didengar ceritanya, sekurang- kurang tentang sejauh manakah langkah sudah diambil mengenainya?
Benar, UBD berkembang dalam penyelidikan dan inovasi, tetapi mana oleh-olehnya di bumi yang nyata dari penyelidikan itu? Selain herba, adalah lagi banyak, yang juga perlu dikaji. Mana kajian tentang 'kemiskinan' umpamanya? Mana statistik rasmi mengenainya? Sudahkah ia pernah dibuat?
Lain lagi kajian, yang mungkin saja dianggap remeh tetapi sebenarnya bukan remeh, seperti kajian tentang isu sosial yang semakin kritikal? Mana kajian tentang jenayah? Mengapa ia semakin berkembang? Kajian tentang pelanggaran undangundang, seperti Akta Kastam dan Eksais, Akta Imigresen, Akta Penyalahgunaan Dadah, Akta Buruh, Akta Penyeludupan Minyak dan Beras dan lain-lain lagi, yang semua itu kelihatannya, seperti sudah tidak dapat dibendung lagi?
Bukankah semua itu penting untuk dikaji? kalau tidak ada kajian, bagaimanakah kita boleh tahu puncanya? Jika tidak tahu puncanya, bagaimanakan mungkin untuk kita membenterasnya?
Begitulah kepetingan kajian. Negara tidak syak lagi, adalah memerlukan 'pangkalan data' untuk menangani semua ini.
Pada hemat beta, perkara ini boleh menjadi lebih mudah untuk dilakukan, selaras dengan perkembangan teknologi pesat dan cepat yang telah menguasai pengajaran dan pembelajaran serta juga bidang penyelidikan sendiri.
Dengan terbukanya era digital ini, beta melihat, ianya juga boleh membuka peluang lebih luas kepada rakyat dan penduduk untuk mengaut ilmu diperingkat yang lebih tinggi, sejajar dengan hasrat negara ingin membina masyarakat yang berpengetahuan (knowledge society). Dan sehubungan ini, beta juga yakin, UBD mampu untuk meneroka pendekatan yang munasabah, seperti menawarkan program pengajian melalui pembelajaran secara online dengan mengunakan teknologi terkini itu.
Dari segi perkembangan sumber tenaga manusia pula, beta adalah mengambil maklum bahawa UBD telah mengungkayahkan Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik yang baru, sebagai pemangkin bagi para akademik memberikan sumbangan yang terbaik, seperti menghasilkan pengajaran dan penyelidikan yang berkualiti. Dengan skim baru ini, mudah-mudahan juga ia dapat menarik minat para akademik luar untuk sama-sama berkhidmat dan menyumbang kepada perkembangan UBD. Adalah sangat elok, jika skim ini dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.
Selain untuk pembangunan negara, UBD juga beta lihat telah melibatkan diri dalam pembangunan serantau, dengan menyumbang kepada inisiatif ASEAN Community 2015, melalui pengendalian program-program serta latihan kepada guru-guru bahas Inggeris daripada negaranegara ASEAN, dengan kerjasama oleh East-West Centre dari Amerika Syarikat.
Dalam hubungan ini, satu sahaja pesanan beta, bahawa inisiatif ini janganlah dijadikan wadah untuk mengubah atau mengaburi aspirasi negara mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan bahasa rasmi. Berpendirianlah seperti pendirian bangsa-bangsa besar dan maju dengan bahasa mereka, bukannya berpendirian orang-orang yang tidak berwawasan.
Akhirnya, beta sekali lagi mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya, dan mengambil kesempatan juga untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Universiti Brunei Darussalam, yang merangkumi Ahli-Ahli Majlis, Ahli-Ahli Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai- Pegawai Utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan Universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Semoga Allah jua yang diharapkan untuk mengurniakan ganjaran-Nya kepada mereka berupa rahmat dan pahala.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Labels:
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment