Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Sunday, September 9, 2012
KDYMM: APEC penting teruskan usaha REI
VLADIVOSTOK, RUSSIA, Sabtu, 8 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah melahirkan kebimbangan terhadap masalah ekonomi global yang dihadapi pada masa ini yang telah menjejaskan kemajuan ekonomi di rantau Asia Pasifik (APEC) dan keyakinan penduduknya.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian semasa berkenan berangkat menghadiri Sesi Retreat Pertama pada Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC, berlangsung di Far Eastern Federal University, Pulau Russky, Vladivostok, petang tadi.
Kebawah DYMM bertitah memuji usaha gigih G-20 yang berterusan untuk menangani masalah tersebut dan baginda percaya bahawa APEC memainkan peranan penting dalam melengkapkan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan di bawah proses G-20.
Baginda juga bertitah bahawa APEC dapat mengambil peluang baik dari pencapaian APEC sebelum ini khususnya dalam menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan.
"Adalah penting bagi APEC meneruskan usaha-usaha bagi meningkatkan Integrasi Ekonomi Serantau (REI) dan terus mengamalkan ekonomi terbuka sebagai satu landasan yang baik untuk APEC memudahkan aliran perdagangan dan pelaburan merentasi sempadan," titah baginda.
Baginda seterusnya bertitah menyatakan bahawa APEC telah mencapai kemajuan yang baik dalam bidang berkenaan yang mana semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC tahun lepas di Honolulu, para pemimpin telah melanjutkan komitmen kepada 'standstill' sehingga tahun 2015.
Dalam hal ini, baginda seterusnya mengulangi semula ikrar Negara Brunei Darussalam kepada 'standstill' tersebut.
Kebawah DYMM juga mengalu-alukan usaha APEC dalam melaksanakan Inisiatif Rangka Kerja Kesaling-hubungan Rantaian Bekalan serta pelbagai inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan prestasi rantaian bekalan yang akan memastikan bahawa di sebalik keadaan ekonomi global semasa, kapasiti rantau APEC untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan merentas sempadan tidak akan dikompromi.
Baginda menghargai usaha APEC dalam melaksanakan komitmen bagi menggalakkan Pertumbuhan Hijau, khususnya memajukan agenda barangan dan perkhidmatan alam sekitar dan mengurangkan intensiti tenaga sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2035, iaitu selaras dengan usaha meningkatkan penggunaan tenaga secara efisien dan usaha pemuliharaan di Brunei. Usaha-usaha berkenaan menyumbang kepada objektif APEC dalam menggalakkan pertumbuhan hijau.
Di akhir titah baginda, Kebawah DYMM merakamkan tahniah di atas keputusan APEC pada tahun ini untuk memberikan penekanan kepada usaha menggalakkan perdagangan dan pelaburan sebagai keutamaannya kerana baginda percaya ini adalah cara terbaik untuk menyokong ekonomi global dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan di masa hadapan.
Terdahulu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan titah setinggi-tinggi tahniah atas kemasukan Persekutuan Russia ke dalam Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).
Baginda juga menyampaikan ucapan takziah kepada Tuan Yang Terutama Hu Jintao dan rakyat Republik Rakyat China atas gempa bumi yang melanda barat daya negara itu.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Labels:
EKONOMI,
HUBUNGAN LUAR,
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment