Posting mengikut label

Tuesday, September 11, 2012

Kumpulan Kelapan IMT ABDB selamat kembali ke tanah air


Timbalan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya
Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd. Taweh bin Abdullah
ketika memasangkan armband kepada salah seorang anggota IMT
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 September. - Kumpulan Kelapan Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) terdiri dari sembilan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai oleh 312 Leftenan Kolonel Mohd. Ismaon bin Haji Zaini telah selamat kembali ke tanah air petang tadi.

Kumpulan tersebut telah berlepas meninggalkan tanah air pada 8 September 2011 dan telah selesai melaksanakan tugas pemantauan di Bandaraya Cotabato, Mindanao, Republik Filipina.

Hadir mengalu-alukan kepulangan mereka di Hangar B, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) Rimba ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd. Taweh bin Abdullah.

Anggota-anggota Kumpulan Kelapan IMT ABDB terdiri daripada 560 Mejar (U) Mohd. Zulehram bin Yakub; 675 Mejar (L) Samsuddin bin Haji Bini; 749 Kpt. Iswandi bin Haji Osman; 784 Kpt. (L) Malek Fadillah bin PDJLD DSP Haji Kefli; 10232 PW2 Jakaria bin Haji Jamal; 10466 PW2 (U) Hazman bin Abdul Latip; 13051 SSjn. (L) Shaminan bin Abdullah dan 10603 SSjn. (U) Yusrin bin Haji Tahir.

Hadir sama di majlis tersebut, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Tentera dan Komandan ABDB, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan ABDB dan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga para anggota kumpulan tersebut.

Dipetik dari - Pelita Brunei

No comments: