Posting mengikut label

Thursday, February 20, 2014

Tekad pemedulian HAWA NDP


Oleh Hajah Saemah Zulkefli

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA NDP) turut bersimpati dengan cerita mengenai keadaan daif dua beradik yang terpaksa berpuasa tiga hari, dengan mengunjungi kediaman mereka di Jalan Kebangsaan Lama, Kampung Pulaie dekat sini hari ini.

Dalam kunjungan itu rombongan seramai sepuluh orang yang diketuai Ketua Biro Pendidikan NDP, Dayang Dr Hajah Rayah binti Haji Mohd Ali, itu turut menghulurkan sumbangan berupa keperluan makanan dan wang tunai dengan hasrat supaya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dihadapi dua adik beradik itu.

Rombongan HAWA NDP turut menyampaikan sumbangan kepada
dua adik beradik yang daif di Kampung Pulaie semalam.
Berita dua beradik yang tinggal dalam keadaan daif di rumah mereka di atas bukit yang agak terpencil di kampung berkenaan, dan terpaksa berpuasa untuk menahan lapar telah tersebar dalam berita laman sosial Watsapp pada Ahad lalu dan sejak itu telah ramai yang datang berkunjung dan menghulurkan bantuan termasuk turut mendapat perhatian oleh beberapa agensi kerajaan yang akan segera membantu masalah dua orang wanita itu.

Kunjungan dan penyampaian sumbangan HAWA NDP merupakan salah satu aktiviti berterusan mereka menerusi Program Jejak Ehsan, untuk mendekati masyarakat yang kurang berkemampuan sama ada di kalangan ahli-ahli pertubuhan itu dan juga orang ramai. Program Jejak Ehsan juga akan mereka teruskan pada pertengahan bulan Mac nanti, dalam mana mereka mengunjungi warga-warga emas di ke empat-empat daerah.

Ia antara lain bertujuan sebagai tanda keprihatinan terhadap warga emas dan mengelakkan mereka daripada rasa terpinggir daripada mendapat kasih sayang masyarakat, terutama sekali kepada kalangan warga emas yang kurang upaya dari segi fizikal kerana sakit dan sebagainya.

Program tersebut juga merupakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-30 tahun, dan sebagai aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Himpunan Wanita itu.


Dipetik dari - Media Permata


NDP visits elderly couple in Kg Bang Pangan in Tutong

A Shazy

A DELEGATION from the National Development Party (NDP) recently paid a visit to an elderly couple, Abdul Rahman bin Abdullah @ Bungah Yakin and Siti Aishah Abdullah at their residence in Kg Bang Pangan, Tutong.

Hj Mahmud Morshidi (R), President of National Development Party (NDP)
listens to the problem faced by Siti Aishah and her family
The visit was led by its President, Hj Mahmud Morshidi Othman, who was accompanied by Hj Juned Ramli, Deputy President and senior officials as well as members of NDP.

During the visit, Siti Aishah shared the problems faced by their families, such as their applications for housing assistance and the amounting costs of constructing a more comfortable home for the family.


Dipetik dari - Borneo Bulletin Online

No comments: